Ekstrak

Ekstrak Menyediakan latihan, kursus dan pensijilan kemahiran serta ruang sewaan seminar di Kuala Lumpur.

Betul ke timer ni membantu untuk dapatkan extraction yang baik ?Sebenarnya timer bukan target utama. Yang penting ialah ...
18/08/2026

Betul ke timer ni membantu untuk dapatkan extraction yang baik ?

Sebenarnya timer bukan target utama. Yang penting ialah rasa dalam cawan + cara extraction yang digunakan.

β˜• Naik Taraf Perniagaan Dengan Kemahiran Kopi!Alhamdulillah, selesai sudah Program Kemahiran Barista bersama Usahawan Bi...
17/08/2026

β˜• Naik Taraf Perniagaan Dengan Kemahiran Kopi!

Alhamdulillah, selesai sudah Program Kemahiran Barista bersama Usahawan Bimbingan TERAS yang telah berlangsung selama 2 hari. πŸ‘

Menariknya, kebanyakan peserta kali ini merupakan usahawan yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada dengan menawarkan menu kopi kepada pelanggan.

Daripada sekadar menjual produk atau menyediakan perkhidmatan, mereka kini mula meneroka peluang untuk menjadikan kopi sebagai sebahagian daripada perniagaan mereka. β˜•πŸ“ˆ

Sepanjang program, para peserta mendapat latihan secara praktikal bersama tenaga pengajar yang bertauliah, serta perkongsian dan pengalaman daripada rakan industri MyEKSTRAK.

Bukan sekadar belajar membuat kopi, peserta turut mendapat pendedahan tentang kemahiran dan persediaan yang diperlukan untuk mula menceburi bidang perniagaan kopi.

πŸŽ‰ Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan program dan lulus ujian penilaian yang dijalankan!

Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh menjadi langkah pertama untuk merealisasikan impian menjadi usahawan kopi dalam masa terdekat.

Teruskan belajar, teruskan mencuba dan semoga lebih banyak peluang terbuka selepas ini.

Selamat maju jaya kepada semua peserta dan selamat mengembangkan perniagaan! β˜•πŸš€

Dan tidak dilupakan, terima kasih kepada pihak TERAS kerana memilih MyEKSTRAK sebagai penyedia latihan untuk bimbingan kemahiran barista kepada para usahawan. 😊

Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan berharap ilmu yang dikongsikan dapat membantu lebih ramai usahawan meneroka peluang serta mengembangkan perniagaan mereka melalui menu kopi.

Jumpa lagi di program akan datang! β˜•β€οΈ

15/08/2026

Brew ratio ialah nisbah antara jumlah kopi (coffee dose) dengan jumlah air yang digunakan untuk menghasilkan kopi. Tapi dari mana datangnya brew ratio ni ? Jom harini Ast Adie nak share jangan lupa follow , like , share & comment✨

11/08/2026

Jom harini Ast Adie nak share tips untuk extraction coffee yang baik btw mcm mne korang nilai extraction coffee korang ?Jom share dekat ruangan comment 😬

08/08/2026

Grind lebih halus tak semestinya lebih baik. β˜•οΈ
Yang penting bukan halus atau kasar, tapi extraction yang seimbang.

06/08/2026

Ramai ingat espresso ialah kopi yang paling β€œkuat” sebab rasanya lebih pekat dan intense. Hakikatnya, espresso bukan semestinya mengandungi kafein paling tinggi.

04/08/2026

Jangan tunggu hilang arah baru minta panduan. Kadang-kadang satu nasihat daripada orang yang tepat boleh jimatkan bertahun-tahun perjalanan.

31/07/2026

Resepi mengajar kita cara bancuh kopi. Tapi sensori mengajar kita cara memahami kopi.

Bila barista faham sensori, mereka boleh kenal pasti rasa masam, pahit, manis dan body dalam setiap cawan. Jadi setiap pelarasan yang dibuat ada sebab, bukan sekadar ikut sukatan.

Barista yang hebat bukan hanya hafal resepi, tetapi tahu mengapa setiap cawan rasa berbeza.

29/07/2026

Hi Semua Jom Harini kita nak share testimoni kelas barista yang lepas jangan lupa like , follow , comment & share ✨

β˜• Kami Mahir Barista!Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Program Pensijilan SCA Barista Skills Fo...
27/07/2026

β˜• Kami Mahir Barista!

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan Program Pensijilan SCA Barista Skills Foundation bersama MyEKSTRAK. πŸ‘πŸŽ‰

Batch kali ini cukup istimewa apabila menghimpunkan peserta daripada pelbagai latar belakang, budaya dan pengalaman.

Walaupun masing-masing mempunyai cerita yang berbeza, mereka berkongsi satu minat yang sama.

Minat terhadap kopi. β˜•β€οΈ

Di MyEKSTRAK, kami percaya secawan kopi bukan sekadar minuman.
Ia mampu menyatukan peminat kopi, membina persahabatan, berkongsi ilmu dan membuka peluang baharu dalam industri.

Sepanjang program, para peserta mempelajari asas penyediaan kopi mengikut standard Specialty Coffee Association (SCA), daripada teknik menghasilkan espresso yang baik, milk steaming hinggalah kepada asas latte art.

Terima kasih kerana memilih MyEKSTRAK sebagai sebahagian daripada perjalanan anda.

Semoga setiap ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi titik permulaan untuk terus berkembang sebagai barista yang lebih berkemahiran dan berkeyakinan.

Anda berminat?

Berita baik kepada anda yang berkelayakan

Ini adalah tawaran meningkatkan peluang pekerjaan semula sebagai seorang barista yang bertauliah dari Specialty Coffee Association (SCA)

Tawaran ini disediakan kepada anda yang kehilangan pekerjaan dan dicarum oleh majikan semasa tempoh bekerja untuk mengikuti program pekerjaan semula dari PERKESO.

Antara manfaat yang bakal anda peroleh:

βœ… Pensijilan profesional SCA yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

βœ… Latihan praktikal bersama jurulatih berpengalaman.

βœ… Persediaan untuk menceburi kerjaya sebagai barista profesional.

Siapa yang layak memohon?

βœ”οΈ Diberhentikan kerja

βœ”οΈ Syarikat ditutup

βœ”οΈ VSS / MSS

πŸ“Œ Tertakluk kepada syarat kelayakan SIP PERKESO dan caruman oleh bekas majikan.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut?

Klik pautan pra-pendaftaran di bawah:

πŸ‘‰ https://bit.ly/manfaatsipekstrak

Pasukan kami akan menghubungi anda untuk memberikan penerangan lanjut.

Address

C2-1, Block C, Dataran Palma, Jalan Selaman 1
Ampang
68000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ekstrak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ekstrak:

Shortcuts

Share

Category