RASMI Kolej Tingkatan Enam Alor Setar

RASMI Kolej Tingkatan Enam Alor Setar Ke Arah Kolej Tingkatan Enam
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96cEsT5387T (tiktok)

🌙✨ Salam Aidiladha ✨🌙Warga Kolej Tingkatan Enam Alor Setar mengucapkanSelamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Is...
26/05/2026

🌙✨ Salam Aidiladha ✨🌙
Warga Kolej Tingkatan Enam Alor Setar mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.
Marilah kita menghayati erti pengorbanan dan ketaatan dalam membina insan yang lebih baik serta masyarakat yang harmoni.
🕌🐄 “Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita.”
Ikhlas daripada
Kolej Tingkatan Enam Alor Setar (KTEAS) 💛

23/05/2026

✨ Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ✨
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Moridah binti Yusof atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat sebagai kerani di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar.
Segala pengorbanan, keikhlasan serta sumbangan puan dalam melancarkan urusan pentadbiran kolej amat dihargai dan akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga KTEAS.
Semoga persaraan ini membawa seribu kebahagiaan, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.
🌹 Jasamu dikenang, budimu sentiasa disanjung. 🌹

23/05/2026
✨ Selamat Hari Guru ✨Warga pelajar dan seluruh komuniti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru di Kol...
23/05/2026

✨ Selamat Hari Guru ✨
Warga pelajar dan seluruh komuniti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar (KTEAS) atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membimbing anak bangsa menuju kejayaan.
Terima kasih kerana menjadi inspirasi, pembimbing dan pencetus semangat kepada setiap pelajar. Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan dalam meneruskan amanah yang mulia ini. 🌹📚
“Guru Pemacu Generasi Madani”

📢 PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 KTE ALOR SETAR TAHUN 2026 📚✨Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar...
20/05/2026

📢 PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 6 SEMESTER 1 KTE ALOR SETAR TAHUN 2026 📚✨
Tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Tingkatan 6 Semester 1 KTE Alor Setar!
📌 Semua pelajar diminta hadir mengikut proses pendaftaran yang telah ditetapkan serta membawa dokumen penting seperti berikut dan menyertai group telegram Sem 1 dengan mengimbas kod QR di dalam flyers atau klik link dibawah untuk memudahkan penyaluran informasi.
👇👇👇👇👇
https://t.me/+2x1LGMNICF4yZjk1

Terima kasih 🌹Semoga urusan pendaftaran berjalan lancar dan selamat memulakan perjalanan baharu di Tingkatan 6 KTE Alor Setar! 💙💛

📜 Selamat Hari Guru 2026!​"Guru Bitara Nadi Negara" — Satu ucapan tulus ikhlas daripada Barisan Pengurusan Kolej Tingkat...
16/05/2026

📜 Selamat Hari Guru 2026!
​"Guru Bitara Nadi Negara" — Satu ucapan tulus ikhlas daripada Barisan Pengurusan Kolej Tingkatan Enam Alor Setar (KTEAS) buat semua warga pendidik yang sentiasa komited mencorakkan masa depan anak bangsa.
​Terima kasih atas segala inspirasi, dedikasi, dan ilmu yang dicurahkan tanpa jemu demi melahirkan modal insan yang gemilang. Selamat Hari Guru! 🎓✨

Guru Bitara Nadi Negara🌟​Selamat Hari Guru buat semua  guru di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar. Menatap wajah-wajah ceri...
16/05/2026

Guru Bitara Nadi Negara🌟
​Selamat Hari Guru buat semua guru di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar. Menatap wajah-wajah ceria para pendidik di dalam gambar ini mengingatkan kita tentang pengorbanan yang tidak pernah ada titik noktahnya.
​Terima kasih cikgu kerana sentiasa percaya pada potensi kami, melentur buluh dengan kasih sayang, dan membimbing kami mengejar impian. Jasa dan budi baik cikgu akan sentiasa kami kenang dalam setiap langkah kejayaan kami. Terima kasih, cikgu! 💐

🚨 “Mencegah lebih baik daripada merawat.” 🚨 pada 10/5/2026Majlis Perasmian Program Pencegahan dan Kesedaran Jenayah Tahu...
10/05/2026

🚨 “Mencegah lebih baik daripada merawat.” 🚨 pada 10/5/2026
Majlis Perasmian Program Pencegahan dan Kesedaran Jenayah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kolej tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, menjauhi gejala jenayah serta memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
Semoga program ini memberi manfaat dan membuka minda semua warga kolej untuk bersama-sama membanteras jenayah demi mewujudkan persekitaran yang selamat, harmoni dan sejahtera. ✨

10/05/2026

🌿AKTIVITI GOTONG-ROYONG pada 29/4/2026

🌿 Aktiviti Gotong-Royong di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar pada 29/4/2026 dilaksanakan dengan jayanya!🌿 Terima kasih ke...
10/05/2026

🌿 Aktiviti Gotong-Royong di Kolej Tingkatan Enam Alor Setar pada 29/4/2026 dilaksanakan dengan jayanya!🌿
Terima kasih kepada semua warga kolej yang telah bersama-sama menyumbang tenaga dan masa demi memastikan persekitaran kolej sentiasa bersih, ceria dan kondusif. Semangat kerjasama dan keprihatinan yang ditunjukkan amat membanggakan. 💪✨

Address

Kolej Tingkatan Enam Alor Setar, Jalan Teratai Putih Taman Berjaya
Alor Setar
05050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RASMI Kolej Tingkatan Enam Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share