19/08/2024
[PROGRAM USRAH SAHSIAH DIRI (USD) KELAB GURU ILMU 2024 ]
Alhamdulillah, pada 16 - 17 Ogos 2024 telah diadakan program Usrah Sahsiah diri yang telah dianjurkan oleh Kelab Guru Ilmi bertempat di bangunan Wisma Ilmi
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru berkaitan peranan sebagai pendidik yang selari dengan syariat Islam, dan juga penerangan berkaitan etika guru dari sudut keterampilan serta perkongsian berkaitan sukan.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Ladap Keterampilan (Peningkatan Imej Professional & Aplikasi Pilihan Warna), Qiamullail, Usrah Gabungan dan Ladap Lasak (Main La Betul2).
Terima kasih kepada semua warga ILMI yang bekerjasama menjayakan program ini terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Guru Ilmi kerana telah bertungkus-lumus menjayakannya, Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga dengan usaha ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan sebagai seorang guru yang membentuk diri menjadi insan Rabbani. Moga setiap langkah dipimpin Allah SWT.