22/07/2026
๐ฟ๐ 10TH ECO NATURE RUN PERINGKAT SMK CONVENT ALOR SETAR 2026 ๐๐ฟ
๐
22 Julai 2026 (Rabu)
Alhamdulillah, Program 10th Eco Nature Run Peringkat SMK Convent Alor Setar telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai 597 orang murid yang terdiri daripada enam unit beruniform sekolah.
Program yang dianjurkan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS) dengan kerjasama Unit Kokurikulum SMK Convent Alor Setar ini bertujuan membudayakan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam sekitar.
Selain menggalakkan penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, program ini turut menjadi platform untuk memupuk nilai disiplin, kerjasama, semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan warga SMK Convent Alor Setar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, ahli jawatankuasa pelaksana, para petugas serta semua murid yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program berlangsung.
๐ฑ Hidup Sihat โข Cergas โข Lestari Alam