Masa Itu Emas

Masa Itu Emas

Share

Educational financial consultant

30/08/2021

Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020) dan akan kekal rendah begini di tahun2 yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB. Kita hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 9.5% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan (total return of 612%), melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

28/08/2021

Jika anda berkawan dengan lima orang bijak, anda akan menjadi orang bijak yang keenam.

Jika anda berkawan dengan lima orang artis, anda akan menjadi artis yang keenam.

Jika anda berkawan dengan lima orang penagih dadah, anda akan menjadi penagih dadah yang keenam.

Jika anda berkawan dengan lima orang ustaz, anda akan menjadi ustaz yang keenam.

Jika anda berkawan dengan lima orang jutawan, anda akan menjadi jutawan yang keenam.

Sila SHARE

24/08/2021

Biasa orang simpan emas atas 3 sebab ini :

1️⃣ Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang.
Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2️⃣ Emas boleh dicagarkan di ar-rahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan.
Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3️⃣ Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.
Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan.
Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.
Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.
Nak mulakan serendah RM100 pun boleh.

Klik sini untuk saya bantu:
wasap.my/60193235333/emas+RM100

24/08/2021

HEBATNYA EMAS BERBANDING ASET KEWANGAN YANG LAIN.

Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi.

Tidak ada dalam rekod di bank, tidak ada dalam rekod pejabat tanah dan tidak ada dalam rekod percukaian.

Emas satu-satunya aset kewangan yang tidak berada dalam sistem kewangan.

Tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas.

Justeru itu, emas adalah penyelamat simpanan sebagai 'tali hayat' terakhir ketika menghadapi sebarang kesukaran seperti bankrap, bencana alam dan keruntuhan sistem kewangan dunia.

Kredit kepada MD Norhafizah Abdullah.

22/08/2021

RAHSIA AZIZI ALI

Hari ini saya ingin membongkar salah satu ‘rahsia’ kejayaan: saya mempunyai akses kepada ratusan orang kaya dan berjaya – inilah diantara sebab utama mengapa saya (ehem) kaya. Mereka inilah yang mengajar saya, mendidik saya, menasihati saya, mendorong saya dan memberi kekuatan kepada ketika langit menjadi gelap dan ribut taufan melanda. Jadi mereka ini bolehlah dipanggil sebagai mentor kepada Azizi Ali.

Mentor-mentor saya bukan saja yang terbaik di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia! Apa yang lebih menarik ialah ramai diantara ‘mentor-mentor’ saya itu sudah lama meninggal dunia, malah ada yang sudah meninggal dunia ratusan dan ribuan tahun dahulu!
Jadi saya tak pernah bertemu mereka pun. Tetapi saya mempunyai akses kepada mereka!

Tidak, saya tak boleh bercakap dengan orang yang sudah mati!

Saya mempunyai akses kepada mentor-mentor terhebat di dunia melalu buku-buku yang mereka tulis.

Jadi walaupun Aristotle dan Sun-Tzu meninggal dunia lebih dua ribu tahun dahulu, saya mendapat akses kepada idea-idea mereka melalu buku-buku tentang mereka. Juga akses kepada idea-idea Genghis Khan, Sultan Suleiman, Cornelius Vanderbilt, John D. Rockefeller, Andrew Carnegie, Dale Carnegie dan Lim Goh Tong walaupun mereka telah lama meninggal dunia.

Dan walaupun saya tak mungkin akan bertemu Warren Buffett, Alan Sugar, Dan Kennedy, Tony Buzan dan Jim Rogers, saya masih boleh mendapat tunjuk ajar daripada mereka melalui buku-buku mereka.

Inilah sebabnya mengapa saya mempunyai ratusan buah buku di perpustakaan rumah saya.

Sumber: Telegram Channel Azizi Ali Mentor Wang

22/08/2021

PENGHIJRAHAN BESAR WANG AKAN BERLAKU

Salah satu fenomena yang menarik yang berlaku dalam setiap insiden depression dalam sejarah dunia ialah penghijrahan wang. Wang berpindah tangan dari mereka yang tak bersedia kepada mereka yang bersedia, dari mereka yang tak fleksibel kepada mereka yang fleksibel dan dari mereka yang keras kepala untuk mengekalkan strategi yang usang kepada mereka yang sanggup melaksanakan strategi yang baru.

Apa yang lebih menariknya ialah cerita yang sama akan berlaku di hari-hari yang akan datang ini!

Soalannya ialah which side of the equation will you be at? Adakah anda akan berada di pihak yang menerima penghijrahan wang tersebut? Atau di pihak yang melihat semua wang itu terbang melayang?

Sumber: Mentor Wang Azizi Ali

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ampang
68000