Baitul Musthofa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Baitul Musthofa, College & University, No 14, Taman Sri Menanti Jalan Gangsa, Alor Setar.
Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa berdaftar sah dengan JAKIM & Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah
Pendaftaran JAKIM - KZH 2016
Pendaftaran JHEIKH -12/2022
Perdaftaran HESA PHK 190/23
22/02/2026
Lensa Ramadhan Baitul Musthofa
Alhamdulillah, Ramadhan di Baitul Musthofa kembali menyatukan hati-hati yang merindukan kalam Allah.
Setiap pagi, halaqah-halaqah kecil terbentuk. Suara bacaan Al-Quran bersahut lembut di ruang yang sederhana namun penuh cahaya. Ada yang masih bertatih, ada yang semakin lancar… tetapi semuanya datang dengan niat yang sama iaitu ingin dekat dengan Allah.
Tadarus Al-Quran ini dipimpin oleh:
• Ustaz Nurul Amin
• Ustaz Ariff Idzuan
• Ustaz Ikrami
Seramai 31 peserta muhibbin lelaki dan perempuan istiqamah menghadiri sesi tadarus sepanjang bulan yang penuh barakah ini.
Ramadhan mengajar kita bahawa bukan kesempurnaan bacaan yang dinilai, tetapi kesungguhan hati yang kembali.
Setiap huruf yang dibaca, setiap ayat yang ditadabbur, menjadi saksi bahawa di sini ada jiwa-jiwa yang sedang memperbaiki diri.
Semoga Al-Quran bukan sekadar dibaca di bulan ini, tetapi terus hidup dalam dada dan memimpin langkah selepas Ramadhan pergi.
Ya Allah, jadikan kami ahli Al-Quran… yang membaca, memahami dan mengamalkan. 🤍📖
22/02/2026
Lensa Ramadhan Baitul Musthofa
Azkar Ramadhan pada setiap petang bermula jam 6:30 sehingga Azan berkumandang. Diisi dengan Bacaan Surah Al-Waqiah,Hizb Bahr,Wirdul Latif,Istighfar Dan Tahlil Arwah.
Dipimpin oleh para pelajar dan Asatizah.
Mengisi waktu-waktu istijabah doa dengan zikir-zikir dan wirid yang bermanfaat.
22/02/2026
Lensa Ramadhan Baitul Musthofa
Solat Tarawih yang diimamkan oleh Para Asatizah dan Para Pelajar mengimarahkan Ramadhan pada tahun ini. Beberapa pelajar - baru diberikan kepercayaan memimpin Solat Tarawih dan menjadi Bilal sebelum memimpin Solat Tarawih Iman Jemputan diluar.
Semoga mendapat keberkatan Bulan Ramadhan
19/02/2026
1 Dekad Menyemai Generasi Al-Quran
2016 – 2026
Hari ini bukan sekadar konvokesyen.
Hari ini adalah saksi perjalanan hampir 10 tahun perjuangan.
Daripada kelas kecil yang serba sederhana…
Daripada ruang yang dipenuhi cita-cita dan doa…
Sehingga lahirnya generasi yang berdiri penuh yakin, membawa kalam Allah di dada.
Majlis Konvokesyen Baitul Musthofa Kali Pertama 2026
bukan sekadar simbol kejayaan
tetapi bukti bahawa usaha, air mata, doa dan pengorbanan tidak pernah sia-sia di sisi Allah.
Majlis bersejarah ini telah dirasmikan oleh
YB Ustaz Salim bin Mahmood Al-Hafiz
ADUN Bukit Lada
📍 Dewan Auditorium Albukhary
🗓 13 Februari 2026 | Jumaat
Turut diraikan para muhibbin yang istiqamah menghadiri kelas tafaqquh setiap pagi,
yang telah berjaya khatam 9 buah kitab sepanjang 5 tahun. Satu ketekunan yang tidak semua mampu pertahankan dan menjadi inspirasi buat anak-anak.
Tahniah buat seluruh anak-anak:
✨ Cemerlang dalam peperiksaan
✨ Berakhlak dengan sahsiah terpuji
✨ Mengkhatamkan Al-Quran dengan penuh kesungguhan
Kalian adalah cahaya harapan ummah.
Terima kasih buat ibu ayah, para muhibbin dan sahabat perjuangan. Kalian bukan sekadar penyokong
kalian adalah tulang belakang dakwah ini.
Semoga Allah memberkati setiap langkah kecil yang telah diatur selama satu dekad ini,
dan menjadikan Baitul Musthofa terus melahirkan pewaris Nabi ﷺ,yang hidupnya bersama Al-Quran,
dan matinya dalam perjuangan.
Alhamdulillah atas perjalanan ini.
Dan insyaAllah… ini baru permulaan. Moga mengorak langkah lebih baik menuju 1 dekad seterusnya.
18/01/2026
📍 Dokumentasi Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2026
Maahad Baitul Musthofa | Ahad, 11 Januari 2026
Maahad Baitul Musthofa membuka tirai sesi persekolahan 2026 dengan perhimpunan pertama yang berlangsung pada Ahad, 11 Januari 2026.
Perhimpunan ini menjadi medan penyatuan warga maahad dalam memperbaharui azam, memperkukuh disiplin serta menyemai semangat kecemerlangan akademik dan sahsiah di kalangan para pelajar.
Menerusi amanat dan pengisian yang disampaikan, para pelajar diingatkan tentang tanggungjawab menuntut ilmu dengan penuh keikhlasan, ketekunan dan adab, selari dengan visi Maahad Baitul Musthofa dalam melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Langkawi, 13 Disember 2025 —
Kelab Musthofa Sinwar telah mengambil bahagian dalam Perlombaan Paintball Langkawi ASEAN Cup 2025 yang berlangsung di Langkawi Sports Center, melibatkan penyertaan pasukan-pasukan paintball dari pelbagai negara ASEAN.
Kejohanan bertaraf antarabangsa ini dianjurkan sebagai platform persaingan sihat dalam sukan paintball, dengan penekanan terhadap aspek strategi, ketangkasan, disiplin serta kerjasama berpasukan. Sepanjang kejohanan, para peserta diuji dalam pelbagai perlawanan yang mencabar fizikal dan mental, selari dengan piawaian sukan kompetitif serantau.
Penyertaan Kelab Musthofa Sinwar dalam kejohanan ini mencerminkan komitmen kelab tersebut dalam memperkasa pembangunan sukan berpasukan, membentuk semangat kepimpinan serta memperkukuh nilai kesukanan dalam kalangan ahli. Selain itu, kejohanan ini turut membuka ruang pendedahan kepada pengalaman pertandingan di peringkat antarabangsa.
✨ Majlis Khatam Al-Quran, Kenduri Kesyukuran & Tahlil Arwah ✨
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmat-Nya.
Pada Khamis, 18 Disember 2025, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran, Kenduri Kesyukuran serta Tahlil Arwah sempena khatamnya pelajar kami, Ananda Muzammer Shah.
Khatam ini bukan sekadar penamat bacaan, tetapi permulaan sebuah perjalanan panjang bersama Al-Quran — untuk difahami, diamalkan dan dijadikan pedoman sepanjang hayat. 📖✨
Semoga Ananda Muzammer Shah terus istiqamah, diberkati ilmunya dan menjadi insan yang dekat dengan Al-Quran.
Moga pahala bacaan Al-Quran ini turut dihadiahkan kepada arwah-arwah yang telah pergi, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🤲
Terima kasih kepada semua yang hadir dan mendoakan.
Semoga majlis ini membawa keberkatan buat kita semua. 🌿
RAYUAN WAKAF PEMBAYARAN AKHIR WAKAF PEMBANGUNAN BAITUL MUSTHOFA
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Saya Ustaz Ariff Idzuan bin Nordin ingin mengajak kepada semua para muhibbin dan seluruh muslimin dan muslimat bagi menjayakan *Misi Pembayaran Terakhir Wakaf Pembangunan Baitul Musthofa*
Projek ini dijangka siap pada 15 Disember 2025,Iaitu berbaki lagi 10 hari InsyaAllah.
Pihak kami perlu menjelaskan bayaran baki akhir pada tarikh tersebut. Baki ialah RM20’000.00 sahaja.
Justeru,kami membuka *1 lot RM20.00* bagi *1000 lot* dikongsi oleh para dermawan para Hari Jumaat yang mulia ini.
Dan hari ini, kami membuka ruang kebaikan untuk Tuan/Puan menghadiahkan buat mereka sesuatu yang mengalir pahalanya tanpa putus.
1 Lot Wakaf = RM20
1 Lot = 1 Nama Arwah
Tuan/Puan dipersilakan meletakkan nama arwah yang ingin dihadiahkan pahala. Insya-Allah, nama-nama tersebut akan kami hadiahkan pahala Bacaan 30 juzu' Al-Quran dan Tahlil Arwah pada 18 Disember 2025 di Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa.
📌 Isi Nama Arwah Di Google Form Sini:
👉 https://tinyurl.com/26py9uwb
Semoga setiap RM20 yang disumbangkan menjadi penerang kubur mereka, menjadi syafaat berpanjangan, dan menjadi bekalan untuk Tuan/Puan juga pada hari yang tiada lagi pertolongan selain dari-Nya.
📞 Pertanyaan & Penyertaan Wakaf
📲 Ustaz Ariff Idzuan Nordin (Mudir): 011-1028 6224
📲 Ustaz Nurul Amin Ismail (Timbalan): 019-414 0228
📲 Pejabat Maahad: 012-752 4396
Dengan penuh kasih & doa,
📩 Maahad Tahfiz Al-Quran Baitul Musthofa
04/12/2025
Perasmian Minggu Bahasa Arab Baitul Musthofa
Program Daurah Bahasa Arab selama 10 hari, bermula 1 – 12 Disember 2025.
Para pelajar akan fokus menghafal mufradat Bahasa Arab merangkumi hampir 300 kata nama dan kata kerja, serta mengikuti pengajian:
Muhawarah (perbualan)
Nahu
Sorf
Daurah ini dipimpin oleh Guru Praktikal dari Darul Lughah Wad Dakwah, Bagil – Indonesia, bersama para guru Pra Huffaz Baitul Musthofa.
Semoga mencapai hasrat dan tujuan.Aminn
01/12/2025
Alhamdulillah…
Imtihan Akhir Tahun Pra Huffaz 2025 telah pun melabuhkan tirainya.
Anak-anak kecil ini mungkin tubuhnya kecil,
tapi semangat mereka besar.
Mereka ulang, mereka hafaz, mereka cuba sehabis daya kadang tersalah, kadang terlupa,
namun mereka tidak pernah berhenti.
Hari ini, kita melihat keberanian mereka.
Bukan pada kertas jawapan,
tetapi pada hati yang tidak putus asa
mengangkat kalam Allah setinggi-tingginya.
Wahai anak-anak Pra Huffaz,
kamu sudah berjaya…
bukan kerana markah yang akan keluar,
tetapi kerana kamu telah menempuh perjalanan
yang mendekatkan kamu kepada Al-Quran.
Semoga Allah memandang usaha yang kecil ini
dengan rahmat yang besar.
Teruslah melangkah, wahai bakal penjaga kalam Allah.
Perjalanan kamu baru bermula… 🌙📖
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
No 14, Taman Sri Menanti Jalan Gangsa
Alor Setar
05150