19/08/2024
[PROGRAM USRAH SAHSIAH DIRI (USD) KELAB GURU ILMU 2024 ]
Alhamdulillah, pada 16 - 17 Ogos 2024 telah diadakan program Usrah Sahsiah diri yang telah dianjurkan oleh Kelab Guru Ilmi bertempat di bangunan Wisma Ilmi
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru berkaitan peranan sebagai pendidik yang selari dengan syariat Islam, dan juga penerangan berkaitan etika guru dari sudut keterampilan serta perkongsian berkaitan sukan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ladap Keterampilan (Peningkatan Imej Professional & Aplikasi Pilihan Warna), Qiamullail, Usrah Gabungan dan Ladap Lasak (Main La Betul2).
Terima kasih kepada semua warga ILMI yang bekerjasama menjayakan program ini terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Guru Ilmi kerana telah bertungkus-lumus menjayakannya, Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga dengan usaha ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan sebagai seorang guru yang membentuk diri menjadi insan Rabbani. Moga setiap langkah dipimpin Allah SWT.
09/03/2024
AGM KGI 2024: PEMILIHAN AJK BAHARU, MUKA BAHARU
Alhamdulillah selesai sudah AGM KGI 2024 yang berlangsung pada 8 Mac yang lalu.
AGM pada kali ini juga merupakan sesi pemilihan bagi barisan AJK KGI yang baharu bagi sesi 2024-2026.
Terima kasih kepada semua warga ILMI terutamanya barisan AJK KGI yang lepas kerana telah bertungkus-lumus menjayakan segala perancangan KGI pada sesi ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Selamat menjalankan tugas buat barisan AJK KGI yang baharu yang akan diterajui oleh Ustaz Nasruddin Alias. Moga setiap langkah dipimpin Allah SWT.
Siiruu ‘ala barakatillah..
09/03/2024
USRAH BOLING KGI: PENUTUP PROGRAM LASAK KGI 2024
Alhamdulillah selesai sudah event Usrah Boling anjuran LASAK KGI pada 6 Mac yang lalu.
Terima kasih semua guru yang memberi komitmen dan kerjasama sepanjang program ini berlangsung.
Semoga ukhwah antara ahli usrah khususnya dan amnya sesama warga ilmi akan terus terjalin dan mengikat dengan utuh.
Jumpa lagi dalam program akan datang.
10/12/2023
FAMILY DAY ILMI
Done Family Day untuk semua warga SRII Ilmi dan SMI (A) Ilmi bersama keluarga yang bertempat di D’Taj Sungai Lui Homestay semalam.
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang turut menjayakan family day kali ini.
Jumpa lagi pada pertemuan yang akan datang!
28/09/2023
REHLAH ILMI @ TITIWANGSA
Alhamdulillah selesai sudah Rehlah Ilmi di Taman Tasik Titiwangsa.
Rehlah berkonsepkan santai ini melibatkan semua guru SRII & SMI serta ahli keluarga.
Rehlah bersempena cuti Maulidur Rasul pada hari ini diserikan dengan pelbagai aktiviti antaranya Tazkirah Maulidur Rasul, alunan selawat dan qasidah serta Explorace.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan rehlah kita pada hari ini.
Jumpa lagi pada rehlah dan program yang akan datang!
19/07/2023
SELAMAT TAHUN BARU ISLAM 1445H
Tahun baru, sinar baru, semangat baru.
Moga hidup kita menuju ke arah yang lebih baik.
27/05/2023
Siapa Dapat Siapa?
Acara bertukar-tukar hadiah dalam…
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI LAHIR WARGA PENDIDIK ILMI 2023.