21/10/2021
TIPS LATIH ANAK MENULIS DENGAN SERONOK.
Setiap ibu bapa pasti punya keinginan untuk melihat anak-anak pandai menulis. Namun ia bukanlah semudah yang disangka. Hal ini kerana ia turut menjadi cabaran besar terutama dalam menghadapi pelbagai ragam dan kerenah anak-anak.
Nak tarik minat anak-anak belajar menulis kena ada tenik yang betul. Ini penting supaya anak-anak dapat belajar menulis dengan seronok dan ibu bapa pun tak stress mengajar anak-anak. Di bawah ini ada beberapa tip yang ibu bapa boleh gunakan untuk melatih anak-anak belajar menulis dengan seronok dari rumah.
1. Mulakan dengan alat tulis yang bersaiz kecil yang sesuai dengan tangan si kecil untuk menggenggam.
2. Latih anak-anak membuat garis melintang, menegak dan bulatan terlebih dahulu.
3. Berikan anak-anak aktiviti yang melibatkan kemahiran menulis seperti aktiviti sambungkan titik dan permainan Maze.
4. Latih anak-anak untuk menulis nama mereka terlebih dahulu.
5. Berikan pujian kepada mereka setiap kali mereka berhasil menulis sesuatu huruf.
Apa pun ibu bapa haruslah konsisten dalam mempelbagaikan cara dalam menarik minat anak-anak menulis dengan idea-idea baru dan mudah untuk anak-anak lakukan. Yang penting, jangan paksa mereka sebaliknya jadikan ia satu proses pembelajaran yang menyeronokkan.