06/09/2023
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑𝐈 𝐇𝐔̈𝐊𝐔̈𝐌 𝐓𝐀𝐉𝐖𝐈𝐃 𝐈𝐀𝐈𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐃 𝐀𝐒𝐋𝐈 ( مَدٌّ أَصْلِيٌّ )
Alhamdulillah pusat Tuisyen Iqra' dan Quran As Sofa telah memberi penekanan kepada para belajar untuk mempelajari hukum tajwid selain dari membaca al quran secara berdepan dengan guru. Pada kelas pertama para pelajar telah dikenalkan dengan Satu hukum iaitu Mad asli ( مَدٌّ أَصْلِيٌّ ).
APA ITU MAK ASLI?
Mad asli ( مَدٌّ أَصْلِيٌّ ) adalah Mad yang terhasil apabila huruf yang berbaris atas bertemu alif ( ا ), huruf berbaris bawah bertemu dengan Ya ( ي ) dan huruf berbaris depan bertemu Waw ( و ), ia dibaca dengan kadar panjang dua harakat, sama ada ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya.
Mad Asli juga dikenali dengan nama Mad Tabi’i, ini kerana dia sudah menjadi tabiat bagi semua pembaca al-Quran yang mahir/baik tidak mengurangkan kadar madnya dua harakat dan tidak p**a melebihi daripada itu. Semoga para pelajar dapat istiqamah mengikuti kelas tajwid yang dianjurkan oleh Pusat Tuisyen Iqra'dan Quran As Sofa.
_______________________________________
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗜𝗤𝗥𝗔 & 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔
Sebarang pertanyaan atau pendaftaran sila klik link di bawah:
http://www.wassap.my/01164306348/TuisyenIqraQuran