30/03/2026
PANDUAN PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM ๐
Bertekun Sambil Berbakti
30/03/2026
PANDUAN PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM ๐
Moga setiap takbir menghapus dosa dan membuka lembaran baru.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
17/03/2026
MAJLIS PENUTUPAN IHYฤโ RAMADAN, KHATAM AL-QURAN & PEMBERIAN SUMBANGSIH ๐
โู
ููู ุตูุงู
ู ุฑูู
ูุถูุงูู ุฅููู
ูุงููุง ููุงุญูุชูุณูุงุจูุงุ ุบูููุฑู ูููู ู
ูุง ุชูููุฏููู
ู ู
ููู ุฐูููุจูููโ
โSesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.โ (Riwayat al-Bukhari)
๐
17 Mac 2026 (Selasa)
โฐ 11.10 pagi โ 1.40 tengah hari
๐ Dewan SMK Tunku Abd Aziz
Majlis Penutupan Ihyฤโ Ramadan, Khatam Al-Quran dan Pemberian Sumbangsih telah berlangsung dengan penuh keberkatan sebagai kemuncak program Ramadan warga SMKTAA.
Majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran oleh peserta tadarus, diikuti ucapan Tuan Pengetua, serta penyampaian saguhati kepada peserta dan pemenang.
Turut disampaikan sumbangsih kepada pelajar asnaf berupa zakat, baju raya dan duit raya sebagai tanda keprihatinan dan semangat berkongsi rezeki.
Semoga penghayatan Ramadan ini terus kekal dalam diri kita semua. ๐โจ
16/03/2026
MAJLIS PERPISAHAN CIKGU FARIDAH BINTI MAT YUSOP ๐น
๐
Tarikh: 16 Mac 2026
๐๏ธ Hari: Isnin
๐ Tempat: Dewan SMK Tunku Abd Aziz
Majlis Perpisahan Cikgu Faridah binti Mat Yusop yang bertukar ke Kolej Tingkatan Enam Alor Setar telah diadakan bagi menghargai segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat di SMK Tunku Abd Aziz.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh penghargaan dan rasa terharu ini menjadi tanda terima kasih warga sekolah atas dedikasi, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau dalam mendidik dan membimbing warga sekolah.
Warga SMK Tunku Abd Aziz merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Faridah atas segala jasa dan bakti yang telah diberikan. Semoga segala kenangan dan pengalaman sepanjang berada di SMK Tunku Abd Aziz akan terus terpahat dalam ingatan.
Selamat maju jaya dalam fasa kehidupan yang seterusnya. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah. ๐ธ
15/03/2026
MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH โจ
๐
Hari: Khamis
๐๏ธ Tarikh: 12 Mac 2026
๐ Tempat: SMK Tunku Abd Aziz
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih SMK Tunku Abd Aziz telah berlangsung dalam suasana penuh keberkatan. Program ini menghimpunkan warga sekolah untuk bersama-sama berbuka puasa serta menunaikan solat Terawih secara berjemaah.
Majlis ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah, malah turut menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui amalan ibadah dan kebersamaan.
Semoga kebersamaan yang terjalin ini membawa keberkatan serta mengukuhkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan warga SMK Tunku Abd Aziz. Semoga setiap amalan kita di bulan yang mulia ini diterima dan diberkati. ๐โจ
11/03/2026
TADARUS AL-QURAN PERDANA ๐
๐
Hari: Rabu
๐๏ธ Tarikh: 11 Mac 2026
๐ Tempat: Dewan SMK Tunku Abd Aziz
Majlis Tadarus Al-Quran Perdana SMK Tunku Abd Aziz telah berlangsung dengan penuh ketenangan dan keberkatan di Dewan SMK Tunku Abd Aziz. Program ini menghimpunkan warga sekolah untuk bersama-sama mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran serta menghayati keindahan kalamullah dalam suasana yang penuh harmoni.
Aktiviti ini diadakan bersempena bulan Ramadan yang mulia sebagai usaha menyemarakkan amalan membaca Al-Quran serta memupuk nilai kerohanian dalam kalangan warga sekolah.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini diterima dan diberkati, serta menjadi inspirasi untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT. ๐โจ
26/02/2026
๐TERKINI: PERATURAN PAKAIAN MURID EDISI RAMADAN โจ
Berkuatkuasa mulai 1 Mac 2026 (Ahad)
Harap maklum dan terima kasih.
25/02/2026
KEM KEPIMPINAN SMK TUNKU ABDUL AZIZ
TAHUN 2026 ๐ฑ
๐
11 โ 13 Februari 2026
๐ Pusat Kokurikulum Kem Sala
Kem Kepimpinan SMK Tunku Abdul Aziz telah berlangsung dengan jayanya pada 11 hingga 13 Februari 2026 bertempat di Pusat Kokurikulum Kem Sala. Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan murid yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas.
Penganjuran kem ini bertujuan untuk membentuk sahsiah kepimpinan yang berintegriti, memupuk semangat kerjasama berpasukan, serta meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi dalam kalangan pemimpin muda sekolah. Sepanjang tiga hari program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti berfokuskan pembinaan jati diri, pengurusan organisasi, disiplin serta nilai tanggungjawab sebagai pemimpin.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi selaras dengan moto sekolah, โBertekun Sambil Berbakti.โ
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta jawatankuasa yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang cemerlang. ๐ฟ
sesuai dimasa perkhemahan
24/02/2026
Panduan Pakaian dan Waktu Persekolahan:
Edisi Ramadan โจ
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Sunday | 08:00 - 17:00 |