22/02/2026
SKHAB
SeHAkar
22/02/2026
22/02/2026
Pendaftaran Tahun 1 2027
Mohon ambil perhatian bagi semua waris yang ingin membuat pendaftaran.
09/02/2026
Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik SeHAkar 2026
Sesungguhnya, pemimpin yang hebat bermula daripada didikan yang betul. Semoga barisan Pemimpin Cilik SK Haji Abu Bakar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pemimpin Cilik yang telah dilantik. Semoga terus melangkah maju sebagai pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berilmu.
Tarikh : 8 Februari 2026
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Bestari, SK Haji Abu Bakar
Masa : 7.45 pagi
01/02/2026
Sekitar program Minggu Pertama sesi persekolahan dimulakan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermakna hasil anjuran Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, RBT, PSV dan MZ, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah berjaya menyemai semangat belajar dalam kalangan murid. Penglibatan semua murid Tahun 1-6 SeHAkar.
Tidak terkecuali, penglibatan murid cilik Pra Imtiyaz yang turut memeriahkan minggu pertama persekolahan dengan penuh keterujaan dan senyuman 😊
Semoga permulaan ini menjadi langkah awal ke arah kecemerlangan sepanjang tahun 🌟
🔤 Bahasa Melayu (BM)
Permainan Bahasa
🧮🔬 Matematik & Sains
Cerdas Sifir dan STEM Challenge
🇬🇧 Bahasa Inggeris (BI)
BINGO Challenge
🏃♂️🎯 Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Sukaneka
🕌📖 Pendidikan Islam & Bahasa Arab
Pintar Jawi dan Ceramah Israk Mikraj
🎨 Pendidikan Seni Visual (PSV)
Topeng Haiwan
🎶 Muzik (MZ)
Kenali Lagu Sekolah
🛠️ Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Bridge Challenge
11/01/2026
Sekitar Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2026.
"Didik dengan Hati, Pimpin dengan Ilmu" - SeHA kar
11/10/2025
Tahniah buat pasukan Rugby The Lycan Wolfpack, Adik Saidatul Saidinam dan 4 adik comel kita, Ammar Firdaus, Aqeef Zameer, Annur dan Iman Syuhada atas keterlibatan Fun Run 5 KM, Kejohanan Rugby Closed Junior Alor Setar dan Briskwalk Challenge@gelong 2025! Semoga semuanya meraih kejayaan!
04/09/2025
Sekalung tahniah dan syabas buat seorang lagi murid SK Haji Abu Bakar yang telah berjaya menerima tawaran menduduki UKM 2. Semoga berjaya!
Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat@UKM
Tarikh Ujian : 3/9/2025
Pusat Ujian : SK Haji Hassan Itam, Alor Setar
Masa Ujian : 11.00 pagi - 2.00 petang
29/08/2025
29/08/2025
28 Ogos 2025 – SK Haji Abu Bakar telah menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh meriah bersama Skuad KEDAHfm.
Acara dimulakan dengan laungan penuh semangat “Aku Kasih Malaysia! Aku Kasih Malaysia! Aku Kasih Malaysia!” diketuai oleh Guru Besar, Pn Che Anita, guru-guru, AJK PIBG, murid-murid serta semua kru KEDAHfm.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk pertandingan mewarna, permainan tradisional seperti congkak, tuju tin dan kayuh basikal perlahan, Kembara Merdeka, serta persembahan murid yang cukup menghiburkan.
✨ Puteri Azalia dan Putera Ammar memukau dengan persembahan nyanyian, manakala Megat Umar, Ammar Fareeq, Safwan Faiz, Aleesya Damia, Damia Delisha dan Hanan Nabila menyentuh hati warga sekolah dengan sajak patriotik.
Terima kasih kepada Skuad KEDAHfm dan semua warga SKHAB atas kerjasama menjayakan sambutan ini. Semoga semangat cintakan tanah air terus mekar dalam jiwa kita semua ❤️🤍💙💛
29/08/2025
Sambutan Hari Kemerdekaan SK Haji Abu Bakar kali ke-68
SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2025 SKHAB bertemakan RIUH ANAK MERDEKA bersama SKUAD Kedahfm @kedahfm_rtm6204 Song : Malaysia Madani Rakyat DisantuniArtist : Dato' Seri Siti NurhalizaSource : https://youtu.be/WwnfP1Awsjw?si=tJ2xDj-Kvk9V051USong : Tanggal 31Artist : D...
29/08/2025
Sekalung tahniah dan penghargaan buat Muhammad Izz Altamis bin Mohd Izmee Ikran di atas kejayaan mewakili Kota Setar dan Pertandingan Dare to Spell (SR) peringkat negeri Kedah!
Tarikh : 27 Ogos 2025
Tempat : SK Ayer Puteh, Pendang
"SKHAB Hebat, Semua Mesti Hebat"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
SK HAJI ABU BAKAR, MUKIM LEPAI, 05350 ALOR SETAR
Alor Setar
06000