17/05/2026
Pada Ahad, 17 Mei 2026, SMK Tokai telah mengadakan sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para guru yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak bangsa. Sambutan tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan deklamasi sajak dan sukaneka.
Pihak SMK Tokai berharap agar sambutan ini dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada para guru untuk terus berbakti dan mendidik generasi masa hadapan dengan penuh dedikasi. Guru Bitara, Nadi Negara.
05/05/2026
Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua SMK Tokai dan Pembentangan RPM 2026-2037 oleh Tuan Pengetua. Pelbagai cadangan, usul yang diutarakan untuk menambah-baik proses pembelajaran demi kemenjadian murid.
01/05/2026
Sudut Kokurikulum
Program Kelab Malaysiaku / Rukun Negara bersama Pejabat Penerangan Pendang
29 April 2026
Rabu
2-3 petang
Bilik Mesyuarat
Tajuk : Scammer
29/04/2026
Lensa Juara SMK Tokai
Kejohanan Catur MSSD Pendang.
Johan 15L : Muhammad Aqil b. Mohd Nor
Tempat ke-3 18L: Ooi Ting Feng
Tempat ke-4 18L : Tan Yih Xian
Tempat ke-7 18P : Khor Lee Fang
Tempat ke-8 18P : Ooi Jia Jun
Tahniah kepada para pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring. Semoga kejayaan ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk melangkah lebih jauh.
10/04/2026
Program Membina Generasi Madani, ‘Peranan Sekolah dalam RPM 2026-2035’ yang disampaikan oleh puan pengetua SMK Tokai yang berlangsung pada khamis 9/4/2026, banyak info yang bermanfaat disampaikan oleh puan pengetua kepada pelajar demi mencapai aspirasi Generasi Madani. Bacaan yasin dan tahlil ringkas juga diadakan sebelum program, diketuai oleh Ustaz Ribti.
10/04/2026
Pada khamis 9/4/2026 telah diadakan GerKoraya SMK Tokai, majlis yang dihadiri oleh YDP PIBG ini disambut dengan penuh meriah. Para pelajar, staf dan guru juga turut ceria kerana menerima duit raya dari YDP PIBG, jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau. Majlis ini juga bertambah meriah dengan penglibatan murid cina yang mengenakan busana melayu tradisional, sekaligus merapatkan lagi perpaduan sesama para murid.
01/04/2026
Statistik pencapaian SPM SMK Tokai pada tahun 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kepada puan pengetua, para guru yang mengajar tanpa lelah, persatuan PIBG dan juga para waris yang sentiasa memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi.
31/03/2026
Majlis Apresiasi Keputusan SPM 2025. Pihak SMK Tokai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar. Diharapkan supaya keputusan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat para pelajar untuk melakar masa depan masing masing. Selamat maju jaya!