Darosa SMK Dato' Ahmad Razali

Darosa SMK Dato' Ahmad Razali Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato' Ahmad Razali

Pagi!Hari ini akan berlangsung Majlis Penghargaan Penyerahan Laluan Pejalan Kaki dan Jamuan Raya 2025 SMK Dato’ Ahmad Ra...
26/04/2025

Pagi!

Hari ini akan berlangsung Majlis Penghargaan Penyerahan Laluan Pejalan Kaki dan Jamuan Raya 2025 SMK Dato’ Ahmad Razali!

Laluan Pejalan Kaki dan Pondok Menunggu yang disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan penyerahan hari ini akan disaksikan oleh Y.B Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor.

Laluan pejalan kaki tersebut akan memberi keselesaan kepada para pelajar dan ibu bapa yang mengambil anak-anak di lokasi yang lebih luas dan selamat. Rakan-rakan DAROSA yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan acara tengahari ini!

Suasana Hari Raya di SMK Dato’ Ahmad Razali hari ini meriah dengan pakaian warna-warni adik-adik. Pengerusi DAROSA Shaif...
11/04/2025

Suasana Hari Raya di SMK Dato’ Ahmad Razali hari ini meriah dengan pakaian warna-warni adik-adik. Pengerusi DAROSA Shaiful Bahri Ahmad sempat meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan nasi lemak sebagai juadah jamuan pagi ini.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

TERIMA KASIH PENYUMBANG SEMUA!Settle pengagihan alat tulis kepada semua pelajar SMKDAR untuk sesi 2025/2026.Semoga dilap...
17/02/2025

TERIMA KASIH PENYUMBANG SEMUA!

Settle pengagihan alat tulis kepada semua pelajar SMKDAR untuk sesi 2025/2026.

Semoga dilapangkan seluas-luasnya pintu rezeki buat kalian dan sentiasa dipermudahkan segala urusan. Buat adik-adik pelajar semua, kami (DAROSA) mendoakan kelapangan hati buat anda semua dalam menuntut ilmu dan sentiasa rajin dan bersemangat untuk ke sekolah.

SAHAJA AKU KE SEKOLAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA.

Selamat Kembali Ke Sekolah.Kepada adik-adik pelajar tahun 2025 pastikan kehadiran anda  esok ya!Kami warga Darosa akan m...
16/02/2025

Selamat Kembali Ke Sekolah.

Kepada adik-adik pelajar tahun 2025 pastikan kehadiran anda esok ya!

Kami warga Darosa akan menyerahkan cendermata untuk adik-adik semua.

Jumpa Esok!

🎒✨ Jom Serikan Hari Pertama Persekolahan 2025! ✨🎒DAROSA bercadang nak bagi sedikit cenderamata untuk pelajar SMK Dato Ah...
07/02/2025

🎒✨ Jom Serikan Hari Pertama Persekolahan 2025! ✨🎒

DAROSA bercadang nak bagi sedikit cenderamata untuk pelajar SMK Dato Ahmad Razali sempena hari pertama persekolahan mereka nanti. 🏫

Kami dengan rendah hati memohon sumbangan ikhlas daripada anda semua. Tak kira besar atau kecil, setiap sumbangan pasti boleh menceriakan mereka dan beri semangat baru! 🌟

Cadangan: Kalau jumlah kutipan mencukupi, kami teringin nak sediakan set notebook dan pen untuk pelajar-pelajar ni.

Terima kasih sebab sudi kongsi rezeki dan bawa senyuman buat mereka! ❤️

Duka cita dimaklumkan salah seorang bekas guru SMKDAR Teacher Akie @ Cikgu Fatimah Zakiah Binti Mohamed telah dimasukkan...
22/01/2025

Duka cita dimaklumkan salah seorang bekas guru SMKDAR Teacher Akie @ Cikgu Fatimah Zakiah Binti Mohamed telah dimasukkan ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana komplikasi jantung.

Wakil darosa telah mengambil peluang menziarahi teacher akie disana dan kondisi beliau sangat baik. Mohon doa kalian untuk kesembuhan teacher akie dan guru-guru lain yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Ameen.

25/12/2024

Hi Darosa!

Ada yang nak join bola padang sabtu ni? Kalau ada jemput pm saya ya. Kita main under darosa.

Semua dijemput ya

8.30 pm
Padang ISKL

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengetua SMKDAR yang baru, Puan Razalina Binti Ab Razak yang dilantik berkuatkuasa mul...
20/12/2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengetua SMKDAR yang baru, Puan Razalina Binti Ab Razak yang dilantik berkuatkuasa mulai 2 Disember 2024.

Terima kasih dan sekalung penghargaan buat mantan Pengetua Puan Rose Aliza Sitrisno yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada DAROSA menjalankan pelbagai program di SMK Dato’ Ahmad Razali.

Semoga SMKDAR terus maju hendaknya.

Ikhlas daripada
Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato’ Ahmad Razali (DAROSA)

Terima kasih Mohd Helmi
22/10/2024

Terima kasih Mohd Helmi

18/10/2024

Bekas Ketua Pelajar SMK Dato’ Ahmad Razali (SPM 2007) Loqman Firdauz kini adalah Manager, Merchant Education Tiktok Shop Malaysia.Hari ini Loqman menjadi moderator di Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2024 di KLCC, bersempena Selangor International Business Summit - Persidangan Perniagaan terbesar di Selangor. Proud to be

Address

Jalan 13A
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Darosa SMK Dato' Ahmad Razali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Darosa SMK Dato' Ahmad Razali:

Shortcuts

Share

Category