HaSya Mum&Kids

HaSya Mum&Kids

Share

Keperluan ibu & anak-anak, buku, education toys, pakaian dan pelbagai barang menarik

Photos from Vision Champion HQ's post 29/09/2024
29/09/2024

Bahaya penyakit 'Ain

📸 kredit pada pemilik

26/09/2022

Sayangilah menantu perempuan.

15/09/2022

The power of sedekah.

15/09/2022
16/06/2022

Rezeki Ayah dan Anak Saling Berkait
===========
1. Perhatikan dua ayat ini. Dalam Surah al-An’am, Allah menyebutkan tentang rezeki ayah dahulu sebelum dijelaskan mengenai rezeki anak iaitu Allah-lah yang akan mengurniakan rezeki kepada ayah dan anak mereka. Namun, dalam Surah al-Isra, Allah menyebutkan perkataan anak dahulu sebelum rezeki ayah iaitu Dia-lah yang akan memberikan rezeki kepada anak dan ayah.

2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa kedua-dua ayat ini memberikan gambaran kepada dua konteks yang berbeza. Kata beliau:

وليس إحداهما تكرارا للأخرى. وإنما كل واحدة منهما تعالج حالة معينة

“Dan pengulangan ayat ini bukanlah pengulangan yang sama tetapi setiap ayat ini memberikan solusi kepada situasi yang spesifik.”

3. Dalam Surah al-An’am, Allah menyebutkan rezeki ayah dahulu kerana menyantuni situasi para ayah yang sedang berada dalam kondisi kemiskinan. Lalu mereka bertekad untuk membunuh anak-anak perempuan mereka kerana kemiskinan yang mencengkam hidup mereka. Lalu Allah berikan jaminan bahawa rezeki para ayah itu dipelihara oleh Allah.

4. Manakala dalam Surah al-Isra p**a, dialog itu seolah ditujukan kepada ayah yang tidak miskin, tetapi takut menjadi miskin disebabkan anak-anak mereka. Lalu Allah memberikan jaminan bahawa rezeki anak turut dipelihara oleh Allah.

5. Huraian mengenai jaminan Allah terhadap rezeki ini diolah dengan cantik oleh al-Imam al-Razi yang menggambarkan bahawa keyakinan orang yang beriman tidak pernah luntur terhadap rezeki mereka. Tindakan membunuh anak yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah seakan-akan mereka berburuk sangka dengan Allah. Kata al-Razi:

إن قتل الأولاد إن كان لخوف الفقر ، فهو سوء ظن بالله

“Sesungguhnya tindakan membunuh anak kerana takut menjadi miskin itu adalah (terhasil dari) sikap buruk sangka terhadap Allah.”

6. Lebih menarik lagi, Sheikh al-Ma’sarawi menjelaskan bahawa kedua-dua ayat ini seakan-akan menunjukkan rezeki ayah dan anak saling berkait. Adakalanya ada rezeki ayah di dalam rezeki anak dan ada rezeki anak di dalam duit ayah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Photos from Jafri Abu Bakar Mahmoodi's post 15/06/2022
Photos from Kedah Gazette's post 29/03/2022
17/03/2022

kesimp**an dari pengalaman sendiri :

1 - jangan sayang company.

2 - habis office hour terus balik. jangan nak rajin terlebih sangat korbankan masa peribadi untuk company.

3 - tak kira berapa banyak benda betul kau buat, hanya satu silap cukup untuk company hentam kau cukup-cukup.

4 - mental & physical health diri & keluarga sangat penting.

5 - kalau kau mati habis baik org atasan melawat sekejap lepas tu dia cari pekerja baru tak peduli dah pun pasal keluarga kau.

6 - kalau kau sakit teruk?? dia hantar hamper tu dah nasib baik. lepas tu keluarga jugak yang jaga, company tak peduli dah pun.

7 - so, jangan korbankan diri untuk company.

8 - kerja yang patut & setimpal, lebih pada tu cakap kat boss kau dah overload.

kalau dia tak peduli wajib pikir masa untuk blah dah sampai sebelum kau yang hancur.

Kredit Nik Azman/Mohd Radzi Jamaludin

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Alor Setar