SAFE SPACE

SAFE SPACE

Share

We give :
- Woman support
- Muallaf Woman support
- Mental Health

~ Building Inner self ~

17/08/2023

Jom

02/08/2023

Ramai manusia sekarang yang telah koma hatinya kerana hentaman-hentaman yang dilalui sepanjang hidup.Mari sama-sama kita mencari talian-talian hayat yang ada untuk kembali kuat untuk menghadapi dunia nyata ini agar kita dapat membuka mata kembali menikmati cahaya kehidupan dan tidak terus mati dalam kegelapan.Moga ilmu yang dikongsi mampu menjadi batu loncatan untuk membangunkan kembali hati kita semua.
Meh saudari- saudari join kami setiap Jumaat malam diHalfway Home KL bersama penceramah kita Sis Fatin @ Ummu Hud.Kami juga akan cuba live sekiranya internet cukup kuat untuk bersiaran.Potluck dialu-alukan .Hubungi saya Sis Faridah di 0195734510 untuk pertanyaan dan lokasi😊

29/07/2023

Lagi kupasan daripada ayat pertama Surah Al-Fatihah di Halfway Home malam tadi by Ummu Hud@Sis Fatin.Baarakallahu fiiha🌹.Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat yang join secara maya.Moga bermanfaat untuk kita semua😊

{ ٱلۡحَمۡدُ *لِلَّهِ* رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ }

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

1. Nama khas الِلَّه meliputi sekurang-kurangnya 99 nama dan sifat yang menerangkan pada kita personiliti Allah dari segi kasih sayangNya, keagunganNya, keadilanNya dan kebijaksanaanNya.
Makin kita mengenali nama-nama Allah sudah semestinya kita akan lebih mencintai dan mengagungkan Allah.

Contohnya nama Ar Rahman dan Ar Rahim datang dari perkataan *rahm*yang antara makna yg seumpama *rahim* ibu.

Seperti mana baby hidup dengan penuh kasih sayang ibunya didalam rahim , secara analoginya bumi ini seperti a giant rahim yang dipenuhi dengan oksigen, cahaya serta makanan atas rahmah dan kasih sayang Allah.
In reality setiap saat we experience His Mercy.without His mercy none of us can survive.

Makin kita menyedari hakikat ini makin kita mahu memuji dan mengagungkn Allah.

2. Erti Rabb - Tuhan yang mencipta memelihara, mendidik, mentakbir, menguruskan semua makhluk-makhluknya setiap masa dengan penuh kasih sayang.

Tidak ada satu saat pun kita tidak dijaga oleh Allah tambahan lagi Allah berikan sekurang- kurangnya 4 malaikat yang sentiasa bersama kita.

Dan Allah juga sebaik-baik Pentarbiyah yang memberikan customize test atau ujian yang sesuai untuk setiap daripada kita agar potensi diri kita dapat dibina dalam menuju ke syurga.

3. Sekiranya kita mahu berubah ada 4 steps yang kita perlu jalani
1. Yaqatha/ awakening/ kesedaran - yang Allah beri pada kita
2. Tafakur - terus menelaah dan memikir dan menambah ilmu dari yaqatha yang diterima
3. Baseerah/ breakthrough/ - paradigm shift yang akan terjana dari proses tafakur
4. Azeema - keazaman yang kuat utk consistent berubah

Jom kita terus menerus menimba ilmu dan istiqamah memperbaiki diri menuju syurga.



28/07/2023

Tadabbur Al Fatihah bersama Sis Fatin/Ummu Hud siri 3

25/07/2023

Siri 3 Jumaat akan datang in shaa Allah.Mari saudari-saudari kita imarahkan Halfway Home.Sama-sama perbaiki diri hari demi hari🌹.Kelas adalah percuma.Potluck dialu-alukan😊.Pm saya Sis Faridah untuk info lanjut serta lokasi di 0195734510.

22/07/2023

Kelas Halfway Home malam tadi.Kupasan yang membuka minda.

1. Fadilat surah Al Fatihah -
- surah terangung
- antara 2 cahaya yg disampaikn oleh malaikat yg tidak pernah turun ke langit bumi

3. Antara nama2 surah Al Fatihah
- As - Shifa
- Al Hamd
- As Solah
- Fatihatul Surah
- ummu kitab
- ummul quran

3. Semua surah dlm Quran dimulakn dgn BismillahirRahmanirRahim - sifat Rahmah Allah yg ditekan olehnya sebagai introduction

4. erti *hamd* - puji + shukur dengan rasa cinta
- puji n shukur adalah muscle yg perlu sentiasa dibina utk mendapat cara pandang hidup yg selari dgn yg Allah mahu kita lihat

- sentiasa tanamkn habit utk sentiasa memuji , mengagung, dan mensyukuri nikmat Allah

- Allah tidak memerlukn pujian dan syukur kita sebaliknya hati2 kita yg perlu memuji dan bersyukur

5. Quran adalah cahaya utk memahami kehidupan ini dan Al Fatihah seolah2 rumusan / essense of Quran

Wallahualam



19/07/2023

Siri 2👇

Halfway Home akan meneruskan Tadabbur AlFatihah secara bersiri sehingga ayat terakhir in shaa Allah bersama penceramah kita Ummu Hud Fatin merungkai ayat-ayat ini dan kita bersama-sama self reflection untuk detox hati masing-masing daripada anasir-anasir yang tidak membina diri.Saudari-saudari diluar sana dialu-alukan untuk join kami setiap Jumaat malam.In shaa Allah jumpa hujung minggu ini.Potluck dialu-alukan.Kelas adalah Percuma😊
Pm saya untuk lokasi dan pertanyaan
(Sis Faridah 0195734510)

Photos from SAFE SPACE's post 15/07/2023

SAFE SPACE LEGACY.

🏠Halfway Home

Alhamdulillah selesai program pertama semalam diHalfway Home KL.Sempat mentadabbur ayat pertama Surah Al-Fatihah bersama penceramah kita Ummu Hud@Sis Fatin.Santai dan sangat bermanfaat❤.Terima kasih kepada semua yang hadir meraikan program pertama HalfWay Home KL.Baarakallahu fiikunna🤲🌹.Nantikan sambungannya minggu hadapan dan nantikan program-program menarik yang akan menyusul kemudian.Doakan perjalanan Halfway Home di bawah naungan Safe Space Legacy.Mohon like page kami👇.Terima kasih😊❤

https://www.facebook.com/profile.php?id=100094421455216&mibextid=ZbWKwL





Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Pandan Mewah Height
Ampang
86000