02/03/2026
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-NYA, majlis iftar jam'ie & tausiah khas Ramadhan pada 28 Februari 2026 bersamaan 10 Ramadhan 1447H telah dapat dilaksanakan dengan penuh keberkatan.
Maahad Tahfiz DarSa Alor Setar ingin merakamkan setulus - tulus penghargaan dan terima kasih khususnya kepada SYEIKHUNA SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI ROMLI , yang sudi hadir menyantuni serta menyampaikan tausiah yang penuh hikmah dan menyentuh hati.
Semoga setiap butir nasihat menjadi asbab hidayah dan kebaikan yang berpanjangan buat kita semua.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada UMMUNA USTAZAH MAHANI , para Ustaz dan Ustazah, para waris, ahli keluarga serta para muhibbin yang hadir dari dekat dan jauh. Yang bersama-sama melapangkan masa, menyumbang tenaga dan sama sama membawa dan berkongsi juadah berbuka, serta mengeratkan silaturrahim dalam suasana berbuka puasa yang penuh barakah ini.
Semoga ALLAH SWT membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda, menerima segala amal kebajikan kita, serta mengurniakan keberkatan dalam kehidupan di Dunia dan Akhirat.
جزاكم الله خيرا كثيرا واحسن الجزاء
23/01/2026
🌿 INFAQ JUMAAT YANG MULIA 🌿
ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAHI WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
Pada hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, kami membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama berinfaq bagi pembelian penapis air buat kegunaan para pelajar Maahad Tahfiz DarSa, Alor Setar.
Air bersih adalah keperluan asas untuk kesihatan dan kelangsungan pembelajaran para huffaz Al-Quran. Dengan adanya penapis air ini, para pelajar dapat menikmati air yang lebih bersih dan selamat setiap hari, sekali gus membantu mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam menghafaz KALAMULLAH.
✨ Sedikit daripada kita, besar nilainya di sisi ALLAH.
✨ Infaq anda adalah saham akhirat yang berpanjangan.
Marilah kita rebut pahala sedekah hari Jumaat, mudah-mudahan setiap titisan air yang diminum oleh para pelajar menjadi pahala jariah yang terus mengalir buat kita semua.
Semoga ALLAH menerima amal infaq kita dan memberkati rezeki para penyumbang. 🤲
جزاكم الله خيرا كثيرا وأحسن الجزأ 🤲*
19/01/2026
ALHAMDULILLAH...
Program Intensif Syahadah Tahfiz yang dianjurkan oleh Maahad Tahfiz DarSa Alor Setar telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada hari Khamis dan Jumaat, 15 & 16 Januari 2026 yang lalu.
Program ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia MAULANA OMER FAROUQ dan Al Fadhil USTAZ TALHAH, yang telah menyampaikan ilmu serta bimbingan yang sangat bermakna kepada para peserta.
Sepanjang program berlangsung, para peserta bukan sahaja dapat memperkukuhkan kefahaman berkaitan Syahadah Tahfiz, malah memperoleh ilmu-ilmu baharu yang amat bermanfaat untuk diamalkan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Mohon semua mendoakan agar Maahad Tahfiz DarSa Alor Setar terus diberkati, dipermudahkan urusan, dan istiqamah dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu dan berakhlak mulia.