25/05/2026
βAl-Quran bukan sekadar di bibir, tetapi hidup subur di dalam jiwa. β¨
Alhamdulillah, Allahuakbar!
Langkah kecil yang dipenuhi kesungguhan akhirnya membuahkan sebuah kejayaan yang sangat membanggakan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada adik Nawwar dari kelas Thanawiy 2 atas kejayaan meraih JOHAN dalam pertandingan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran peringkat daerah Gombak. ππ
Kejayaan ini bukan hadir dengan mudah, tetapi lahir daripada usaha yang tidak pernah jemu, pengorbanan masa, ketekunan menjaga hafazan serta doa yang tidak pernah putus. Sesungguhnya, hati yang dipenuhi Al-Quran akan sentiasa dipimpin Allah menuju kemuliaan. π€
Sekalung penghargaan dan tahniah juga buat ibu ayah Nawwar yang menjadi tulang belakang dalam setiap perjuangan beliau. Didikan yang penuh kasih sayang, sokongan tanpa lelah serta doa yang sentiasa mengiringi menjadi asbab lahirnya permata Al-Quran ini. π·
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus mencintai dan mendekati Al-Quran. π«β
InsyaAllah jika ada rezeki, adik nawwar akan bertanding di peringkat negeri selangor. Doakan kejayaan beliau πͺπΌ
22/05/2026
Perhimpunan Sebelum Cuti Hari Raya Aidiladha β¨π
Alhamdulillah, sebelum bermulanya cuti sekolah sempena Hari Raya Aidiladha, para pelajar di Maahad Tahfiz Al Itqaan telah menghadiri sesi perhimpunan bersama guru-guru dan pelajar.
Dalam perhimpunan tersebut, Ustaz Syahid telah menyampaikan sedikit perkongsian dan nasihat buat para pelajar berkaitan:
π Keistimewaan 10 hari terawal Zulhijjah sebagai hari-hari yang penuh keberkatan dan amalan yang sangat dicintai Allah SWT.
π Pesanan agar para pelajar terus istiqamah mengulang hafazan al-Quran sepanjang cuti sekolah supaya hafazan sentiasa terjaga dan tidak dilupakan.
π Turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya mencapai target bulanan hafazan al-Quran sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kesungguhan mereka dalam menjaga hafazan.
Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan perkara yang bermanfaat serta dipenuhi amal ibadah bersama keluarga tercinta. π€
Selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada warga MTI
22/05/2026
π’ MAKLUMAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 2026
Pihak Maahad Tahfiz Al Itqaan dengan ini ingin memaklumkan bahawa maahad akan bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula 23 Mei hingga 2 Jun 2026.
Sehubungan dengan itu, tiada sesi persekolahan akan dijalankan sepanjang tempoh tersebut.
π
Maahad akan beroperasi semula seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).
Semoga sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini disambut dengan penuh keberkatan, kegembiraan dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga tercinta.
β¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha β¨
Ikhlas daripada,
Pihak Pentadbiran Maahad Tahfiz Al Itqaan
12/05/2026
π₯ Video Raya Maahad Tahfiz Al Itqaan 2026 π₯
Alhamdulillah, perkongsian suasana Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru 2026 di Maahad Tahfiz Al Itqaan yang penuh ceria dan bermakna pada 30 April yang lalu.
Dalam video ini, turut dipaparkan:
πͺ Pelajar Ibtidaie 2 yang kreatif dan teruja menghasilkan biskut raya sebagai salah satu aktiviti menarik program.
πΈ Tidak ketinggalan juga, momen indah pelajar Asasi 4, 5 dan 6 tahun yang bergambar raya dengan penuh keceriaan dan senyuman Syawal π€
Semoga kenangan ini menjadi memori yang indah buat seluruh warga Maahad Tahfiz Al Itqaan.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini π€β¨
12/05/2026
Aneka Ragam Sambutan Hari Raya & Hari Guru 2026
Alhamdulillah, pada 30 April 2026 (Khamis) yang lalu, Maahad Tahfiz Al Itqaan telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru dengan penuh meriah dan bermakna.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara pelajar, guru dan seluruh warga maahad di samping meraikan suasana Syawal serta menghargai jasa para pendidik.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk jamuan raya, persembahan pelajar serta sesi penghargaan khas kepada para guru yang banyak berkorban dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah.
π Pada sebelah petang p**a, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada pelajar yang mencapai target bulan April, sebagai galakan dan motivasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan hafazan.
Walaupun post ini dikongsi sedikit lewat, kenangan indah sepanjang program ini tetap segar dalam ingatan kami.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
12/05/2026
MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT 1447H
Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Itqaan yang telah menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) Peringkat Daerah Hulu Langat 1447H yang berlangsung pada 9β10 Mei 2026 bertempat di Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang.
Syabas dan tahniah khususnya kepada:
π HARRAZ BIN MOHD HAZZARI β NAIB JUARA
π MUHAMMAD AL-MUQRI BIN MUHAMMAD HAMIMWAZIR β PENERIMA SAGUHATI
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar untuk terus mencintai, memahami dan mendalami Al-Quran.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada para guru serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan, doa dan bimbingan kepada anak-anak.
βAl-Quran di hati, kecemerlangan diraih.β
08/05/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh π€
Hari ini, Sabtu (09/05/2026), berlangsungnya peringkat akhir Hafazan Itqan Competition 2026 anjuran Yayasan Pendidikan Itqan.
Para peserta yang bertanding merupakan pelajar daripada Maahad Tahfiz Al Itqaan. Mohon doa daripada semua agar dipermudahkan urusan mereka, diberikan ketenangan hati, kelancaran hafazan serta dikurniakan kejayaan yang terbaik.
Semoga setiap usaha dalam mendekati dan memuliakan al-Quran ini menjadi asbab keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT buat semua. π€²π»
08/05/2026
Program Tarbiah dan Pemantapan Guru bersama Dr Shafie, Pengasas Maahad Tahfiz Al Itqaan
Alhamdulillah, selesai Program Tarbiah dan Pemantapan Guru bersama Dr Shafie pada 8/5/2026 semalam π
Satu penghormatan buat kami para guru di MTI dapat mendengar sendiri perkongsian dan tarbiah daripada beliau.
Antara kupasan yang sangat memberi kesan adalah tentang niat dalam mendidik anak-anak dan bagaimana seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak dan jiwa pelajar.
Banyak lagi ilmu, nasihat dan peringatan yang membuka hati serta memberi semangat baru untuk terus mendidik dengan penuh amanah dan kasih sayang.
Semoga setiap langkah dalam dunia pendidikan ini menjadi saham akhirat buat kita semua.