YAWATIM Kelantan

YAWATIM Kelantan

Share

Kini, mudahnya BERWAKAF, sesiapapun MAMPU, mana-mana pun BOLEH. SAHAM AKHIRAT ANDA

21/03/2026

Salam Aidilfitri dari kami di YAWATIM

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh masyarakat yang sentiasa bersama kami.

Semoga segala amal kebaikan diterima Allah SWT dan dikurniakan keberkatan serta kebahagiaan yang berpanjangan.

Ikhlas daripada kami,
Warga YAWATIM

27/02/2026

๐‡๐š๐๐ข๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐ข๐ง๐๐š๐ก ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง? ๐๐ข๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐–๐€๐๐€๐… ๐๐„๐˜๐€๐“๐ˆ๐Œ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐˜๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฒ๐š๐ง๐ 

Ramadan adalah bulan terbaik untuk menghadiahkan sesuatu yang bermakna dan berpanjangan. Tahun ini, niatkan satu WAQAF atas nama diri sendiri, ibu bapa atau insan tersayang melalui WAQAF PEYATIM.

Sumbangan anda menyokong pembangunan pendidikan anak yatim dan miskin di kampus University College Bestari, yang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Lot No. 3214 Mukim Tasik, Setiu, Terengganu.

Setiap penyertaan waqaf ini bukan sekadar sumbangan, tetapi satu komitmen berterusan dalam membina masa depan generasi anak yatim yang memerlukan.

Dengan kemudahan waqaf secara dalam talian, urusan menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.

Ambil peluang Ramadan ini untuk mengabadikan nama anda atau insan tersayang dalam pembangunan pendidikan anak yatim.

Tekan link ewaqafyawatim untuk berwaqaf secara online.. https://ewaqafyawatim.org?wid=50

22/01/2026

[๐Š๐Š ๐‚๐’๐‘] ๐๐€๐๐†๐”๐๐Š๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐€๐๐€๐Š ๐˜๐€๐“๐ˆ๐Œ

Dengan sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu untuk membiayai pendidikan anak-anak yatim dan miskin.

Melalui kerjasama KK SUPER MART dan YAWATIM, marilah kita bersama-sama bantu menyemai masa depan yang lebih cerah untuk mereka.

โžก๏ธ Imbas kod QR atau layari https://ewaqafyawatim.org/kkmart untuk maklumat lanjut.

14/11/2025

๐‘ฏ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’•๐’๐’š๐’‚ ๐‘บ๐’†๐’…๐’†๐’Œ๐’‚๐’‰

Amalan sedekah bukan sahaja memanjangkan usia dan melindungi daripada pengakhiran yang tidak baik, malah menjadi sebab Allah menghapuskan sifat angkuh dan rasa bangga diri dalam hati orang yang memberi.

Mari sebarkan kebaikan yang berpanjangan.
Klik pautan di bawah untuk menyumbang untuk pembangunan pendidikan anak yatim atau miskin di bawah PEYATIM:
๐Ÿ”— https://ewaqafyawatim.org/?wid=50

09/10/2025

Selamat Menyambut Hari Pos Sedunia! ๐Ÿ“ฎ

YAWATIM & PEYATIM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia atas dedikasi dan khidmat yang tidak pernah putus dalam menyampaikan amanah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Terima kasih juga atas sokongan berterusan kepada usaha kami dalam memperkasa anak-anak yatim dan miskin di seluruh negara.
Kerjasama ini amat kami hargai dan semoga hubungan baik ini terus kukuh demi manfaat bersama. ๐Ÿ’™

Selamat Hari Pos Sedunia kepada seluruh warga Pos Malaysia!
Terus melangkah maju, menyatukan hati dan destinasi.

29/09/2025

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฅ๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke - 56

โ€œ๐”–๐”ข๐”ช๐”ฌ๐”ค๐”ž ๐”„๐”ฉ๐”ฉ๐”ž๐”ฅ ๐”๐”ข๐”ฉ๐”ฆ๐”ซ๐”ก๐”ฒ๐”ซ๐”ค๐”ฆ ๐”—๐”ฒ๐”ž๐”ซ๐”จ๐”ฒ ๐”‡๐”ฒ๐”ซ๐”ฆ๐”ž & ๐”„๐”จ๐”ฅ๐”ฆ๐”ฏ๐”ž๐”ฑโ€

Ikhlas Daripada:
Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim atau Miskin Malaysia (YAWATIM)

02/09/2025

๐“๐š๐ก๐ฎ๐ค๐š๐ก ๐€๐ง๐๐š?
Tentang program Dapur Minda di Universiti College Bestari (UCB)
Sejak 2019, pelajar UCB berpeluang menikmati tiga hidangan lengkap setiap hari dengan hanya RM1 bagi setiap hidangan. ๐Ÿ›
Inisiatif ini bertujuan:

โœ… Membantu anak yatim & pelajar kurang mampu
โœ… Meringankan beban kewangan harian
โœ… Menjamin kesejahteraan sepanjang penganjian

Salurkan Waqaf & Infaq Anda Hari Ini melalui portal rasmi YAWATIM:
๐Ÿ”— https://ewaqafyawatim.org/?wid=50

Atau imbas sahaja kod QR dalam poster untuk lebih mudah dan cepat.

31/08/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐Š๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ–

YAWATIM dengan penuh semangat patriotik mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semoga semangat perjuangan para pejuang terus menginspirasi kita memperkukuh perpaduan, menyemai keikhlasan dan membina Malaysia yang lebih sejahtera.

Keprihatinan terhadap anak yatim dan miskin sentiasa menjadi nadi perjuangan kami di YAWATIM.

Ikhlas daripada,
Yayasan Waqaf Pendidikan Anak Yatim Atau Miskin Malaysia (YAWATIM)

29/08/2025

๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐ข๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ข๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐ข๐ญ๐š

Di wajah kecil itu tersimpan cita-cita besar.
Tanpa sokongan, impian anak-anak yatim dan miskin mungkin terkubur.

Melalui YAWATIM, setiap sumbangan anda akan disalurkan bagi menyokong institusi pengajian tinggi di bawah naungan PEYATIM:

* Universiti College Bestari (UCB) โ€“ Setiu, Terengganu
* Akademi Pengajian Islam ASEAN (APIA) โ€“ Dungun, Terengganu

Hanya dengan RM10/lot, anda boleh niatkan waqaf & infaq ini untuk diri sendiri, ibu bapa, atau insan tersayang โ€” sebagai amal jariah yang terus mengalir walau kita telah tiada.

๐Ÿ”— Salurkan sumbangan anda di sini:
https://ewaqafyawatim.org/?wid=50

Imbas kod QR pada poster untuk sumbangan segera.

26/08/2025

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐ข๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada
๐˜๐๐ก๐ . ๐ƒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐š๐ณ๐ฅ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐€๐ก๐ฆ๐š๐,
Timbalan Pengerusi Eksekutif YAWATIM,

atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.)
yang membawa gelaran Datuk,
oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka,
๐“๐ฎ๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐ƒ๐ซ. ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ฅ๐ข ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐‘๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ฆ,
sempena Hari Jadi ke-76 TYT pada tahun 2025.

Ikhlas daripada kami seluruh warga kerja,
YAWATIM

07/07/2025

Satu Nama di Sekeping Tanah

Pak Arif bukanlah orang kaya. Rumah pun sekadar rumah papan lama peninggalan ayahnya. Tapi dia ada satu harta iaitu sebidang tanah yang diwarisi, elok lokasinya, bernilai tinggi. Ramai pernah datang tawar harga, tapi Pak Arif selalu tolak dengan tenang. Bila orang tanya kenapa, dia cuma senyum.

โ€œAku tunggu waktu yang tepatโ€ฆโ€

Pada satu hari, selepas pulang dari ziarah ke rumah anak-anak yatim, hati Pak Arif luluh. Ada anak kecil pegang tangan dia dan bisik:

โ€œPakcikโ€ฆ kat sini kami belajar duduk bersila atas lantaiโ€ฆ meja pun kena bergilir.โ€

Malam itu Pak Arif termenung panjang. Dalam sujudnya, dia menangis.

Beberapa bulan kemudian, tanah itu tak lagi kosong. Berdiri sebuah pusat pendidikan anak-anak yatim, hasil tanah yang diwakafkan oleh Pak Arif. Tak ada nama dia terpampang besar. Tapi setiap hari, suara anak-anak mengaji, menulis, dan berdoa berkumandang atas tanah itu.

Pak Arif tak pernah minta apa-apa balasan. Tapi dia yakin satu perkara:

โ€œSelagi anak-anak ini belajar, selagi mereka mendoakan, selagi itu pahala akan terus mengalir, walau aku dah tak ada di dunia ini.โ€

Beberapa tahun berlalu. Pusat pendidikan itu makin berkembang. Dah ada kelas komputer, bilik asrama, surau kecilโ€ฆ semuanya dari sumbangan orang ramai yang terinspirasi dengan wakaf Pak Arif. Tapi ramai tak tahu siapa yang mulakan semuanya. Nama dia tak disebut dalam ucapan perasmian, tak tercetak di papan tanda besar.

Tapi setiap kali pelajar-pelajar itu berjaya, masuk universiti, keluar jadi guru, doktor, arkitek...nama Pak Arif tertulis kemas di langit, dalam catatan malaikat.

Suatu malam, ketika hujan turun renyai-renyai, seorang pelajar lelaki duduk di tangga asrama. Dia pandang ke langit dan berdoa perlahan,
โ€œYa Allahโ€ฆ siapa pun yang wakafkan tempat ni, berilah syurga untuknyaโ€ฆโ€

Doa itu terbang ke langit. Sampai ke tempat Pak Arif yang kini sudah pergi bertemu Ilahi. Mungkin di alam sana, dia tersenyum ...bukan kerana dikenang, tapi kerana pahala itu masih hidup.

Dan begitu juga kita. Hari ini mungkin kita tak banyak harta. Tapi kita ada niat, kita ada tekad. Kalau bukan dengan tanah, kita wakafkan masa. Kalau tak mampu banyak, kita beri sedikit. Tapi biar ada bahagian kita dalam memelihara pendidikan anak-anak yatim... kerana mereka tak punya siapaโ€ฆ kecuali kita yang peduli.

Dan untuk pengajaran daripada cerita ini, berwakaf bukan untuk dipuji. Tapi untuk mencipta saham akhirat yang tak pernah rugi. Pendidikan anak-anak yatim itu bukan hanya membantu dunia mereka, tapi menjadi laluan selamat untuk akhirat kita.

Tak semua mampu tinggalkan nama di papan tanda. Tapi semua orang mampu tinggalkan pahala yang kekal di sisi Yang Maha Esa.

09/06/2025

Salam Takziah

YAWATIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam tragedi nahas jalan raya di laluan Jeliโ€“Gerik semalam.

Kami turut bersedih dan mendoakan agar roh Allahyarham(ah) dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga mangsa, semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

โ€œSesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali.โ€
[Surah Al-Baqarah: 156]

Al-Fatihah.

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Ampang
68000