24/01/2026
JUMPA 80
Ini cerita sebuah perjalanan. Dari tapak pertama melangkah..lahir pada 1946/1947 hingga kini, masih melangkah membongkok, menghampiri umur 80.
Kami gang SAHC 1961-1965 ingin sekadar meraikan sambil menyatakan kesyukuran kerana perjalanan kami sampai ke 80. Allah, tak ramai yang berjalan dan masih berjumpa sehingga sampai 80.
Dari kelas tahun1961-65, asalnya lebih 200 orang, kini rasanya tinggal 1/3 sahaja yang dapat Jumpa 80.
JUMPA 80, pada 24/1/2026 di Ambang Kelab Di raja Kedah, besar ertinya bagi kami.
( maaf kepada classmate kami yang lahir pada 1947 dan 1948, yang belum pun lagi 79. Nak buat macam mana zaman dulu ada yang masuk umur 6 tahun dan ramai masuk Special Malay Class semasa darjah 5 ie undur dua tahun!)
Alhamdulillah, 80 besar ertinya.(apatah lagi anda- orang berumur 80+ merupakan sebahagian dari hanya 1.5- 2% drp seluruh warga dunia )
InsyaAllah, kami akan cuba manfaatkan umur berbaki.
Ahk 24 01 2026