Rahsia Celik Mengaji

Rahsia Celik Mengaji

Share

Melancarkan bacaan Al Quran anak-anak anda dengan mudah dan cepat. Hanya yang rajin akan maju.

05/06/2023
31/05/2023

BACAAN AL-QURAN PLBQ DARI QARI MALAYSIA
USTAZ FAKHRUL UNIC
BACAAN YANG SANGAT JELAS DAN MUDAH DIIKUTI OLEH RAKYAT MALAYSIA ๐Ÿคฉ

26/09/2022

REZEKI KERJA SETIAP ORANG โœจ

Yakin dengan Allah, Allah telah susun cantik jalan hidup kita. Setiap orang Allah dah susun kan.

Kalau Allah dah susunkan, kita ikut perintah dan jauhi laranganNya. Pasti hidup akan sentiasa tenang dan tidak risau apa yang akan jadi pada masa hadapan sebab kita yakin Allah dah susun rezeki dan hikmah disetiap perkara yang berlaku.

Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.
Kejar Akhirat, dunia akan ikut inshaAllah.

Bantu share inshaAllah.

07/09/2022

Bila sampai di bumi Mekah dan Madinah, satu sahaja yang saya nak cari.

Saya nak cari keajaiban.

Kerana, tanah ini adalah tanah suci. Ada rumah Allah. Ada rumah Rasulullah Saw.

Sedang menunggu solat isyak, tiba-tiba ada seorang pakistan tegur saya.

"Malaysia mana?"

Eh? Boleh cakap melayu. Steady ni. Mudah nak sembang. Saya kenalkan diri.

Dia kata namanya Mohi. Asal Pakistan. Pernah duduk Malaysia lima tahun kemudian balik sebelum PKP dan sangkut tak boleh masuk Malaysia dah.

Saya tanya dia macamana boleh sampai Madinah.

Matanya berkaca. Menahan sebak.

Rupanya,

Dia datang sini sebab permintaan isterinya. Isteri dan anaknya kena sakit teruk. Bermacam cara dah buat tapi masih begitu juga.

Jadi, isterinya kata pergilah ke Mekah. Bercakaplah dengan Allah di depan kaabah. Ziarahlah Rasulullah. Bercakap dan merayulah dengan berkat Nabi, moga sakit mereka di sembuhkan.

"Isteri saya bagi duit semua. Simpan duit semua habis. Untuk saya datang. Cukuplah sampai juga. Tidur mana-mana. Makan apa saja"

Di tepi dia ada satu beg kecil. Ada plastik nak isi baju kotor. Dalam poket ada roti kosong keras. Masa sambil duduk-duduk tu, dia siap koyakkan roti bagi dua, satu untuk saya dan satu untuk dia.

Saya kunyah, menitis airmata.

Kosong, tiada rasa tapi itulah teman yang mengenyangkan perut. Kemudian sambung ibadah.

Saya tawar duit untuk bantu, dia tolak.

Dia kata apa?

"Saya cerita bukan bagi abang kasihan. Bukan. Saya nak minta abang doakan isteri dan anak saya boleh? Saya takut kalau dia nanti Allah ambil. Saya sayang dia. Saya sayang anak saya"

Saya gosok badan dia. InsyaAllah.

Kami pun solat isyak bersama. Sembang lagi sampailah saya minta izin nak ke hotel.

Dia terus letakkan lengan, dan rehat.

Sebab katanya, nanti dia nak bangun tahajud p**a. Nak berdoa sampai subuh.

Bila melihat mohi,saya merasakan Itulah kehebatan Tuhan yang maha agung.

Dia menawarkan cintanya diatas seribu kepahitan.

Itu kerana Dia mahu pastikan bahawa cinta hamba tetaplah padaNya walau diuji dengan segala macam bentuk ujian.

Dia menciptakan kesusahan itu sebagai satu cara untuk kita tetap merasa hamba. Dengan itu kita akan selalu merasa bertuhan. Tuhan seolah berkata, "jika benar kamu cintakan aku,maka bersiap sedialah untuk susah".

Kalau memang kamu hamba yang setia,buktikanlah dengan kesanggupan kamu untuk bertarung dengan derita.

Maha besarnya Allah.

Itulah cara agar cinta itu dapat dipastikan benar bahawa ia bukan palsu. Hinggakan berhabis harta benda, demi mempercayai keajaiban yang ada pada rahmat dan berkat.

Sฤ“lamata baraju'aga mลhฤซ. Al'hฤ kahi

Kredit tulisan dan gambar : Abu Hurairah Roslan

12/08/2022

Happy friday everyone! Semoga Jumaat kita penuh dengan Barakah Insha Allah ๐Ÿ˜

03/08/2022

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat,

2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah,

3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dr tahun yg sebelumnya,

4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jgn tinggal,

5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat,

5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sblm tidur,

6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jgn tinggal.

7. Makin kita berumur, paling tidak khatam AL Quran 2 kali dlm setahun,

8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.

9. Makin kita berumur, zikir kena banyak,

10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak,
Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.

โ€Ž ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ู ูŽุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุขูู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู

Sumber : Ust. Shamsuri Hj Ahmad

29/07/2022

Memang Nampak Sekarang..Hampir

Rasulullah SAW sebut tanda-tanda Kiamat antaranya iaitu:

1. Anak-anak jadi keras kepala
2. Hujan turun lebat, kejadian banjir
3. Kejahatan bermaharajalela
4. Orang bercakap bohong itu dipercayai/diyakini, manakala orang jujur itu didustai. Orang jujur, soleh didustai.
5. Banyak pemakai jubah dan serban namun khianat
6. Banyak peniaga namun tiada pembeli
7. Harta-benda melimpah ruah (jalan haram contoh scammer)
8. Pemilik/orang kaya diagung-agungkan kerana kekayaan dia
9. Banyak undang-undang terwujud
10. Muncul pemimpin di kalangan kanak-kanak (pemimpin berfikiran anak-anak, berperangai kanak-kanak)
11. Golongan wanita bertambah, lelaki berkurangan kerana gejala sosial cth dadah
12. Penguasa-penguasa yang khianat/zalim
13. Timbangan dan ukuran dalam aktiviti perniagaan dikurangkan (penipuan)
14. Pemimpin sibuk dengan harta, namun golongan bawahan sibuk menyebar ilmu
15. Lelaki membunuh saudaranya (adik-beradiknya)
16. Banyak khatib atas mimbar, namun khutbah tak difahami.
17. Ulama condong kepada pemimpin, menghalalkan yang haram (halal dan haram dilanggar demi jaga kepentingan diri)
18. Satu kaum yang makan dengan lidah-lidah mereka semacam lembu, bermaksud mereka s**a memuji orang yang s**a kepada mereka (menjilat = makan pujian)
19. Orang Mukmin menyembunyikan keimanan, orang Munafik buat salah secara terang-terangan
20. Para alim ulama mendambakan (ingin) kematian sehingga digambarkan mati itu lebih baik daripada emas berwarna merah
21. Datang 50 orang yang sembahyang tapi tiada satu orang pun solatnya yang diterima! Kerana tidak diletakkan Allah sebagai keutamaan, ibadah dalam riak
22. Tidak ada lagi harta pusaka perlu dibahagi kerana manusia terlalu tamak dan tiada lagi kegembiraan dalam perihal harta ghanimah (hilang semangat juang)
23. Dapat jiran-jiran yang buruk, perkelahian jiran, adik-beradik, teman sepejabat
24. Dihentikan pedang daripada jihad
25. Memperoleh untung dunia melalui agama

26. Zaman yang penuh kegemilangan iaitu zaman sahabat berebut buat kebaikan. Kemudian sampai zaman terkemudian andai buat 1/10 daripada kebaikan pun
27. Bersabar dalam beribadah dalam keadaan kekacauan, akan datang satu zaman lebih buruk daripada terdahulu
28. Yang paling ditakuti Rasulullah SAW pada umat Baginda adalah, mereka (umatnya) mendapat pemimpin yang menyesatkan mereka. Pedang telah diletakkan dan berterusan perang hingga Kiamat (Suriah, Iraq, Palestin dll)
29. Jika kamu hidup ditengah-tengah manusia yang buruk perangai, telah rosak perjanjian dan amanah dalam hidup mereka, mereka saling berselisih.. para sahabat bertanya bagaimana nak buat?
Rasulullah SAW sebut, "Tetaplah dalam rumah kamu."
Maksud, jaga lidah dan jaga penulisan kamu. Duduk diam-diam dalam rumah.
Hendaklah kamu mengurusi diri sendiri..dan tinggalkan urusan manusia lain, orang ramai..tinggalkan.
30. Akan muncul sesudah Rasulullah SAW, para pemimpin yang berjalan tak sesuai dengan petunjuk (sunnah) Rasulullah.
31. Lahir generasi yang hati mereka, hati-hati syaitan. Bagaimana mendapani perkara ini, #30, #31- Dengar dan taat apa yang diajar Rasulullah walau kamu disebat, dihumban di penjara, dirampas harta agar kamu selamat.
32. Terjadinya fitnah, perpecahan, perselisihan di kalangan orang Islam. Jika kamu hidup di saat itu...
Sekiranya kamu sanggup jadi hamba Allah, jadilah hamba Allah yang terbunuh. Dan kamu mati di jalan Allah (dan kamu bukan orang yang membunuh). Maka lakukanlah (mati terbunuh).

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kuliah Maghrib
Wasiat Rasulullah Tentang Tanda-tanda Kiamat
(Kitab rujukan: 'Ziarah ke Alam Barzakh', karangan Al-Imam Jalaluddin As-Suyut

26/07/2022

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, โ€˜setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimahโ€™.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah โ€˜jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmuโ€™.

Kemudian beliau bersabda โ€˜putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Hajiโ€™.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, โ€˜ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?โ€™

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, โ€˜bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Hajiโ€™.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah.

22/07/2022

5 ZIKIR HARIAN YANG PALING DICINTAI ALLAH

โ— Pertama, berzikir dengan kalimah โ€œLaa Ilaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu Wa Huwa Alaa Kulli Syaiin Qadir,โ€ sebanyak seratus kali dalam sehari.
ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ุง ุฅู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ุงู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ูุŒ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู…ูู„ู’ูƒู ุ› ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ุญูŽู…ู’ุฏู ุŒ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ ุŒ ุนูŽุดู’ุฑูŽ ู…ูŽุฑู‘ูŽุงุชู . ูƒูŽุงู†ูŽ ูƒูŽู…ูŽู†ู’ ุฃุนู’ุชูŽู‚ูŽ ุฃุฑู’ุจูŽุนูŽุฉูŽ ุฃู†ู’ููุณู ู…ู†ู’ ูˆูŽู„ูŽุฏู ุฅุณู’ู…ูŽุงุนููŠู„ูŽ

โ€œSesiapa mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU WA HUWA โ€˜ALA KULLI SYAIโ€™IN QODIR (tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah Yang Mahakuasa atas segala sesuatunya) sebanyak sepuluh kali, maka ia seperti orang yang telah memerdekakan empat jiwa dari anak keturunan Ismaโ€™il.โ€ (Hadis Bukhari, no. 6404 dan Muslim, no. 2693)

โ— Kedua, membaca subhanallah wa bihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali.
ู…ูŽู† ู‚ุงู„: ุณุจุญุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ู ูˆุจูุญูŽู…ุฏูู‡ูุŒ ููŠ ูŠูŽูˆู…ู ู…ูุฆุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉูุŒ ุญูุทูŽู‘ุชู’ ุฎุทุงูŠุงู‡ุŒ ูˆุฅู†ู’ ูƒุงู†ุชู’ ู…ูุซู„ูŽ ุฒูŽุจูŽุฏู ุงู„ุจูŽุญุฑู
โ€œDan, sesiapa yang membaca subhanallah wabihamdihi setiap hari sebanyak 100 kali, maka baginya akan dihapuskan segala dosa walaupun dosanya bagaikan buih di lautan.'' (Muttafaq alaih).
โ— Ketiga, ucapkan laa haula wa laa quwwata illaa billaah.
ุฃู„ูŽุง ุฃุฏูู„ูู‘ูƒูŽ ุนู„ูŽู‰ ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ู‡ูŠ ูƒูŽู†ู’ุฒูŒ ู…ูู† ูƒูู†ููˆุฒู ุงู„ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูุŸ ู„ุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆู„ูŽุง ู‚ููˆูŽู‘ุฉูŽ ุฅู„ูŽู‘ุง ุจุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู

"Tidakkah kamu mahu aku tunjuki salah satu harta simpanan di syurga? Laa haula wa laa quwwata illaa billaah.โ€ (Hadis Al-Bukhari dan Muslim).

โ— Keempat, beristighfar.
ุฅู†ูŽู‘ู‡ู ู„ูŠูุบุงู†ู ุนู„ู‰ ู‚ูŽู„ุจูŠุŒ ูˆุฅู†ูู‘ูŠ ู„ุฃุณุชุบููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ููŠ ูƒู„ูู‘ ูŠูˆู…ู ู…ุงุฆุฉูŽ ู…ูŽุฑูŽู‘ุฉู

Rasulullah SAW bersabda, โ€œSesungguhnya benar-benar terhalang atas hatiku dan sungguh aku benar-benar beristighfar kepada Allah di dalam sehari sebanyak 100 kali.โ€ (Hadis Muslim).

โ— Kelima, berdzikir dengan Kalimah, subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar.
ุฃูŽู†ู’ ุฃูŽู‚ููˆู„ูŽ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู„ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุฃูŽูƒู’ุจูŽุฑูุŒ ุฃูŽุญูŽุจูู‘ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ู…ู…ูŽู‘ุง ุทูŽู„ูŽุนูŽุชู’ ุนู„ูŠู‡ ุงู„ุดูŽู‘ู…ู’ุณู

Dari Abu Hurairah, dia berkata, โ€œRasulullah saw bersabda, 'Sesungguhnya membaca subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.โ€ (Hadis Muslim).

Sumber : Dato Dr Hasan bin Mohamed Ali

20/07/2022

DAHSYATNYA SURAT AL- IKHLAS

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda :
"Demi ALLAH yang jiwaku di dalam GenggamanNYA, sesungguhnya :

QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap Malaikat Jibril.

ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap Malaikat Mikail.

LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada, sayap Malaikat Isrofil,

WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap Malaikat Izra'il"

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:

"Ketika saya {Rasulullah SAW} Israโ€™ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 tiang dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan"...

Pada tiap-tiap tiang itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari Timur hingga ke Barat..

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas ...

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka :

โ€Wahai TUHAN kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik lelaki maupun perempuanโ€...

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas.

Suatu ketika 70,000 Malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal ...

Kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

70.000 Malaikat itu diutus hanya kerana Almarhum sering membaca surah ini ...

Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di beri merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan Malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W bersabda :

Barang siapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk didalam kubur, akan selamat dia dari kesempit-an kuburnya dan para Malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Syurga. (HR Qurthuby).

SUBHANALLAH

Ya Allah, jadikanlah kami mudah dalam membaca Suratul Al Ikhlas dan mengucapkan SUBHANALLAH setiap masa.

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


2779/A Jalan CHANGKAT, PERMATA, TMN PERMATA
Ampang
53300