28/02/2026
๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐๐: ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐ง๐๐ข๐ก ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐ช๐ (๐ง๐๐ก๐๐๐จ๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ก๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐๐๐ )
Fungsi eksekutif merujuk kepada sekumpulan keupayaan kognitif aras tinggi yang dikendalikan oleh bahagian hadapan otak manusia, khususnya korteks prefrontal. Keupayaan ini membezakan manusia daripada kebanyakan spesies lain, kerana ia membolehkan individu merancang, menilai, mengawal impuls, dan menyesuaikan tingkah laku berdasarkan matlamat jangka panjang. Dalam kerangka teori yang dikemukakan oleh Professor Russell Barkley, fungsi eksekutif bukan sekadar kemahiran berfikir, tetapi merupakan sistem kawalan diri yang membolehkan manusia mengarahkan tingkah laku secara sedar dan terancang.
๐ฆ๐๐๐-๐๐ช๐๐ฅ๐๐ก๐๐ฆ๐ฆ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐ฆ ๐๐จ๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐จ๐ง๐๐
Menurut model Barkley, fungsi eksekutif terdiri daripada tujuh komponen utama, dan yang pertama ialah self-awareness atau kesedaran kendiri. Self-awareness merujuk kepada keupayaan seseorang untuk menyedari dirinya dalam sesuatu situasi, memahami apa yang sedang dilakukannya, serta menilai kesan tingkah lakunya terhadap diri sendiri dan orang lain. Kesedaran ini membolehkan individu menjarakkan dirinya daripada tindakan yang sedang berlaku, lalu menilai sama ada tindakan tersebut selaras dengan matlamat, nilai dan norma yang dipegang.
Dalam konteks ADHD, gangguan pada fungsi eksekutif sering memberi kesan awal kepada self-awareness. Barkley menjelaskan bahawa perkembangan kesedaran kendiri individu ADHD boleh tertangguh secara signifikan berbanding individu tipikal, sehingga menyebabkan mereka menghadapi kes**aran menilai tingkah laku sendiri secara objektif. Atas sebab ini, proses diagnosis ADHD tidak bergantung sepenuhnya kepada laporan kendiri, sebaliknya memerlukan maklumat tambahan daripada individu lain yang mengenali klien tersebut dengan baik.
Keterbatasan self-awareness ini bukan berpunca daripada kelemahan moral atau niat yang buruk, tetapi daripada keterbatasan fungsi neurologi. Individu mungkin tidak menyedari bahawa percakapan mereka melukakan perasaan orang lain, bahawa kehadiran mereka mengganggu dinamika sosial, atau bahawa tindakan mereka mempunyai implikasi jangka panjang yang merugikan.
๐๐ก๐๐๐๐๐ง๐๐ข๐ก ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐ช๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐
Komponen kedua dalam model Barkley ialah inhibition, iaitu keupayaan untuk menahan atau menghentikan impuls sebelum ia diterjemahkan kepada tindakan. Inhibition merupakan pintu masuk kepada semua fungsi eksekutif yang lain, kerana tanpa keupayaan untuk berhenti seketika, individu tidak mempunyai ruang mental untuk berfikir, menilai, dan membuat keputusan secara sedar.
Inhibition membolehkan seseorang:
โข Menahan diri daripada bertindak secara impulsif
โข Menangguhkan kepuasan jangka pendek demi manfaat jangka panjang
โข Mengawal reaksi emosi dalam situasi yang mencabar
โข Menyesuaikan tingkah laku berdasarkan konteks sosial dan moral
Dalam ADHD, kelemahan pada inhibition menyebabkan individu bertindak sebelum berfikir. Mereka mungkin bercakap tanpa menilai kesan kata-kata tersebut, membuat keputusan tanpa mempertimbangkan akibat, atau gagal menahan dorongan yang bercanggah dengan matlamat jangka panjang.
๐ ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐ ๐ง๐๐๐ช๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐จ๐ ๐๐ก๐๐๐๐๐ง๐๐ข๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐
Dalam perspektif Islam, konsep yang paling hampir dengan inhibition ialah takwa. Dokumen โMekanisme Takwaโ menjelaskan bahawa takwa bukan sekadar keadaan emosi atau identiti keagamaan, tetapi merupakan satu mekanisme kawalan diri yang aktif dan berterusan.
ููุฏ ููู ุฅู ุนู
ุฑ ุจู ุงูุฎุทุงุจ ุณุฃู ุฃุจู ุจู ูุนุจ ุนู ุงูุชููู ููุงู ูู: ุฃู
ุง ุณููุช ุทุฑููุง ุฐุง ุดููุ ูุงู ุจููุ ูุงู: ูู
ุง ุนู
ูุชุ ูุงู: ุดู
ุฑุช ูุงุฌุชูุฏุชุ ูุงู: ูุฐูู ุงูุชููู
๐๐ฃ๐ข๐บ ๐ฃ๐ช๐ฏ ๐๐ขโ๐ข๐ฃ ๐๐ ๐ฅ๐ช๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข (๐ฐ๐ญ๐ฆ๐ฉ ๐๐ฎ๐ข๐ณ ๐ฃ๐ช๐ฏ ๐ข๐ญ-๐๐ฉ๐ข๐ต๐ต๐ข๐ฃ ๐๐) ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ข๐ช ๐ต๐ข๐ฌ๐ธ๐ข. ๐๐ฆ๐ญ๐ช๐ข๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ธ๐ข๐ฃ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข, โ๐ข๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฉ ๐ด๐ข๐ต๐ถ ๐ญ๐ฐ๐ณ๐ฐ๐ฏ๐จ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ถ๐ณ๐ช?โ ๐๐ฎ๐ข๐ณ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ซ๐ข๐ธ๐ข๐ฃ, โ๐ด๐ถ๐ฅ๐ข๐ฉ ๐ต๐ฆ๐ฏ๐ต๐ถ.โ ๐๐ฃ๐ข๐บ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฏ๐บ๐ข, โ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ข๐ฑ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ญ๐ข๐ฌ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ?โ ๐๐ฎ๐ข๐ณ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข, โ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฅ๐ช๐ฌ๐ช๐ต ๐ฑ๐ข๐ฌ๐ข๐ช๐ข๐ฏ๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฉ๐ข๐ต๐ช-๐ฉ๐ข๐ต๐ช.โ ๐๐ฃ๐ข๐บ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ฎ๐ถ๐ด, โ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ช๐ต๐ถ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ต๐ข๐ฌ๐ธ๐ข!โ
[๐๐ข๐ง๐ด๐ช๐ณ ๐๐ฃ๐ฏ ๐๐ข๐ต๐ฉ๐ช๐ณ ๐๐บ๐ข๐ต 3 ๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฉ ๐ข๐ญ-๐๐ข๐ฒ๐ข๐ณ๐ข๐ฉ]
Kisah dialog antara Umar ibn al-Khattab dan Ubay ibn Kaโab menggambarkan takwa sebagai keadaan berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri, lalu seseorang mengangkat pakaiannya dan melangkah dengan berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.
Analogi ini menunjukkan bahawa takwa melibatkan dua komponen utama:
โข Pertama ialah kesedaran kendiri (self-awareness), iaitu keupayaan untuk menyedari kehadiran duri, mengenal pasti risiko, dan memahami implikasi setiap langkah.
โข Kedua ialah inhibition, iaitu keupayaan untuk menahan diri daripada melangkah secara cuai, serta mengawal pergerakan agar tidak terkena duri.
Dalam istilah kerohanian, self-awareness ini dikenali sebagai muraqabah, iaitu kesedaran berterusan bahawa Allah mengetahui setiap perbuatan. Manakala inhibition dikenali sebagai mujahadah, iaitu usaha menahan diri daripada dorongan nafsu yang bercanggah dengan kehendak Ilahi.
๐ฃ๐จ๐๐ฆ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐๐๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐๐ง๐๐ข๐ก
Puasa menyediakan contoh praktikal bagaimana inhibition berfungsi dalam kehidupan seorang Muslim.
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉูุ ุฃูููู ุงููููุจูููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ููุงูู โ โโ ุงูุตููููุงู
ู ุฌููููุฉู ุฅูุฐูุง ููุงูู ุฃูุญูุฏูููู
ู ุตูุงุฆูู
ูุง ูููุงู ููุฑูููุซู ูููุงู ููุฌููููู ููุฅููู ุงู
ูุฑูุคู ููุงุชููููู ุฃููู ุดูุงุชูู
ููู ูููููููููู ุฅููููู ุตูุงุฆูู
ู ุฅููููู ุตูุงุฆูู
ู โโโ
โ๐๐ฃ๐ถ ๐๐ถ๐ณ๐ข๐ช๐ณ๐ข๐ฉ ๐๐ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ช๐ธ๐ข๐บ๐ข๐ต๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ธ๐ข ๐ด๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐๐ข๐ฃ๐ช ๐๐๐ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฃ๐ฅ๐ข: ๐๐ถ๐ข๐ด๐ข ๐ช๐ต๐ถ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ช๐ด๐ข๐ช. ๐๐ช๐ฌ๐ข ๐ด๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ถ๐ข๐ด๐ข, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ซ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ถ๐ค๐ข๐ฉ ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ซ๐ข๐ฉ๐ช๐ญ. ๐๐ช๐ฌ๐ข ๐ด๐ฆ๐ด๐ฆ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐ต๐ข๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ซ๐ข๐ฌ๐ฏ๐บ๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐จ๐ข๐ฅ๐ถ๐ฉ, ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ข ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฌ๐ข๐ต๐ข: ๐ด๐ฆ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฉ๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐ฌ๐ถ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฑ๐ถ๐ข๐ด๐ข.โ [๐๐ถ๐ฏ๐ข๐ฏ ๐๐ฃ๐ช ๐๐ข๐ถ๐ฅ : 2363]
Hadis ini menunjukkan bahawa puasa bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi merupakan latihan menyeluruh terhadap inhibition. Individu bukan sahaja menahan impuls fisiologi, tetapi juga impuls emosi dan sosial. Mereka belajar untuk menghentikan reaksi automatik dan menggantikannya dengan respons yang disengajakan.
Dalam kerangka fungsi eksekutif, puasa mengaktifkan beberapa komponen utama secara serentak:
โข ๐ฆ๐ฒ๐น๐ณ-๐ฎ๐๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฒ๐๐: menyedari keadaan diri sebagai individu yang sedang berpuasa
โข ๐๐ป๐ต๐ถ๐ฏ๐ถ๐๐ถ๐ผ๐ป: menahan diri daripada bertindak balas terhadap provokasi
โข ๐ฆ๐ฒ๐น๐ณ-๐ฟ๐ฒ๐ด๐๐น๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป ๐ฒ๐บ๐ผ๐๐ถ: mengawal kemarahan dan reaksi impulsif
โข ๐ฆ๐ฒ๐น๐ณ-๐บ๐ผ๐๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป: mengekalkan tingkah laku berdasarkan matlamat kerohanian
๐ง๐๐๐ช๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ ๐ข๐ง๐๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐๐ก๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐
Daripada perspektif neurosains, inhibition merupakan keupayaan kognitif yang membolehkan manusia mengawal tingkah laku. Daripada perspektif Islam, takwa merupakan keadaan di mana keupayaan ini digunakan secara sedar untuk menyesuaikan tingkah laku dengan kehendak Allah.
Bahkan, menjadikan lillahi Taโala sebagai motivasi kendiri individu ADHD mengusahakan penjagaan fungsi eksekutif inhibition ini boleh mendorongnya menjadi manusia yang terbaik di pandangan Tuhannya:
๐๐ฆ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ-๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ถ ๐ฅ๐ช ๐ด๐ช๐ด๐ช ๐๐ญ๐ญ๐ข๐ฉ, ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ข๐ญ๐ช๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ต๐ข๐ฌ๐ธ๐ข."
[๐๐ถ๐ณ๐ข๐ฉ ๐ข๐ญ-๐๐ถ๐ซ๐ถ๐ณ๐ข๐ต 49:13]
Dengan kata lain, takwa bukan sekadar konsep teologi, tetapi merupakan manifestasi praktikal fungsi eksekutif yang berfungsi dengan baik. Ia melibatkan kesedaran kendiri yang berterusan serta keupayaan untuk menahan impuls yang bercanggah dengan nilai dan matlamat yang lebih tinggi.
Dalam konteks ADHD, memahami inhibition melalui kerangka takwa membuka ruang kepada pendekatan yang lebih bersepadu, di mana latihan kerohanian seperti puasa, zikir, dan muhasabah boleh dilihat sebagai latihan pengukuhan fungsi eksekutif. Pendekatan ini tidak menggantikan rawatan klinikal, tetapi menyediakan dimensi tambahan yang memperkayakan usaha membina kawalan diri.
Kesimpulannya, inhibition merupakan komponen asas fungsi eksekutif yang membolehkan manusia mengawal tingkah laku. Dalam Islam, mekanisme ini diterjemahkan melalui konsep takwa yang menggabungkan kesedaran kendiri dan kawalan diri secara sedar. Kedua-duanya, sama ada dalam bahasa neurosains atau kerohanian, merujuk kepada keupayaan yang sama: keupayaan manusia untuk berhenti, menilai, dan memilih tindakan dengan sedar.
Wallahu aโlam.
Hasrizal Abdul Jamil
M.Ed. Diversity and Inclusion
Trinity College Dublin
adhddewasa.substack.com
https://adhddewasa.substack.com/p/fungsi-eksekutif-integrasi-inhibition