20/08/2026
Alhamdulillah..
Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Gombak (PKD Gombak) atas jemputan menyertai Program Ceramah Kesihatan PROSTAR Pelajar Tahfiz Daerah Gombak Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 20 Ogos 2026 di Dewan Utama, Maahad Tahfiz Masjid Ar-Ridhuan, Hulu Kelang.
Program ini amat bermakna kerana memberi peluang kepada para pelajar tahfiz untuk menimba ilmu berkaitan gaya hidup sihat, pembentukan jati diri, serta pencegahan HIV/AIDS. Usaha ini selaras dengan matlamat melahirkan generasi Qurani yang bukan sahaja celik Al-Quran, tetapi juga memiliki kesedaran kesihatan dan kesejahteraan diri.
Kami mendoakan agar program ini diberkati Allah SWT, serta memberi manfaat besar kepada seluruh peserta dan masyarakat. Semoga segala usaha murni pihak penganjur dipermudahkan dan terus menjadi inspirasi dalam memperkukuh kesedaran kesihatan remaja.
Amin Ya Rabb