Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Share

page rasmi Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil - Presiden Tirmidhi Centre, Ketua Penolong M***i (B

22/04/2026

๐ŸŒ™*[๐ƒ๐€๐”๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€ ๐…๐ˆ๐๐‡ ๐”๐’๐”๐‹]*๐ŸŒ™

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต, ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ-๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต. ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ต ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ถ๐˜ด๐˜ถ๐˜ด๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต, ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ-๐˜ฌ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ฃ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฅ, ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข' ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ป๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฃ ๐˜š๐˜บ๐˜ข๐˜ง๐˜ช'๐˜ฆ. ๐˜‘๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช! ๐Ÿ˜

Ayuh bersama kami sertai daurah yang akan dibimbing oleh:

๐ŸŽ™๐ƒ๐‘. ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐‡๐€๐‡๐‘๐ˆ๐ƒ๐™๐€๐ ๐๐ˆ๐ ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐„๐ƒ
(๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜’๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ˆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ซ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช ๐˜œ๐˜ช๐˜›๐˜” ๐˜š๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ)

๐Ÿ“˜ Kitab Mukhtaแนฃar al-Fawฤโ€™id al-Makkiyyah
๐Ÿ—“๏ธ ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 9 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•’ ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 8.30 am - 5.00 pm
๐Ÿ›๏ธ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: Musolla al-Jami'ah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
๐Ÿ“๐˜๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง:
* Ahli Lajnah Fiqh Usul ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€
- Pelajar APIUM dan orang luar ๐‘๐Œ ๐Ÿ“.๐ŸŽ๐ŸŽ

๐Ÿ”– ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐’๐„๐Š๐€๐‘๐€๐๐†!
https://forms.gle/DJg8PXXV6hxj2Hmc8

๐Ÿ“š PDF Kitab akan disediakan
๐Ÿฅ– Makanan Tengah Hari ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ untuk 100 peserta terawal!
๐Ÿ“Merit disediakan untuk pelajar Universiti Malaya

๐Ÿ—ฃ๏ธ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ถ
๐Ÿ‘ฅ ๐˜›๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ข ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜œ๐˜” ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฎ

๐Ÿ“ž sแด‡ส™แด€ส€แด€ษดษข แด˜แด‡ส€แด›แด€ษดสแด€แด€ษด, sษชสŸแด€ สœแดœส™แดœษดษขษช:
https://wa.me/60177835614 | Sdr Irfan
https://wa.me/60198421700 | Sdr Akram


'iy

21/03/2026

Menurut fuqaha Syafiโ€˜iyyah, solat sunat yang paling afdal ialah solat sunat yang disunatkan secara berjemaah. Solat sunat hari raya ialah yang paling afdal dalam kalangan solatยฒ sunat berjemaah yang lain. Bahkan lebih afdal daripada solat Tarawih.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.
ูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุจุฎูŠุฑ

Bakar lemang di tepi laman,
Rendang daging bau menggoda;
Aidilfitri datang menjelang,
Mohon maaf segala dosa.

13/03/2026

Zakat Fitrah Untuk Tahanan Penjara

12/03/2026

Sepatutnya Bayar Zakat Fitrah di Mana?

18/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุณูŽู„ูู‘ู…ู’ู†ููŠ ู„ูุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽุŒ ูˆูŽุณูŽู„ูู‘ู…ู’ ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ ู„ููŠุŒ ูˆูŽุชูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ู’ู‡ู ู…ูู†ูู‘ูŠ ู…ูุชูŽู‚ูŽุจูŽู‘ู„ู‹ุง

Maksudnya: โ€œYa Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan untukku dan terimalah ibadatku pada bulan itu.โ€

Photos from Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil's post 18/02/2026

:: Imam al-Syฤfiสฟฤซ - Antara Sanad Yang Sahih atau Sanad Yang Tertinggi ::

Menurut Sheikh Dr. Khalฤซl Mullฤ Khฤtir di dalam mukadimah kitab Thulฤthiyyฤt al-Imฤm al-Syฤfiสฟฤซ, Imam Syafiโ€™i ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ dikenali sebagai sangat bersungguhยฒ sepanjang hidupnya dalam mendengar (samaโ€™) dan menuntut hadis, terutamanya hadis yang sahih. Malah, beliau sanggup bermusafir berhariยฒ dan merentas malam semataยฒ untuk mendapatkan satu hadis sahaja, sebagaimana yang diceritakan oleh Imam al-Muzani ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡.

Menurut beliau lagi, disebabkan kesungguhan Imam Syafiโ€™i untuk memperoleh hadis yang sahih, keutamaannya bukanlah pada ketinggian sanad, tetapi ketepatan dan kesahihannya. Sama ada diperoleh melalui sanad yang lebih rendah, atau daripada guru yang lebih tua, seusia, mahupun lebih muda daripadanya.

Perkara ini dibukti oleh beliau melalui satu riwayat:

ู‚ุงู„ ุฃุญู…ุฏ ุจู† ุณู†ุงู† ุงู„ูˆุงุณุทูŠ: ูƒุชุจ ุงู„ุดุงูุนูŠ ุญุฏูŠุซ ุงุจู† ุนุฌู„ุงู†, ุนู† ุนู„ูŠ ุจู† ูŠุญูŠู‰ ุจู† ุฎู„ุงุฏุŒ ุนู† ุฃุจูŠู‡ุŒ ุนู† ุนู…ู‡ุŒ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ๏ทบ ุฃู†ู‡ ุฑุฃู‰ ุฑุฌู„ุงู‹ ุตู„ู‰ ููŠ ู†ุงุญูŠุฉ ุงู„ู…ุณุฌุฏุŒ ูู‚ุงู„: โ€œุงุฑุฌุน ูุตู„ ูุฅู†ูƒ ู„ู… ุชุตู„โ€ุŒ ููƒุชุจ ุงู„ุดุงูุนูŠ ู‡ุฐุง ุงู„ุญุฏูŠุซ ุนู† ุญุณูŠู† ุงู„ุฃุนุฑุฌุŒ ุนู† ูŠุญูŠู‰ ุจู† ุณุนูŠุฏ ุงู„ู‚ุทุงู†.

Maksudnya: Ahmad bin Sinan al-Wasiti berkata: Al-Syafiโ€˜i telah menulis hadis Ibn โ€˜Ajlan yang diriwayatkan daripada โ€˜Ali bin Yahya bin Khalad, daripada ayahnya, daripada bapa saudaranya, daripada Nabi ๏ทบ bahawa Baginda melihat seorang lelaki solat di satu bahagian masjid, lalu Baginda bersabda: โ€œKembalilah dan ulangi, kerana sesungguhnya engkau belum solat.โ€ Lalu al-Syafiโ€˜i menulis hadis ini daripada Husain al-Aโ€˜raj, yang diriwayatkan daripada Yahya bin Saโ€˜id al-Qattan.

Kemudian beliau mendatang riwayat melalui kitab โ€œฤ€dฤb al-Syฤfiสฟฤซ wa Manฤqibuhuโ€:

ู‚ุงู„ ุงุจู† ุฃุจูŠ ุญุงุชู…: ูŠุนู†ูŠ: ู„ุญุฑุต ุงู„ุดุงูุนูŠ ุนู„ู‰ ุทู„ุจ ุงู„ุตุญูŠุญ ู…ู† ุงู„ุนู„ู…ุŒ ูƒุชุจ ุนู† ุฑุฌู„ุŒ ุนู† ูŠุญูŠู‰ ุจู† ุณุนูŠุฏ ุงู„ู‚ุทุงู†: ุงู„ุญุฏูŠุซ ุงู„ุฐูŠ ุงุญุชุงุฌ ุฅู„ูŠู‡ุŒ ูˆู„ู… ูŠุฃู†ู ู…ู† ูƒุชุงุจุชู‡ ุนู…ู† ู‡ูˆ: ููŠ ุณู†ู‡ุŒ ุฃูˆ: ุฃุตุบุฑ ู…ู†ู‡ุŒ ูˆู„ุนู„ ูŠุญูŠู‰ ุจู† ุณุนูŠุฏ ุงู„ู‚ุทุงู† ูƒุงู† ุญูŠู‘ู‹ุง ููŠ ุฐู„ูƒ ุงู„ูˆู‚ุชุŒ ูู„ู… ูŠุจุงู„ ุจุฐู„ูƒ.

Maksudnya: โ€œImam Ibn Abฤซ แธคฤtim berkata: Maksudnya ialah kerana kesungguhan al-Syafiโ€˜i dalam menuntut hadis yang sahih. Beliau menulis daripada seorang lelaki, daripada Yahya bin Saโ€˜id al-Qattan, hadis yang beliau perlukan itu. Beliau tidak merasa keberatan untuk menulisnya daripada orang yang sebaya dengannya atau lebih muda daripadanya. Mungkin Yahya bin Saโ€˜id al-Qattan masih hidup pada waktu itu, namun beliau tidak ambil kisah (tidak peduli) perkara itu.โ€

Untuk memperkukuhkan fakta ini beliau menukil kalam Imam al-Baihaqi melalui karyanya โ€œManฤqib al-Syฤfiสฟฤซโ€:

ู‚ุงู„ ุงู„ุจูŠู‡ู‚ูŠ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ู…ุจูŠู†ู‹ุง ุณุจุจ ุฑูˆุงูŠุฉ ุงู„ุดุงูุนูŠ ุนู† ุญุณูŠู† ุงู„ุฃุนุฑุฌ ู‡ุฐุง: ู„ุฃู† ู‡ุฐุง ุงู„ุญุฏูŠุซ ูƒุงู† ุนู†ุฏ ุงู„ุดุงูุนูŠ ุนู† ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ุจู† ู…ุญู…ุฏุŒ ูˆูƒุงู† ุฅุจุฑุงู‡ูŠู… ู‚ุฏ ุฎู„ุท ููŠ ุฅุณู†ุงุฏู‡ุŒ ูุฃุญุจ ุฃู† ูŠุณู…ุนู‡ ู…ู† ุทุฑูŠู‚ ุตุญูŠุญุŒ ูุณู…ุนู‡ ู…ู…ู† ู‡ูˆ ุฃุตุบุฑ ุณู†ู‘ู‹ุง ู…ู†ู‡ุŒ ู„ุญุงุฌุชู‡ ุฅู„ูŠู‡ุŒ ูˆู„ู… ูŠุณุชู†ูƒู ู…ู† ุฐู„ูƒุŒ ู„ุชู‚ูˆุงู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ุŒ ูˆู„ุฃู† ู‚ุตุฏู‡ ู…ู† ุงู„ุนู„ู… ูƒุงู† ุงู„ุฅุฑุดุงุฏ ูˆุงู„ู†ุตูŠุญุฉุŒ ู„ุง ุงู„ุชุณูˆู‚ ุจู‡ุŒ ูˆุจุงู„ุนุงู„ูŠ ู…ู† ุงู„ุฅุณู†ุงุฏุŒ ูˆุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชูˆููŠู‚.

Maksudnya: โ€œAl-Baihaqi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ berkata, menjelaskan sebab riwayat al-Syafiโ€˜i daripada Husain al-Aโ€˜raj ini. Hal ini kerana (sanad) hadis tersebut yang ada pada al-Syafiโ€˜i melalui Ibrahim bin Muhammad, dan Ibrahim telah tersilap (ุฎู„ุท) dalam sanadnya. Maka beliau ingin meriwayatkannya melalui sanad yang sahih. Lalu beliau meriwayatkannya daripada orang yang lebih muda daripadanya kerana keperluannya kepada hadis itu, dan beliau tidak merasa keberatan terhadap perkara tersebut kerana ketakwaannya kepada Allah Taโ€˜ala. Tujuan beliau dalam menuntut ilmu ialah bimbingan dan nasihat, bukan untuk mencariยฒ (seperti barang dagangan), dan bukan untuk tujuan sanad yang tinggi. Dengan Allah jua segala taufik.โ€

:: Mengapa Imam Syafiโ€™i bukan Rijal Kutub Sittah ::

Dahulu saya pernah menulis isu bahawa terdapat beberapa dakwaan yang menafikan kedudukan Imam Syafiโ€™i dalam ilmu hadis, kononnya beliau bukan perawi yang thiqah, malah lemah. Sehingga dikatakan bahawa Imam al-Bukhari dan Imam Muslim ุฑุญู…ู‡ู…ุง ุงู„ู„ู‡ tidak mengambil hadis melalui jalur sanad Imam al-Syafiโ€˜i. Lalu perkara ini dijadikan hujah bahawa Imam al-Syafiโ€˜i bukan tokoh utama dalam bidang hadis.

Dakwaan sebegini lazimnya datang daripada ilmuwan yang cenderung bersikap fanatik terhadap mazhab tertentu, dan kurang senang dengan kritikan Imam al-Syafiโ€˜i terhadap mazhab mereka.

Tuduhan ini telah dijawab oleh Imam al-Khatib al-Baghdadi ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ dalam karyanya โ€œMasสพalat al-Iแธฅtijฤj bi al-Syฤfiสฟฤซ fฤซmฤ Usnida Ilaihi wa al-Radd สฟalฤ al-แนฌฤสฟinฤซn bi สฟAแบ“m Jahlihim สฟAlaihโ€. Hujah paling kuat yang diketengahkan ialah bahawa Imam al-Bukhari dan Muslim tidak mengambil sanad Imam al-Syafiโ€˜i bukan kerana kedudukan beliau yang tidak dipercayai dalam bidang hadis, tetapi kerana jalur sanad beliau bersifat nazil (rendah) berbanding perawiยฒ di zamannya, iaitu jumlah perawi antara Imam al-Bukhari dan Imam al-Syafiโ€˜i hingga kepada Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… adalah lebih ramai berbanding sanad-sanad yang lain.

Menjadi keutamaan bagi ahli hadis untuk mendapatkan sanad yang โ€˜ali (tinggi), iaitu jumlah perawi antara Imam al-Bukhari hingga kepada Rasulullah ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… adalah paling sedikit berbanding sanad yang ada.

Begitulah Kerendahan hati Imam al-Syafiโ€˜i terserlah apabila beliau meriwayatkan hadis ini daripada perawi lebih muda dari beliau dan rendah sanadnya. Hal ini bukanlah sesuatu yang ganjil. Seorang ilmuwan yang tulus dalam pencarian kebenaran tidak dipengaruhi oleh soal usia atau kedudukan. Matlamatnya adalah untuk memastikan kebenaran itu diperoleh, bukan untuk mengejar kemasyhuran atau berbangga dengan ketinggian sanad. Sikap tersebut mencerminkan keluasan ilmunya, ketajaman pemikirannya serta kematangan peribadinya.

Walaubagaimana pun tidak dinafikan, Imam Syafiโ€™i tetap memiliki sanad yang tertinggi sepertimana yang dihimpunkan oleh Sheikh Dr. Khalฤซl Ibrฤhฤซm Mullฤ Khฤtir.

Ayuh jangan ketinggalan untuk samaโ€™ dan riwayat sanadยฒ tertinggi Imam Syafiโ€™i sebagai satu usaha meneruskan tradisi para ulama zaman berzaman. Meskipun periwayatan hadis zaman kini tidak berkait dengan Jarh wa Taโ€™dil, namun kesinambungan barakah Imam Syafiโ€™i dan para ulama jangan dilupakan.

Pautan pendaftaran:
https://forms.gle/thiaX7Rs6rCcz4wZ9

Wallahu Aโ€™lam
Dr. Syed Shahridzan Ben โ€˜Agil

Photos from Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil's post 05/02/2026

:: Hukum Tarik Balik Kawasan Batas Masjid ::

1) Bahagian binaan yang bersatu dengan struktur masjid dan yang secara โ€˜urf (kebiasaan setempat) dihukumkan sebagai masjid tidak boleh sewenangยฒnya ditukar kepada kawasan yang bukan batas masjid, sedangkan kawasan tersebut sebelum ini diketahui umum sebagai sebahagian daripada batas masjid dan bahkan berfungsi sebagai tempat ibadah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab แธคฤshiah al-Bujairimi สฟalฤ al-Khaแนญฤซb:

(ูˆู…ู†ู‡ ุฑุญุจุชู‡) ู‚ุงู„ ู… ุฑ: ูˆู‡ูŠ ู…ุง ูƒุงู† ุฎุงุฑุฌู‡ ู…ุญูˆุทุง ุนู„ูŠู‡ ู„ุฃุฌู„ู‡ ููŠ ุงู„ุฃุตุญุŒ ูˆู„ู… ูŠุนู„ู… ูƒูˆู†ู‡ ุดุงุฑุนุง ู‚ุจู„ ุฐู„ูƒ ุณูˆุงุก ุนู„ู… ูˆู‚ููŠุชู‡ุง ู…ุณุฌุฏุง ุฃู… ุฌู‡ู„ ุฃู…ุฑู‡ุง ุนู…ู„ุง ุจุงู„ุธุงู‡ุฑ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุชุญูˆูŠุท ุนู„ูŠู‡ุงุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ู…ู†ุชู‡ูƒุฉ ุบูŠุฑ ู…ุญุชุฑู…ุฉ.

Maksudnya: โ€œDan termasuk daripadanya (masjid) ialah rahbah-nya (beranda). Al-Ramli berkata: Iaitu kawasan yang berada di luar (bangunan masjid) yang dipagari untuk tujuannya (batas masjid) menurut pendapat yang lebih sahih, dan tidak diketahui bahawa kawasan tersebut sebelum itu merupakan laluan umum, sama ada diketahui bahawa ia diwakafkan sebagai masjid atau keadaannya tidak diketahui, dengan berpegang kepada zahir iaitu pemagaran terhadapnya, sekalipun ia dicerobohi dan tidak dihormati.โ€

2) Berdasarkan kenyataan Sheikh al-Bujairimฤซ yang menukilkan kalam Imam al-Ramli, sekiranya batas beranda tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ia diniatkan oleh pewakaf atau tidak, maka kedudukannya hendaklah ditetapkan berdasarkan hukum zahir. Dalam hal ini, beranda masjid dihukumkan sebagai sebahagian daripada batas masjid, sebagaimana yang dinyatakan oleh para ulama, apatah lagi sekiranya kawasan beranda tersebut telah diketahui dan dimanfaatkan secara umum sebagai tempat jemaah menunaikan solat.

3) Oleh yang demikian, mana-mana ahli jawatankuasa masjid tidak sepatutnya menukar kawasan yang telah dihukumkan sebagai batas masjid kepada kawasan yang bukan batas masjid. Begitu juga, sekiranya tidak dapat dipastikan sama ada sesuatu kawasan pada masa lampau telah diwakafkan sebagai kawasan masjid atau sebaliknya, maka jalan penyelesaiannya ialah dengan berpegang kepada hukum yang telah ditetapkan oleh para fuqaha dan โ€˜urf.

4) Justeru, kawasan yang sedia ada dan telah dimaklumi secara hukum dan โ€˜urf sebagai batas masjid adalah haram ditukar kepada batas bukan masjid. Sehubungan dengan itu, semua pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan masjid, khususnya ahli jawatankuasa masjid, hendaklah tidak sewenang-wenangnya menarik balik atau mengubah hukum wakaf pada kawasan tertentu demi tujuan duniawi semata-mata. Hal ini kerana sesuatu kawasan yang telah diwakafkan sebagai masjid kekal selama-lamanya sebagai wakaf masjid dan tidak boleh ditarik balik, melainkan melalui proses istibdฤl, iaitu penggantian dengan harta lain (menurut Mazhab แธคanafฤซ dan tertakluk kepada syaratยฒ yang ketat).

5) Sekiranya kawasan batas masjid (beranda contohnya) ingin dijadikan sebagai tempat akad nikah, tempat menunggu dan seumpamanya maka ruang tersebut hendaklah kekal sebagai batas masjid serta dibuka sebagai fungsi solat. Oleh itu, orang yang berjunub, haid dan nifas tidak dibenarkan menetap di kawasan tersebut terutama ketika majlis akad nikah berlangsung dan tidak boleh berniaga dalam batas itu.

Sila baca tulisan berkaitan wakaf dan batas masjid:
1. https://www.facebook.com/share/p/1ZctABQsPY/?mibextid=wwXIfr
2. https://www.facebook.com/share/16vPXWeVSa/?mibextid=wwXIfr
3. https://www.facebook.com/share/p/14WeEBsZWax/?mibextid=wwXIfr

Wallahu Aโ€™lam
Dr. Syed Shahridzan Ben โ€˜Agil

03/02/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Dr. Syed Shahridzan Ben โ€˜Agil atas pelantikan serta lapor diri sebagai Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam bidang akademik, penyelidikan serta khidmat bakti kepada agama, masyarakat dan negara. Didoakan agar beliau terus dikurniakan kejayaan serta keberkatan dalam setiap amanah yang dipikul. -admin-

Photos from Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil's post 29/01/2026

:: Solat Berjemaah Luar Dewan Solat di Surau Tidak Sah? ::

1) Menurut fatwa Kerajaan Negeri Selangor, surau (termasuk surau Jumaat) tidak dihukumkan sebagai masjid. Fatwa ini selaras dengan pandangan mazhab Syafiโ€˜i yang menetapkan bahawa sesuatu tanah atau bangunan hanya dihukumkan sebagai masjid apabila ia diwakafkan secara khusus dengan lafaz masjid.

2) Sekiranya sesebuah bangunan atau tempat diwakafkan dengan lafaz selain daripada lafaz masjid, maka pewartaannya sebagai masjid adalah tidak sah menurut mazhab Syafiโ€˜i, meskipun bangunan atau tempat tersebut digunakan untuk mendirikan solat lima waktu dan solat Jumaat.

(Ini adalah fatwa rasmi Jabatan M***i Kerajaan Negeri Selangor dan fatwa ini sah dan bertepatan dengan mazhab Syafiโ€™i. Diharapkan pendirian ini dan pandangan mazhab Syafiโ€™i dihormati. Jika tidak setuju tidak mengapa atau ingin bertaklid pada mazhab lain, silakan, tiada masalah. Namun apa sahaja ciriยฒ penghinaan dan pertikaian terhadap fatwa rasmi dan pandangan mukamad mazhab Syafiโ€™i dalam isu ini akan saya โ€œdeleteโ€ dan โ€œblockโ€ jika keterlaluan)

3) Menurut mazhab Syafiโ€˜i juga, hukum iqtidaโ€™ (mengikut imam) adalah berbeza antara masjid dan surau. Dalam konteks ini, batasan masjid adalah lebih luas dan fleksibel dari sudut hukum sah iqtidaโ€™ berbanding surau.

4) Antara perbezaan yang ketara ialah keadaan apabila pintu dewan solat surau ditutup dan terdapat jemaah yang bersolat di luar dewan, seperti di beranda surau. Dalam situasi ini, solat berjemaah tersebut adalah tidak sah. Berbeza dengan masjid, solat berjemaah tetap sah walaupun pintu masjid ditutup rapat atau berkunci.

5) Sehubungan itu, benar sebagaimana yang dinyatakan dalam soalan (dalam โ€œscreenshotโ€), menurut pandangan muktamad mazhab Syafiโ€˜i, jemaah yang bersolat di beranda surau dengan berimamkan imam di dalam dewan solat, sedangkan pintu dewan ditutup, maka solat mereka di luar dewan adalah tidak sah. Hal ini kerana antara syarat sah solat berjemaah di bangunan atau tempat yang bukan masjid ialah tidak terdapat halangan yang menghalang jemaah daripada sampai kepada imam, seperti dinding atau pintu yang tertutup rapat dan berkunci. Perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam kitab Mughnฤซ al-Muแธฅtฤj:

(ูˆุฅู† ุญุงู„ ุฌุฏุงุฑ) ู„ุง ุจุงุจ ููŠู‡ (ุฃูˆ) ููŠู‡ (ุจุงุจ ู…ุบู„ู‚ ู…ู†ุน) ุงู„ุงู‚ุชุฏุงุก ู„ุนุฏู… ุงู„ุงุชุตุงู„ (ูˆูƒุฐุง ุงู„ุจุงุจ ุงู„ู…ุฑุฏูˆุฏ ูˆุงู„ุดุจุงูƒ) ูŠู…ู†ุน (ููŠ ุงู„ุฃุตุญ) ู„ุญุตูˆู„ ุงู„ุญุงุฆู„ ู…ู† ูˆุฌู‡ุŒ ุฅุฐ ุงู„ุจุงุจ ุงู„ู…ุฑุฏูˆุฏ ู…ุงู†ุน ู…ู† ุงู„ู…ุดุงู‡ุฏุฉุŒ ูˆุงู„ุดุจุงูƒ ู…ุงู†ุน ู…ู† ุงู„ุงุณุชุทุฑุงู‚.

Maksudnya: โ€œdan sekiranya terdapat dinding yang menghalang yang tidak mempunyai pintu, atau terdapat pintu yang berkunci rapat, maka terhalanglah perbuatan mengikut imam (iqtida') kerana tiada kesinambungan (sambungan saf). Begitu juga dengan pintu yang hanya dirapatkan tidak berkunci dan tingkap berjeruji, ia juga dianggap menghalang menurut pendapat yang lebih sahih. Ini kerana telah wujud penghalang dari satu sudut; di mana pintu yang dirapatkan menghalang penglihatan (ke arah imam), manakala tingkap berjeruji p**a menghalang laluan fizikal (untuk sampai kepada imam).โ€

6) Berdasarkan kenyataan di atas, solat berjemaah di surau dalam keadaan pintu dewan solat ditutup adalah tidak sah kerana terputus kesinambungan antara imam dan makmum. Pendapat ini merupakan pandangan muktamad (rajih) dalam mazhab Syafiโ€˜i. Namun, keadaan tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah bagi bangunan atau kawasan yang dihukumkan sebagai masjid.

7) Walau bagaimanapun, isu ini tidak disepakati dalam kalangan ulama mazhab Syafiโ€˜i (Aแนฃแธฅฤb al-Wujลซh). Terdapat pandangan kedua dalam mazhab, iaitu pandangan muqฤbil al-aแนฃaแธฅ, yang menyatakan bahawa solat berjemaah di bukan bangunan masjid tetap sah walaupun terdapat pintu yang tertutup antara makmum dan imam. Pandangan ini turut dijelaskan oleh Imam al-Khatib al-Syirbini dalam rujukan yang sama, sebagaimana kata beliau:

ูˆุงู„ุซุงู†ูŠ ู„ุง ูŠู…ู†ุน ู„ุญุตูˆู„ ุงู„ุงุชุตุงู„ ู…ู† ูˆุฌู‡ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุงุณุชุทุฑุงู‚ ููŠ ุงู„ุตูˆุฑุฉ ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ูˆุงู„ู…ุดุงู‡ุฏุฉ ููŠ ุงู„ุซุงู†ูŠุฉ.

Maksudnya: โ€œManakala pendapat yang kedua menyatakan: ia tidak menghalang kerana masih wujud kesinambungan dari satu sudut yang lain, iaitu: masih ada ruang untuk lalu (akses fizikal) dalam situasi pertama (pintu yang hanya dirapatkan), dan masih boleh melihat imam dalam situasi kedua (melalui celah tingkap).โ€

8)) Berdasarkan pendapat kedua ini, solat berjemaah tetap sah walaupun pintu di antara imam dan makmum ditutup, kerana pintu tersebut masih berfungsi sebagai laluan yang memungkinkan akses kepada imam. Begitu juga sekiranya terdapat halangan antara imam dan makmum, namun wujud tingkap yang terbuka pada dinding, maka solat berjemaah adalah sah kerana makmum masih berupaya melihat imam.

9) Memandangkan amalan solat berjemaah di surau dalam keadaan pintu dewan solat tertutup telah menular dan berlaku secara meluas, maka adalah disarankan agar bertaqlid kepada pandangan kedua dalam mazhab Syafiโ€˜i, iaitu muqฤbil al-aแนฃaแธฅ, demi memudahkan urusan ibadat masyarakat umum, khususnya di surau-surau moden.

10) Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah syarat bahawa laluan makmum untuk sampai kepada imam hendaklah tanpa perlu mengundur atau membelakangi arah kiblat. Sekiranya keadaan ini berlaku, solat berjemaah dianggap tidak sah, walaupun menurut pandangan kedua.

Wallฤhu Aสฟlam
Dr. Syed Shahridzan Ben โ€˜Agil

Photos from Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil's post 28/01/2026

:: Dalam Bangunan Masjid Tapi Bukan Masjid ::

1) Menurut mazhab Syafiโ€˜i, sebahagian daripada binaan atau bangunan boleh diwakafkan sebagai masjid tanpa menjadikan keseluruhan bangunan tersebut berstatus masjid. Sebagai contoh, bahagian tingkat atas sesebuah bangunan diwakafkan sebagai masjid, manakala bahagian tingkat bawah tidak diwartakan oleh pewakaf sebagai kawasan masjid. Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam Ibn Hajar dalam kitab al-Fatฤwฤ al-Fiqhiyyah al-Kubrฤ:

ูˆู…ู† ู‡ู†ุง ุนู„ู… ุฃู†ู‡ ูŠุตุญ ูˆู‚ู ุงู„ุนู„ูˆ ุฏูˆู† ุงู„ุณูู„ ู…ุณุฌุฏุง ูƒุนูƒุณู‡ ุงู†ุชู‡ุช ูˆู‡ูŠ ุฃูŠุถุง ู…ุตุฑุญุฉ ุจุตุญุฉ ูˆู‚ู ุงู„ุจู†ุงุก ุฏูˆู† ุงู„ุฃุฑุถ ู…ุณุฌุฏุง.

Maksudnya: โ€œDari sini dapat diketahui bahawa sah mewakafkan bahagian atas tanpa bahagian bawah sebagai masjid, dan sebaliknya juga sah. Perkara ini juga secara jelas menyatakan sahnya mewakafkan bangunan tanpa tanah sebagai masjid.โ€

2) Ulama Syafiโ€˜iyyah menjelaskan secara lebih terperinci bahawa tidak semestinya semua bahagian yang bersambung dengan masjid dihukumkan sebagai masjid. Bahkan, pewakaf boleh mengecualikan sebahagian tempat dalam sesebuah bangunan daripada hukum masjid, sehingga tidak sah beriktikaf di dalamnya dan diharuskan orang yang berjunub berada di situ. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh al-Syarawani dalam kitab Hฤshiyah al-Syarawฤnฤซ สฟalฤ al-Tuแธฅfah:

ูˆู…ู†ู‡ ุงู„ุฎู„ุงูˆูŠ ูˆุงู„ุจูŠูˆุช ุงู„ุชูŠ ุชูˆุฌุฏ ููŠ ุจุนุถ ุงู„ู…ุณุงุฌุฏ ูˆู‡ูŠ ู…ุดุฑูˆุทุฉ ู„ู„ุฅู…ุงู… ุฃูˆ ู†ุญูˆู‡ ูˆูŠุณูƒู†ูˆู† ููŠู‡ุง ุจุฒูˆุฌุงุชู‡ู… ูุฅู† ุนู„ู…ุฃู† ุงู„ูˆุงู‚ู ูˆู‚ู ู…ุง ุนุฏุงู‡ุง ู…ุณุฌุฏุง ุฌุงุฒ ุงู„ู…ูƒุซ ููŠู‡ุง ู…ุน ุงู„ุญูŠุถ ูˆุงู„ุฌู†ุงุจุฉ ูˆุงู„ุฌู…ุงุน ููŠู‡ุง ูˆุฅู„ุง ุญุฑู…ุ› ู„ุฃู† ุงู„ุฃุตู„ ุงู„ู…ุณุฌุฏูŠุฉ.

Maksudnya: โ€œDan daripada itu termasuk juga bilik-bilik dan rumah-rumah yang terdapat di dalam sebahagian masjidยฒ yang diperuntukkan secara khusus untuk imam atau seumpamanya, dan mereka tinggal di dalamnya bersama isteri-isteri mereka. Oleh itu, jika diketahui bahawa pewakaf telah mewakafkan selain daripada bahagian-bahagian tersebut sebagai masjid, maka dibolehkan tinggal di dalamnya ketika haid dan junub serta melakukan persetubuhan di dalamnya. Namun jika tidak (diketahui demikian), maka hukumnya haram; kerana hukum asalnya adalah masjid.โ€

3) Persoalan: Adakah penentuan sama ada sesuatu bahagian itu dihukumkan sebagai masjid atau tidak adalah bergantung kepada niat pewakaf? Jawapannya ialah ya, kerana penetapan status masjid bagi sesuatu bahagian perlu dinilai berdasarkan kenyataan atau penentuan yang dibuat oleh pewakaf itu sendiri.

4) Namun, sekiranya niat atau kenyataan daripada pihak pewakaf tidak diketahui, maka penilaian tersebut hendaklah dibuat berdasarkan สฟurf (kebiasaan setempat). Sebagai contoh, menurut สฟurf masyarakat Islam di Malaysia, tandas dan tempat wuduk tidak dianggap sebagai kawasan masjid walaupun ia terletak dalam bangunan masjid. Perkara ini telah dinyatakan oleh Syeikh สฟAbd al-Raแธฅmฤn Bฤ สฟAlawฤซ dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidฤซn:

ู„ูŠุณุช ุงู„ุฌูˆุงุจูŠ ุงู„ู…ุนุฑูˆูุฉ ูˆุฒูˆุงูŠุงู‡ุง ู…ู† ุฑุญุจุฉ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูˆู„ุง ุญุฑูŠู…ู‡ุŒ ุจู„ ู‡ูŠ ู…ุณุชู‚ู„ุฉ ู„ู…ุง ูˆุถุนุช ู„ู‡ุŒ ูˆูŠุณุชุนู…ู„ ูƒู„ ุนู„ู‰ ู…ุง ุนู‡ุฏ ููŠู‡ ุจู„ุง ู†ูƒูŠุฑุŒ ูˆู…ู† ุฐู„ูƒ ุงู„ุจูˆู„ ููŠ ู…ุถุงุฑุจู‡ุง ูˆู…ูƒุซ ุงู„ุฌู†ุจ ููŠู‡ู…ุงุŒ ูˆู„ุง ุชุญุชุงุฌ ุฅู„ู‰ ู…ุนุฑูุฉ ู†ุต ู…ู† ูˆุงู‚ูู‡ุงุŒ ุฅุฐ ุงู„ุนุฑู ูƒุงู ููŠ ุฐู„ูƒุŒ ูˆูŠุฌูˆุฒ ุงู„ุงุณุชู†ุฌุงุก ูˆุบุณู„ ุงู„ู†ุฌุงุณุฉ ุงู„ุฎููŠูุฉ ู…ู†ู‡ุงุŒ ูˆุฃู…ุง ุงู„ู…ู…ุฑู‘ ู…ู† ุงู„ู…ุทุงู‡ุฑ ุฅู„ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูู…ุง ุงุชุตู„ ุจุงู„ู…ุณุฌุฏ ู…ุณุฌุฏ. (ุจุบูŠุฉ ุงู„ู…ุณุชุฑุดุฏูŠู†)

Maksudnya: โ€œTempat-tempat takungan air yang telah diketahui itu, begitu juga sudut-sudutnya, termasuk daripada kawasan lapang masjid (rahbah masjid) dan bukan p**a daripada kawasan kaki lima masjid. Bahkan ia berdiri sendiri mengikut tujuan ia disediakan. Maka setiap satunya digunakan sebagaimana kebiasaan yang telah diketahui tanpa sebarang bantahan. Termasuk dalam hal tersebut ialah dibolehkan kencing di tempat-tempat salurannya dan dibolehkan orang yang berjunub tinggal di kedua-duanya, dan tidak diperlukan pengetahuan tentang kenyataan khusus daripada pewakafnya, kerana adat kebiasaan sudah mencukupi dalam hal itu. Dibolehkan juga beristinjak dan membasuh najis yang ringan padanya (tempat itu). Adapun laluan dari tempat bersuci menuju ke masjid, maka apa yang bersambung dengan masjid itu dihukumkan sebagai masjid.โ€

5) Jelas daripada fatwa-fatwa ulama Syafiโ€˜iyyah yang dinyatakan di atas bahawa tidak semestinya setiap bangunan yang bersambung dengan masjid atau setiap bahagian dalam bangunan masjid dihukumkan sebagai masjid. Oleh itu, sebahagian tempat dalam sesuatu binaan boleh diwartakan sebagai kawasan masjid, manakala sebahagian yang lain tidak diberikan hukum tersebut.

6) Cara membezakan antara kawasan yang dihukumkan sebagai masjid dan yang bukan masjid adalah berdasarkan dua kaedah:

i) Diketahui melalui kenyataan atau penetapan pewakaf sendiri, atau melalui pemegang amanah wakaf seperti jawatankuasa pembinaan dan pengurusan masjid, sama ada sebelum atau semasa pembinaan masjid dijalankan (bukan untuk masjid yang dah lama siap).

ii) Jika tidak dapat pasti pengakuan dan kenyataan pewakaf maka dinilai berdasarkan hukum สฟurf (kebiasaan setempat), iaitu tempat-tempat dalam binaan masjid yang secara kebiasaan tidak dianggap sebagai kawasan masjid, seperti tandas, pejabat masjid, dapur masjid, bilik kuliah dan seumpamanya.

7) Oleh yang demikian, bilik kuliah yang berada dalam binaan masjid boleh dihukumkan sebagai bukan kawasan masjid menurut สฟurf setempat, khususnya apabila ia tidak dimanfaatkan untuk tujuan solat dan ibadat. Justeru, tidak sah beriktikaf dan tidak disyariatkan solat tahiyyat di tempat tersebut.

Sila baca juga pautan yang berkaitan dengan topik:
https://www.facebook.com/share/1AqZ8iMNoA/?mibextid=wwXIfr

Wallahu Aโ€™lam
Dr. Syed Shahridzan Ben โ€˜Agil

Photos from Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil's post 23/01/2026

ุฅู†ุง ู„ู„ู‡ ูˆุฅู†ุง ุฅู„ูŠู‡ ุฑุงุฌุนูˆู†

Berita duka yang melanda dunia pada penghulu segala hari. Dengan penuh keimanan kepada takdir Allah dan rasa dukacita, ucapan takziah disampaikan kepada umat Islam atas kewafatan al-โ€˜Allamah al-Habib Umar bin Hamid bin Abdul Hadi al-Jilani al-Makki, semoga Allah melimpahkan rahmat ke atasnya.

Beliau merupakan seorang alim, pendidik dan pendakwah Ahli Sunnah wal Jamaah dari bumi Mekah yang mengabdikan seluruh kehidupannya kepada ilmu, dakwah dan tarbiyah. Beliau dikenali dengan akhlak yang mulia, keikhlasan serta kesan yang mendalam dalam kalangan murid dan pencinta ilmu.

Didoakan agar Allah merahmati guru kami dengan rahmat-Nya yang luas, meletakkan beliau dalam kalangan orang-orang soleh, menjadikan segala sumbangan ilmu dan dakwahnya sebagai pemberat timbangan kebaikan, serta mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada keluarga dan para pencintanya.
_______________________

Al-Faqir pernah menadah sedikit ilmu dan meriwayatkan beberapa kitab daripada al-Marhum.

Want your school to be the top-listed School/college in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Ampang