10/05/2026
๐ธ Happy Motherโs Day ๐ธ
Today, we celebrate all the amazing mothers for their endless love, care, and sacrifices ๐
Thank you for being the first teacher, biggest supporter, and strongest inspiration in your childrenโs lives. Your love helps little hearts grow with confidence and happiness ๐ทโจ
Wishing all moms a beautiful and blessed Motherโs Day! ๐
01/05/2026
Selamat Menyambut Hari Pekerja ๐ช
Hari ini bukan sekadar cuti biasa โ tapi hari untuk menghargai setiap usaha, pengorbanan, dan kerja keras yang kita lakukan setiap hari. Dari yang bekerja di pejabat, di tapak projek, berniaga sendiri, hinggalah yang bertungkus-lumus demi keluarga โ semua memainkan peranan penting dalam membina kehidupan yang lebih baik.
Terima kasih kepada semua pekerja di luar sana โ tanpa anda, banyak perkara takkan berjalan seperti hari ini. Anda memang luar biasa ๐
Selamat Hari Pekerja! โค๏ธ
Terus kuat, terus maju, dan jangan pernah berhenti berusaha.
20/03/2026
๐ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 ๐
Kami dari warga Al Kauthar Eduqids mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.๐ฉท๐
Alhamdulillah Setelah sebulan kita menjalani ibadah di bulan Ramadan, kini tibalah Syawal yang dinanti. Semoga segala amalan, doa dan pengorbanan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT.
Di hari yang mulia ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, kekurangan dan keterlanjuran kata sepanjang kami berurusan atau berkenalan dengan anda semua.
Semoga Hari Raya ini membawa kegembiraan, keberkatan dan kebahagiaan buat anda dan keluarga tercinta. Raikanlah Syawal dengan penuh kesyukuran, kasih sayang dan kemaafan.
โจ Selamat Hari Raya Aidilfitri
โจ Maaf Zahir & Batin
SelamatHariRaya2026
07/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran ๐โจ
Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita untuk sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup.
Moga setiap usaha kita dipermudahkan dan setiap langkah kita diberkati ๐คฒ
Ikhlas daripada kami warga Al Kauthar Eduqids.๐๐ฉท
24/02/2026
Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk kita perbaiki diri dan kuatkan hubungan dengan Allah. Inilah masanya untuk kita kembali kepada Al-Quran, walau hanya beberapa ayat sehari, asalkan istiqamah dan penuh penghayatan. Dalam bulan yang penuh keberkatan ini juga, jangan lepaskan peluang untuk bersedekah dan berkongsi rezeki kerana setiap kebaikan digandakan ganjarannya. Ambil ruang berbuka puasa sebagai waktu mengeratkan silaturrahim, saling bermaafan dan menyatukan hati yang mungkin pernah terluka. Dan ketika malam semakin sunyi, bangunlah walau sebentar untuk bermunajat, memohon keampunan serta menitipkan doa yang lama tersimpan. Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar hadir dan pergi, tetapi meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa kita. ๐โจ
20/02/2026
Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri,
melipatgandakan amal, dan meraih keberkatan Ilahi.
Ya Allah,
Jadikan setiap usaha kami ibadah,
Setiap rezeki kami berkat,
Dan setiap langkah kami dalam redha-Mu.
Amin.
18/02/2026
Ramadan kembali menyapa, membawa seribu keberkatan dan peluang untuk kita memperbaiki diri.
Semoga setiap doa yang dipanjatkan, setiap amal yang dilakukan, dan setiap pengorbanan yang dibuat menjadi asbab kebaikan di dunia dan akhirat.
Kami dari warga
Al Kauthar Eduqids ingin mengucapkan
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.โจ
13/01/2026
Tips To Handle Separation Anxiety