SMK TOKAI

SMK TOKAI Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai, Daerah Pendang

Pada Ahad, 17 Mei 2026, SMK Tokai telah mengadakan sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengor...
17/05/2026

Pada Ahad, 17 Mei 2026, SMK Tokai telah mengadakan sambutan Hari Guru sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan para guru yang tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik anak bangsa. Sambutan tersebut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan deklamasi sajak dan sukaneka.

Pihak SMK Tokai berharap agar sambutan ini dapat menyuntik semangat serta motivasi kepada para guru untuk terus berbakti dan mendidik generasi masa hadapan dengan penuh dedikasi. Guru Bitara, Nadi Negara.


Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua SMK Tokai dan Pembentangan RPM 2026-2037 oleh Tuan Pengetua. Pelbagai cadangan, usul yang...
05/05/2026

Mesyuarat Kurikulum Kali Kedua SMK Tokai dan Pembentangan RPM 2026-2037 oleh Tuan Pengetua. Pelbagai cadangan, usul yang diutarakan untuk menambah-baik proses pembelajaran demi kemenjadian murid.


Sudut KokurikulumProgram Kelab Malaysiaku / Rukun Negara bersama Pejabat Penerangan Pendang29 April 2026 Rabu2-3 petangB...
01/05/2026

Sudut Kokurikulum

Program Kelab Malaysiaku / Rukun Negara bersama Pejabat Penerangan Pendang

29 April 2026
Rabu
2-3 petang
Bilik Mesyuarat
Tajuk : Scammer

Lensa Juara SMK TokaiKejohanan Catur MSSD Pendang. Johan 15L : Muhammad Aqil b. Mohd NorTempat ke-3 18L: Ooi Ting FengTe...
29/04/2026

Lensa Juara SMK Tokai
Kejohanan Catur MSSD Pendang.

Johan 15L : Muhammad Aqil b. Mohd Nor
Tempat ke-3 18L: Ooi Ting Feng
Tempat ke-4 18L : Tan Yih Xian
Tempat ke-7 18P : Khor Lee Fang
Tempat ke-8 18P : Ooi Jia Jun

Tahniah kepada para pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pengiring. Semoga kejayaan ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk melangkah lebih jauh.


Program Membina Generasi Madani, ‘Peranan Sekolah dalam RPM 2026-2035’ yang disampaikan oleh puan pengetua SMK Tokai yan...
10/04/2026

Program Membina Generasi Madani, ‘Peranan Sekolah dalam RPM 2026-2035’ yang disampaikan oleh puan pengetua SMK Tokai yang berlangsung pada khamis 9/4/2026, banyak info yang bermanfaat disampaikan oleh puan pengetua kepada pelajar demi mencapai aspirasi Generasi Madani. Bacaan yasin dan tahlil ringkas juga diadakan sebelum program, diketuai oleh Ustaz Ribti.


Pada khamis 9/4/2026 telah diadakan GerKoraya SMK Tokai, majlis yang dihadiri oleh YDP PIBG ini disambut dengan penuh me...
10/04/2026

Pada khamis 9/4/2026 telah diadakan GerKoraya SMK Tokai, majlis yang dihadiri oleh YDP PIBG ini disambut dengan penuh meriah. Para pelajar, staf dan guru juga turut ceria kerana menerima duit raya dari YDP PIBG, jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau. Majlis ini juga bertambah meriah dengan penglibatan murid cina yang mengenakan busana melayu tradisional, sekaligus merapatkan lagi perpaduan sesama para murid.


04/04/2026

Perjalanan seorang calon SPM SMK Tokai 2025, Syamimi. Syamimi berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah dan kekalkan momentum di menara gading!


04/04/2026

Perjalanan seorang calon SPM SMK Tokai 2025, Anis. Anis berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang . Tahniah dan kekalkan momentum di menara gading!


Statistik pencapaian SPM SMK Tokai pada tahun 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kepada puan pengetua, para guru yang me...
01/04/2026

Statistik pencapaian SPM SMK Tokai pada tahun 2025. Syabas dan tahniah diucapkan kepada puan pengetua, para guru yang mengajar tanpa lelah, persatuan PIBG dan juga para waris yang sentiasa memberikan kerjasama tanpa berbelah bagi.


Majlis Apresiasi Keputusan SPM 2025. Pihak SMK Tokai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar. Diharapka...
31/03/2026

Majlis Apresiasi Keputusan SPM 2025. Pihak SMK Tokai mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar. Diharapkan supaya keputusan ini menjadi pendorong dan pembakar semangat para pelajar untuk melakar masa depan masing masing. Selamat maju jaya!


Address

Batu 8, Jalan Tokai
Alor Setar
06660

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK TOKAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category