20/04/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ILHAM telah berlangsung dengan lancar.
Pihak ILHAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa/penjaga serta pelajar yang hadir memeriahkan majlis ini.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada semua yang turut memberi sumbangan makanan. Semoga segala kebaikan yang diberikan dibalas dengan rezeki yang melimpah dan keberkatan.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua dalam menjayakan majlis ini.
Gambar sekitar majlis sambutan hari raya yang sempat dirakam.
06/03/2026
Alhamdulillah.
Tahniah diucapkan kepada semua calon UPKK yang berjaya meraih keputusan cemerlang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus menuntut ilmu dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.
Sesungguhnya setiap usaha dalam menuntut ilmu adalah satu kejayaan. Tidak kira apa pun keputusan yang diperoleh, semua calon telah berjaya melalui satu proses pembelajaran yang sangat bermakna. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan menimba ilmu pada masa akan datang.
Tahniah sekali lagi dan semoga terus berjaya. 🌟📚
ILHAM telah mencatat keputusan cemerlang menduduki tempat ke-8 terbaik dalam Daerah Kota Setar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah juga kepada barisan guru-guru atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai.
Send a message to learn more
23/02/2026
Tahniah diucapkan kepada para pemenang pertandingan khat, mewarna dan silang kata sempena Program Ihya’ Ramadan.
Syabas atas usaha, kreativiti dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencintai ilmu dan mengisi Ramadan dengan perkara bermanfaat.
23/12/2025
Alhamdulillah, rombongan anak-anak ke Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam telah berjalan lancar. Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu, malah mengeratkan ukhuwah serta menambah perpengetahuan anak-anak melalui pembelajaran luar bilik darjah. Semoga kenangan ini menjadi memori indah dan bermanfaat buat semua.
23/12/2025
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengacara majlis iaitu adik Iman Hakeem atas pengendalian majlis yang begitu tersusun, lancar dan penuh beradab. Semoga terus cemerlang pada masa akan datang.
17/12/2025
Sekitar Majlis Khatam al quran dan hari anugerah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah hadir ke majlis ini. Kehadiran Tuan/Puan sangat kami hargai.
03/05/2024
SAMBUTAN MAJLI HARI RAYA AIDILFITRI 2024
Pihak Institut Pembelajaran Al-Quran Dan Akhlak - ILHAM mengucapkan jutaan terima kasih kpd semua kerana bersama-sama hadir memeriahkan majlis