SKHAB

SKHAB SeHAkar

22/02/2026
Pendaftaran Tahun 1 2027Mohon ambil perhatian bagi semua waris yang ingin membuat pendaftaran.
22/02/2026

Pendaftaran Tahun 1 2027

Mohon ambil perhatian bagi semua waris yang ingin membuat pendaftaran.

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik SeHAkar 2026Sesungguhnya, pemimpin yang hebat bermula daripada didikan yang bet...
09/02/2026

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik SeHAkar 2026

Sesungguhnya, pemimpin yang hebat bermula daripada didikan yang betul. Semoga barisan Pemimpin Cilik SK Haji Abu Bakar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan yang lain.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pemimpin Cilik yang telah dilantik. Semoga terus melangkah maju sebagai pemimpin masa hadapan yang berakhlak mulia dan berilmu.

Tarikh : 8 Februari 2026
Hari : Ahad
Tempat : Dewan Bestari, SK Haji Abu Bakar
Masa : 7.45 pagi

Sekitar program Minggu Pertama sesi persekolahan dimulakan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermakna hasil anjuran P...
01/02/2026

Sekitar program Minggu Pertama sesi persekolahan dimulakan dengan pelbagai aktiviti menarik dan bermakna hasil anjuran Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, RBT, PSV dan MZ, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Pelaksanaan aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana sekolah, malah berjaya menyemai semangat belajar dalam kalangan murid. Penglibatan semua murid Tahun 1-6 SeHAkar.

Tidak terkecuali, penglibatan murid cilik Pra Imtiyaz yang turut memeriahkan minggu pertama persekolahan dengan penuh keterujaan dan senyuman ๐Ÿ˜Š

Semoga permulaan ini menjadi langkah awal ke arah kecemerlangan sepanjang tahun ๐ŸŒŸ

๐Ÿ”ค Bahasa Melayu (BM)
Permainan Bahasa

๐Ÿงฎ๐Ÿ”ฌ Matematik & Sains
Cerdas Sifir dan STEM Challenge

๐Ÿ‡ฌ๐Ÿ‡ง Bahasa Inggeris (BI)
BINGO Challenge

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŽฏ Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK)
Sukaneka

๐Ÿ•Œ๐Ÿ“– Pendidikan Islam & Bahasa Arab
Pintar Jawi dan Ceramah Israk Mikraj

๐ŸŽจ Pendidikan Seni Visual (PSV)
Topeng Haiwan

๐ŸŽถ Muzik (MZ)
Kenali Lagu Sekolah

๐Ÿ› ๏ธ Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Bridge Challenge



Sekitar Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2026."Didik dengan Hati, Pimpin dengan Ilmu" - SeHA kar
11/01/2026

Sekitar Hari Pertama Persekolahan bagi sesi 2026.

"Didik dengan Hati, Pimpin dengan Ilmu" - SeHA kar

Tahniah buat pasukan Rugby The Lycan Wolfpack, Adik Saidatul Saidinam dan 4 adik comel kita, Ammar Firdaus, Aqeef Zameer...
11/10/2025

Tahniah buat pasukan Rugby The Lycan Wolfpack, Adik Saidatul Saidinam dan 4 adik comel kita, Ammar Firdaus, Aqeef Zameer, Annur dan Iman Syuhada atas keterlibatan Fun Run 5 KM, Kejohanan Rugby Closed Junior Alor Setar dan Briskwalk Challenge@gelong 2025! Semoga semuanya meraih kejayaan!

Sekalung tahniah dan syabas buat seorang lagi murid SK Haji Abu Bakar yang telah berjaya menerima tawaran menduduki UKM ...
04/09/2025

Sekalung tahniah dan syabas buat seorang lagi murid SK Haji Abu Bakar yang telah berjaya menerima tawaran menduduki UKM 2. Semoga berjaya!

Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat@UKM

Tarikh Ujian : 3/9/2025
Pusat Ujian : SK Haji Hassan Itam, Alor Setar
Masa Ujian : 11.00 pagi - 2.00 petang

29/08/2025
28 Ogos 2025 โ€“ SK Haji Abu Bakar telah menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh meriah bersama Skuad KEDAHfm.Acara di...
29/08/2025

28 Ogos 2025 โ€“ SK Haji Abu Bakar telah menyambut Hari Kebangsaan 2025 dengan penuh meriah bersama Skuad KEDAHfm.

Acara dimulakan dengan laungan penuh semangat โ€œAku Kasih Malaysia! Aku Kasih Malaysia! Aku Kasih Malaysia!โ€ diketuai oleh Guru Besar, Pn Che Anita, guru-guru, AJK PIBG, murid-murid serta semua kru KEDAHfm.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan termasuk pertandingan mewarna, permainan tradisional seperti congkak, tuju tin dan kayuh basikal perlahan, Kembara Merdeka, serta persembahan murid yang cukup menghiburkan.

โœจ Puteri Azalia dan Putera Ammar memukau dengan persembahan nyanyian, manakala Megat Umar, Ammar Fareeq, Safwan Faiz, Aleesya Damia, Damia Delisha dan Hanan Nabila menyentuh hati warga sekolah dengan sajak patriotik.

Terima kasih kepada Skuad KEDAHfm dan semua warga SKHAB atas kerjasama menjayakan sambutan ini. Semoga semangat cintakan tanah air terus mekar dalam jiwa kita semua โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Sekalung tahniah dan penghargaan buat Muhammad Izz Altamis bin Mohd Izmee Ikran di atas kejayaan mewakili Kota Setar dan...
29/08/2025

Sekalung tahniah dan penghargaan buat Muhammad Izz Altamis bin Mohd Izmee Ikran di atas kejayaan mewakili Kota Setar dan Pertandingan Dare to Spell (SR) peringkat negeri Kedah!

Tarikh : 27 Ogos 2025
Tempat : SK Ayer Puteh, Pendang

"SKHAB Hebat, Semua Mesti Hebat"

Address

SK HAJI ABU BAKAR, MUKIM LEPAI, 05350 ALOR SETAR
Alor Setar
06000

Telephone

+6047142830

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SKHAB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SKHAB:

Shortcuts

Share