10/07/2020
Congratulations Immac James
Memperkenalkan Intern baru Pusat Komuniti DUN Semambu - Immaculata V. James (Imma) 🎉🎊
✔️Nama saya ialah Immaculata V.James dan saya berumur 21 tahun. Baru-baru ini, saya telah menyelesaikan Program Pemindahan Ijazah Amerika di Taylor’s Universiti dalam jurusan psikologi dan saya akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sastera Sains Politik di Western Michigan Universiti, Kalamazoo, Amerika Syarikat. Saya telah menamatkan pendidikan di
Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Kuantan dan juga telah menamatkan sekolah menengah di SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Kuantan.
Saya merupakan ahli aktif dalam Komuniti Perbahasan Malaysia, di mana saya telah menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Selain itu,saya juga telah mewakili tanah air kita sebagai duta muda di bawah pertukaran budaya dan pendidikan ke Amerika Syarikat yang ditaja oleh British Petroleum (BP) di bawah AFS Antarabudaya Malaysia.
Saya dilahirkan dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Saya sentiasa bercita-cita tinggi kerana saya sentiasa maju dalam setiap cabaran yang saya hadapi dan saya juga sentiasa menetapkan matlamat dalam diri saya, jadi saya mempunyai
sesuatu yang harus saya capai.
Sebagai orang muda, saya sentiasa bersedia untuk mempelajari sesuatu dan bersemangat untuk memberi kesan dan impak kepada masyarakat kita. Saya berhasrat untuk mewujudkan perubahan positif di kalangan belia. Seringkali belia terputus hubungan dan tidak menyedari masalah sosial. Oleh itu,orang sentiasa memandang rendah terhadap impak warga belia yang boleh hasilkan.Saya percaya bahawa belia dapat
melakukan yang terbaik dan kita mesti bersuara. Saya akan memimpin jalan untuk permulaan. Saya percaya bahawa seorang belia adalah harapan masa depan kita!
Projek Intership Semambu mendapat penglibatan yang luas dan telahpun menghasilkan lebih 20 orang graduan dalam tempoh 7 tahun.