Kolej Agama Sultan Abdul Halim

Kolej Agama Sultan Abdul Halim Kolej Agama Sultan Abdul Halim Murid-murid terdiri daripada anak-anak asnaf fakir dan miskin dari seluruh Negeri Kedah yang ditanggung sepenuhnya oleh LZNK.

"Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH) merupakan sekolah menengah asnaf pertama di Negeri Kedah yang dibiayai dan diurus sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). KASAH menawarkan pendidikan bersepadu akademik dan dini dalam melahirkan umara' yang bertaqwa dan berminda usahawan bertaraf dunia."

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™Ψ¨ΩΨ³Ω’Ω…Ω اللهِ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ωβœ¨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ο·Ί itu contoh...
25/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ο·Ί πŸŒ™

بِسْمِ اللهِ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ…Ω

✨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ο·Ί itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”
β€” Surah al-Ahzab: 21

Dengan penuh kesyukuran, warga Kolej Agama Sultan Abdul Halim mengucapkan Salam Maulidur Rasul ο·Ί kepada seluruh warga kolej, para pelajar, ibu bapa serta seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak mulia dan sunnah Rasulullah SAWdengan menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik dalam membentuk generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa ummah.

🌹 MADANI Dihayati, Ummah Diberkati🌹

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ο·Ί terus subur di hati dan diterjemahkan melalui amalan serta akhlak dalam kehidupan seharian.
Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω





🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🌟Warga Kolej Agama Sultan Abdul Halim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas...
25/08/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DAN SYABAS 🌟

Warga Kolej Agama Sultan Abdul Halim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim atas penerimaan Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Kedah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026M/1448H.

Pengiktirafan ini amat bermakna sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memperkasa pendidikan, dakwah serta pembangunan ummah di Negeri Kedah Darul Aman.

Semoga anugerah ini menjadi pemangkin untuk terus menabur bakti dan memberi manfaat kepada masyarakat. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan, kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan dalam meneruskan perjuangan serta khidmat bakti.

Tahniah dan syabas! Semoga terus cemerlang dalam berbakti kepada agama, bangsa dan ummah.





π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπ‡π€π’ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sohibul Fadhilah Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah Haji Abdul Halim, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah (LEPSAZ), atas penganugerahan Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Kedah.

Pengiktirafan ini disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026M/1448H.

Semoga penganugerahan ini menjadi penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memperkasa pendidikan, dakwah serta pembangunan ummah di Negeri Kedah.

Tahniah dan syabas. Semoga terus diberi kekuatan untuk menabur bakti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

🌟 PROGRAM BEYOND TEACHING: MASTERING ORGANIZATIONAL ALIGNMENT AND COMPLIANCE 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung Program B...
23/08/2026

🌟 PROGRAM BEYOND TEACHING: MASTERING ORGANIZATIONAL ALIGNMENT AND COMPLIANCE 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Beyond Teaching: Mastering Organizational Alignment and Compliance Peringkat Lembaga Pengurusan Sekolah Zakat Kedah (LEPSAZ) Tahun 2026 pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan Blok B, Kompleks Pembangunan Asnaf, Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Program ini disertai oleh barisan guru dan kakitangan KASAH dengan pengisian berbentuk simulasi, audit pematuhan, analisis punca masalah, pengurusan krisis dan pembinaan keselarasan organisasi.

Semoga program ini dapat memperkukuh kerjasama, pematuhan dan keselarasan warga kerja dalam meningkatkan kecemerlangan pengurusan organisasi. 🀝✨

🌟 PROGRAM SAHAL STEPS @ SCHOOL 4.0🌟Alhamdulillah, telah berlangsung Program SAHAL Steps @ School 4.0: β€œLangkah Mudah Kua...
23/08/2026

🌟 PROGRAM SAHAL STEPS @ SCHOOL 4.0🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung Program SAHAL Steps @ School 4.0: β€œLangkah Mudah Kuasai Morfologi Arab” pada 22 Ogos 2026 bertempat di Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH).

Program ini melibatkan 200 orang pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 KASAH serta Pondok Moden Zakat Kedah , dengan pengisian menarik bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan mencetuskan kecemerlangan pelajar. πŸŒ±πŸ“š

πŸ›οΈ LAWATAN KOKURIKULUM WARISAN KEDAH KASAH 2026 🌿Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Kokurikulum Warisan Kedah Peri...
22/08/2026

πŸ›οΈ LAWATAN KOKURIKULUM WARISAN KEDAH KASAH 2026 🌿

Alhamdulillah, telah berlangsung Lawatan Kokurikulum Warisan Kedah Peringkat Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH) pada:

πŸ“… 20 Ogos 2026
⏰ 8.00 pagi
πŸ“ Sekitar Alor Setar, Kedah
πŸ‘¨β€πŸŽ“ Peserta: Pelajar Tingkatan 1–3

Antara lokasi yang dilawati ialah Masjid Zahir, RTM Kedah, Balai Seni, Balai Nobat dan Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.

πŸ“» Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Radio Malaysia Kedahfm atas kesudian memberikan peluang kepada para pelajar KASAH untuk berkunjung dan melihat sendiri studio RTM Kedah. Pengalaman ini pastinya menjadi satu pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna buat para pelajar.

Program ini memberi peluang kepada pelajar mengenali sejarah, seni, budaya dan warisan Kedah melalui pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah.

Terima kasih juga kepada semua guru pengiring dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga lawatan ini menjadi kenangan bermakna dan menyemai rasa cinta terhadap sejarah dan warisan negeri Kedah. πŸ’š

β€œKenali Warisan, Hargai Sejarah, Cintai Kedah.”

✨ PROGRAM LEGASI PEWARIS UMMAH PERINGKAT KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM (KASAH) ✨Alhamdulillah, telah berlangsung Progra...
22/08/2026

✨ PROGRAM LEGASI PEWARIS UMMAH PERINGKAT KOLEJ AGAMA SULTAN ABDUL HALIM (KASAH) ✨

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Legasi Pewaris Ummah pada:

πŸ“… 20–21 Ogos 2026
⏰ 5.30 petang
πŸ“ Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH)
πŸ‘₯ Peserta: 81 orang

Program ini menjadi wadah dalam membentuk generasi muda yang berilmu, berakhlak, berdisiplin serta mempunyai jati diri sebagai pewaris ummah. 🌿

Semoga program ini memberi pengalaman bermakna dan menyemai semangat kepimpinan, ukhuwah serta kecintaan terhadap agama dalam kalangan para peserta.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. πŸ’š

β€œMembina Generasi, Memperkasa Ummah.”

πŸ“šβœ¨ BENGKEL PENATARAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027 PERINGKAT SEKOLAH βœ¨πŸ“šAlhamdulillah, telah berlangsung  Bengkel Penataran...
20/08/2026

πŸ“šβœ¨ BENGKEL PENATARAN KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027 PERINGKAT SEKOLAH βœ¨πŸ“š

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Penataran Kurikulum Persekolahan 2027 Peringkat Sekolah pada:

πŸ“… Tarikh: 18 Ogos 2026
⏰ Masa: 2.00 petang
πŸ“ Tempat:Bilik Mesyuarat, Maahad Dini Sultan Abdul Halim, S*k

Bengkel ini menjadi platform penting dalam memberikan kefahaman serta memperkukuh persediaan pihak pengurusan dan warga pendidik dalam menghadapi pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Pihak Pengurusan Kolej Agama Sultan Abdul Halim (KASAH) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak Maahad Dini Sultan Abdul Halim atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga perkongsian ilmu dan jalinan kolaborasi ini terus diperkasakan demi meningkatkan kualiti pendidikan serta melahirkan generasi yang unggul dan berdaya saing. 🌟

β€œBersama Memperkasa Pendidikan, Melangkah Menuju Kurikulum 2027.”






🌱 PROGRAM PENDIDIK PRIHATIN: MENABUR BAKTI, MENYEMAI SAHSIAH πŸŒ±πŸ“… Tarikh: 28 April 2026πŸ•£ Masa: 8:30 pagi – 1:00 petangAlha...
30/04/2026

🌱 PROGRAM PENDIDIK PRIHATIN: MENABUR BAKTI, MENYEMAI SAHSIAH 🌱

πŸ“… Tarikh: 28 April 2026
πŸ•£ Masa: 8:30 pagi – 1:00 petang

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Pendidik Prihatin: Menabur Bakti, Menyemai Sahsiah hasil kolaborasi erat antara pihak Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama Kolej Agama Sultan Abdul Halim.

Program ini bertujuan memupuk nilai keprihatinan, semangat kesukarelawanan serta pembentukan sahsiah unggul dalam kalangan peserta melalui aktiviti yang bermanfaat dan berimpak tinggi.

Kerjasama strategik ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara institusi pendidikan, malah membuka ruang perkongsian ilmu, pengalaman serta inspirasi kepada para pelajar untuk terus cemerlang dari aspek akademik dan sahsiah diri.

Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan sentiasa berbakti kepada masyarakat.

✨ Menabur bakti, menyemai sahsiah β€” demi masa depan yang gemilang. ✨






Address

Lot 1306, Jalan S**a Menanti, Mukim Pumpong
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Agama Sultan Abdul Halim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category