Darosa SMK Dato' Ahmad Razali

Darosa SMK Dato' Ahmad Razali

Share

Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato' Ahmad Razali

Photos from Darosa SMK Dato' Ahmad Razali's post 26/04/2025

Pagi!

Hari ini akan berlangsung Majlis Penghargaan Penyerahan Laluan Pejalan Kaki dan Jamuan Raya 2025 SMK Dato’ Ahmad Razali!

Laluan Pejalan Kaki dan Pondok Menunggu yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan penyerahan hari ini akan disaksikan oleh Y.B Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor.

Laluan pejalan kaki tersebut akan memberi keselesaan kepada para pelajar dan ibu bapa yang mengambil anak-anak di lokasi yang lebih luas dan selamat. Rakan-rakan DAROSA yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan acara tengahari ini!

Photos from Darosa SMK Dato' Ahmad Razali's post 11/04/2025

Suasana Hari Raya di SMK Dato’ Ahmad Razali hari ini meriah dengan pakaian warna-warni adik-adik. Pengerusi DAROSA Shaiful Bahri Ahmad sempat meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan nasi lemak sebagai juadah jamuan pagi ini.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

Photos from Darosa SMK Dato' Ahmad Razali's post 17/02/2025

TERIMA KASIH PENYUMBANG SEMUA!

Settle pengagihan alat tulis kepada semua pelajar SMKDAR untuk sesi 2025/2026.

Semoga dilapangkan seluas-luasnya pintu rezeki buat kalian dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Buat adik-adik pelajar semua, kami (DAROSA) mendoakan kelapangan hati buat anda semua dalam menuntut ilmu dan sentiasa rajin dan bersemangat untuk ke sekolah.

SAHAJA AKU KE SEKOLAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA.

16/02/2025

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Kepada adik-adik pelajar tahun 2025 pastikan kehadiran anda esok ya!

Kami warga Darosa akan menyerahkan cendermata untuk adik-adik semua.

Jumpa Esok!

07/02/2025

🎒✨ Jom Serikan Hari Pertama Persekolahan 2025! ✨🎒

DAROSA bercadang nak bagi sedikit cenderamata untuk pelajar SMK Dato Ahmad Razali sempena hari pertama persekolahan mereka nanti. 🏫

Kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada anda semua. Tak kira besar atau kecil, setiap sumbangan pasti boleh menceriakan mereka dan beri semangat baru! 🌟

Cadangan: Kalau jumlah kutipan mencukupi, kami teringin nak sediakan set notebook dan pen untuk pelajar-pelajar ni.

Terima kasih sebab sudi kongsi rezeki dan bawa senyuman buat mereka! ❤️

Photos from Darosa SMK Dato' Ahmad Razali's post 22/01/2025

Duka cita dimaklumkan salah seorang bekas guru SMKDAR Teacher Akie @ Cikgu Fatimah Zakiah Binti Mohamed telah dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana komplikasi jantung.

Wakil darosa telah mengambil peluang menziarahi teacher akie disana dan kondisi beliau sangat baik. Mohon doa kalian untuk kesembuhan teacher akie dan guru-guru lain yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Ameen.

25/12/2024

Hi Darosa!

Ada yang nak join bola padang sabtu ni? Kalau ada jemput pm saya ya. Kita main under darosa.

Semua dijemput ya

8.30 pm
Padang ISKL

20/12/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengetua SMKDAR yang baru, Puan Razalina Binti Ab Razak yang dilantik berkuatkuasa mulai 2 Disember 2024.

Terima kasih dan sekalung penghargaan buat mantan Pengetua Puan Rose Aliza Sitrisno yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada DAROSA menjalankan pelbagai program di SMK Dato’ Ahmad Razali.

Semoga SMKDAR terus maju hendaknya.

Ikhlas daripada
Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato’ Ahmad Razali (DAROSA)

Photos from Mohd Helmi's post 22/10/2024

Terima kasih Mohd Helmi

18/10/2024

Bekas Ketua Pelajar SMK Dato’ Ahmad Razali (SPM 2007) Loqman Firdauz kini adalah Manager, Merchant Education Tiktok Shop Malaysia.Hari ini Loqman menjadi moderator di Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2024 di KLCC, bersempena Selangor International Business Summit - Persidangan Perniagaan terbesar di Selangor. Proud to be

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan 13A
Ampang
68000