09/08/2026
Apabila anak-anak telah mencapai umur sepuluh tahun, hendaklah dipisahkan tempat tidur mereka secara umum, khususnya antara anak lelaki dan anak perempuan. Hal ini kerana pada usia tersebut mereka mula memasuki peringkat baligh dan mula mengenali naluri serta dorongan seksual.
Dalam hadis ini juga, para penjaga diperintahkan agar membiasakan anak-anak menunaikan solat sejak usia kanak-kanak.
Dalam sebuah riwayat yang lain, daripada Sayyidina โAli ููุฑููู
ู ุงูููู ููุฌููููู, bahawa Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ยซุฃูุฏููุจููุง ุฃูููููุงุฏูููู
ู ุนูููู ุซูููุงุซู ุฎูุตูุงูู: ุญูุจูู ููุจููููููู
ูุ ููุญูุจูู ุขูู ุจูููุชูููุ ููุชูููุงููุฉู ุงููููุฑูุขููุ ููุฅูููู ุญูู
ูููุฉู ุงููููุฑูุขูู ููู ุธูููู ุนูุฑูุดู ุงูููููู ููููู
ู ููุง ุธูููู ุฅููููุง ุธูููููู ู
ูุนู ุงููุฃูููุจูููุงุกูยป
โDidiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara: mencintai nabi kamu, mencintai ahli keluarga Baginda, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya para pembawa al-Quran akan berada di bawah naungan โArasy Allah bersama para nabi pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya.โ (Hadis Riwayat Tabrani)
Imam al-Ghazali ุฑูุญูู
ููู ุงูููู ุชูุนูุงููู juga menyatakan bahawa anak-anak hendaklah diajarkan al-Quran, hadis-hadis Nabi ๏ทบ serta kisah dan kehidupan orang-orang soleh. Di beberapa tempat yang lain juga terdapat anjuran supaya anak-anak diajarkan pelbagai perkara yang bermanfaat.
Secara zahirnya, kesemua panduan tersebut menunjukkan bahawa tujuan utama pendidikan anak ialah agar sejak usia muda mereka telah mempelajari hukum-hakam syariat. Dengan demikian, apabila mereka semakin membesar, iman mereka akan menjadi semakin sempurna, kukuh dan teguh, serta mereka membesar dengan akidah yang mantap. Apabila dewasa kelak, mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah, tipu daya, muslihat dan propaganda golongan ateis, ahli kesesatan serta golongan yang menyebarkan fahaman menyeleweng.
Penyair berkata:
ููููููุดูุฃููุง ุดููุก ุงูููุชูุงู ู
ููููุง ุนูููู ู
ูุง ููุงูู ุนูุฏู ุฃูุจููู
ููู
ูุง ุฏุงู ุงููููุชูู ุจุญุฌู ูููููููู ููุนูุฏู ุงูุชุฏูู ุฃูุฑุจูู
โAnak-anak muda dalam kalangan kita membesar menurut kebiasaan yang telah dibentuk oleh bapanya.
Seorang pemuda tidak menjadi seorang yang beragama hanya dengan akal semata-mata; sebaliknya, orang-orang terdekatnyalah yang membiasakannya dengan kehidupan beragama.โ
- Raudhat Al-Tolibin Fi Halli Zad Al-Tolibin