13/04/2026
📢 Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-40
SMK Agama Kedah
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 SMK Agama Kedah dalam suasana penuh harmoni dan semangat kerjasama 🤝
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa, di samping membincangkan hala tuju serta usaha berterusan dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah para pelajar 📚✨
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir dan memberikan sokongan padu. Tidak dilupakan juga kepada barisan AJK PIBG serta warga sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan mesyuarat ini 💐
Semoga segala perancangan yang dibincangkan dapat direalisasikan demi kebaikan anak-anak SMK Agama Kedah 💪