06/12/2024
.
SMK Hulu Kelang Johan Pertandingan Video Pendek Karya Agung Melayu 2024
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hulu Kelang mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai johan dalam Pertandingan Video Pendek Karya Agung 2024 anjuran Yayasan Karyawan dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kemenangan ini mengukuhkan reputasi sekolah tersebut sebagai institusi yang unggul dalam bidang seni kreatif.
Video pendek daripada pertarungan Hang Tuah dengan Hang J***t, dilakonkan oleh pelajar tingkatan 6 SMK Hulu Kelang, berjaya menonjolkan keindahan dan nilai estetika karya agung sastera Melayu Hikayat Hang Tuah dan Swjarah Melayu. Dengan tema yang menyentuh hati, naratif kreatif, dan sinematografi yang memukau, video tersebut berjaya memikat hati juri profesional yang terdiri daripada penggiat seni, penulis, dan pensyarah universiti.
Pengetua SMK Hulu Kelang, Nik Rahayu, melahirkan rasa bangga terhadap usaha gigih pelajar dan guru pembimbing yang menjayakan projek tersebut. “Ini adalah hasil kerja keras, dedikasi, dan semangat pelajar kami yang mahu memartabatkan sastera Melayu dalam medium moden. Kemenangan ini bukan sahaja milik sekolah tetapi juga seluruh komuniti Hulu Kelang,” katanya.
Pertandingan itu bertujuan memupuk minat pelajar terhadap karya agung warisan negara sambil mengasah kreativiti mereka dalam menghasilkan karya seni.
Guru pembimbing projek tersebut, Khairiyah dan , berkata, “Kami ingin menghidupkan semula keindahan karya agung Melayu dalam bentuk yang relevan dengan generasi muda. Kemenangan ini membuktikan bahawa warisan budaya kita masih dihargai.”
Sebagai johan, SMK Hulu Kelang membawa pulang trofi kejuaraan, sijil penghargaan, dan wang tunai RM1,000.
Kejayaan ini diharap menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus mencintai dan memartabatkan karya sastera Melayu di persada kebangsaan dan antarabangsa.
Kredit: Story Mr John😊