Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah

Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU)
di tubuhkan pada tahun 1989. Mempunyai asrama untuk pelajar putera & puteri. Bermula umur 7 tahun hingga 12 tahun sahaja.

20/07/2026
๐ŸŒฟ Rutin Pagi Anak-Anak Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar ๐Ÿ“–Alhamdulillah, bacaan Surah Al-Waqiah merupakan salah satu r...
07/07/2026

๐ŸŒฟ Rutin Pagi Anak-Anak Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar ๐Ÿ“–

Alhamdulillah, bacaan Surah Al-Waqiah merupakan salah satu rutin harian yang diamalkan oleh anak-anak asrama setiap selesai menunaikan solat Subuh. Semoga amalan yang istiqamah ini menjadi asbab keberkatan hidup, dipermudahkan segala urusan, dilapangkan rezeki serta dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat. ๐Ÿคฒโœจ

Pagi ini, bacaan Surah Al-Waqiah telah dipimpin oleh A***n Zafran dan Uthman Affan (Tahun 6). Semoga Allah SWT memberkati anak-anak asrama, mengurniakan kefahaman dalam menuntut ilmu, serta menjadikan mereka anak-anak yang soleh, solehah, berilmu dan beramal. Aamiin Ya Rabbal โ€™Alamin. ๐Ÿ’š
Jibg Sridu

๐ŸŒน Selamat Menduduki Peperiksaan SPI 2026 ๐ŸŒนุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูSeluruh warga Asrama SRITI Darul Ulum, A...
07/07/2026

๐ŸŒน Selamat Menduduki Peperiksaan SPI 2026 ๐ŸŒน

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

Seluruh warga Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pendidikan Islam (SPI) 2026 kepada semua pelajar asrama dan pelajar berulang tahun 6.

Semoga anak-anak semua diberikan kesihatan yang baik, ketenangan hati, kelapangan fikiran, dipermudahkan menjawab setiap soalan serta dikurniakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ู„ูŽุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ู’ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah. Dan Engkau mampu menjadikan kesukaran itu mudah apabila Engkau menghendakinya.โ€

ุฑุจูŠ ูŠุณุฑ ูˆู„ุง ุชุนุณุฑ ,ุฑุจูŠ ุชู…ู… ุจุงู„ุฎูŠุฑโ€

"Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan."

Semoga berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Aamiin Ya Rabbal โ€™Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿ“šโœจ

Ikhlas daripada:
๐ŸŒฟAsrama SRITI Darul Ulumโค๏ธ
Jibg Sridu SRITI Malaysia SRITI Kedah

Semoga cemerlang๐Ÿคฒ๐ŸปAmiin
07/07/2026

Semoga cemerlang๐Ÿคฒ๐ŸปAmiin

๐ŸŒฟ Bacaan Al-Maโ€™thurat Petang ๐ŸŒฟAlhamdulillah, Khalifah petang ni Muhammad Hanif Arsyad (Tahun 4) telah memimpin bacaan Al...
06/07/2026

๐ŸŒฟ Bacaan Al-Maโ€™thurat Petang ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, Khalifah petang ni Muhammad Hanif Arsyad (Tahun 4) telah memimpin bacaan Al-Maโ€™thurat.

Semoga amalan yang istiqamah ini menjadi asbab keberkatan, ketenangan hati, serta membentuk peribadi yang berakhlak mulia dan sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT. ๐Ÿคฒโœจ

SRITI Darul Ulum, Alor Setar
Jibg SriduSRITI KedahSRITI Malaysia

06/07/2026

PERHATIANโ€ผ๏ธ

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 9 JULAI 2026.

Harap maklum.

๐ŸŒนโœจ MAJLIS PERPISAHAN USTAZ FIRDAUS โœจ๐ŸŒนAlhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perpisahan Ustaz Firdaus, Warden Asrama Put...
02/07/2026

๐ŸŒนโœจ MAJLIS PERPISAHAN USTAZ FIRDAUS โœจ๐ŸŒน

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perpisahan Ustaz Firdaus, Warden Asrama Putera, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti beliau sepanjang berkhidmat membimbing serta mendidik anak-anak asrama. ๐Ÿ•Œ๐Ÿ“–โค๏ธ

๐ŸŒŸ Terima kasih, Ustaz Firdaus atas setiap nasihat, tunjuk ajar, kesabaran dan kasih sayang yang telah dicurahkan. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal jariah yang berterusan dan mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿ’š

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, melimpahkan rezeki yang halal lagi berkat, mempermudahkan segala urusan serta mengurniakan kejayaan dan kebahagiaan buat Ustaz Firdaus di tempat baharu. ุขู…ูŠู† ูŠุง ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู†. ๐Ÿคฒโœจ

โ€œSetiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun ukhuwah yang terjalin akan sentiasa terpahat dalam ingatan.โ€ ๐Ÿ’๐ŸŒน

Terima kasih atas segala-galanya, Ustaz Firdaus. Semoga terus cemerlang dan sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT. ๐Ÿค๐ŸŒบ

๐ŸŒน ๐Ÿค ๐Ÿ’š ๐Ÿซ ๐Ÿคฒ

Terima kasih Ustaz Firdaus
02/07/2026

Terima kasih Ustaz Firdaus

Jutaan Terima Kasih, Ustaz Muhammad Firdaus bin Musa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga SRITI Darul Ulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Firdaus bin Musa, mantan Warden Asrama Putera SRITI Darul Ulum, atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Terima kasih kerana telah menjaga, mendidik, membimbing serta mengemudi layar Asrama Putera dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Segala usaha dan didikan yang diberikan akan terus menjadi kenangan serta inspirasi buat seluruh warga asrama.

Semoga segala amal bakti yang telah dicurahkan menjadi amal jariah yang berpanjangan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta diberkati dan dirahmati Allah SWT.

"Jasa dikenang, budi disanjung. Terima kasih atas segala pengorbanan dan khidmat bakti."

Ikhlas daripada:
Warga SRITI Darul Ulum ๐Ÿค๐ŸŒน

02/07/2026

JAWATAN KOSONG untuk diisi..โ€ผ๏ธ

SRITI Darul Ulum, Alor Setar memerlukan seorang warden asrama (Lelaki) dengan kadar segera. Kemasukan Julai 2026.

Bagi yang ingin menjadi sebahagian daripada kami, sila serahkan resume anda ke alamat yang tertera, atau email ke [email protected]

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat Sekolah Rendah Islam Darul Ulum
04 771 5639

01/07/2026

๐—๐—ข๐—  ๐— ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—”๐—ง-๐—ง๐—”๐—ค๐—ช๐—” ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

๐Ÿ“ SYARAT KEMASUKAN

โœ… Berumur 13 tahun keatas
โœ… Mampu membaca Al-Quran
โœ… Minat Menghafal Al-Quran
โœ… Lulus Temuduga (Lisan/bertulis)

๐Ÿ“PELAJARAN DI SMITI AT-TAQWA:

1. PRA - TAHFIZ
- Tahfiz setahun 2 juzuk.
2. PENGAJIAN UMUMI (Kitab Turath)
- 5 kitab setahun.
3. KSSM & Bahasa Arab Tinggi (LAM)
- Bermula tingkatan 1 - 3.
4. KBD (Kurikulum Bersepadu Dini)
- PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH AGAMA (SMA)
- Khusus tingkatan 4.
5. KBD (Kurikulum Bersepadu Dini)
- PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH MALAYSIA (SPM)
- Khusu tingkatan 5.
6. MARKAZULUGAHAH
- Sebulan bagi pelajar ting 1.

๐Ÿ—‚๏ธ PENDAFTARAN MELALUI 3 KAEDAH:

1. HADIR TERUS KE PEJABAT SMITI AT TAQWA
- Boleh dapatkan borang di pejabat serta hantar borang fizikal beserta dokumen.

2. PENDAFTARAN MELALUI ATAS TALIAN (ADABS2U)
- Tekan link dibawah untuk pendaftaran.

https://adabs2u.com/register/3d4c7fc29b1cfb311fbf818c4f84daf39f406d02

3. PENDAFTARAN MELALUI GOOGLE FORM
- Tekan link dibawah dan isi maklumat dengan lengkap.

https://forms.gle/pt3A4dD7qkCwiEiN8

โ— Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Pengetua SMITI AT-TAQWA
www.wasap.my/6001111944373/daftarpelajar2027

Atau,

Pejabat SMITI AT TAQWA
www.wasap.my/601111820021/daftarpelajar2027

"Ayuh jadi sebahagian daripada keluarga At-Taqwa!"
MEMBINA GENERASI ISLAM RABBANI

Address

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Jalan Teluk Bagan, Batu 3, Tandop
Alor Setar
05400

Telephone

+6047715639

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah:

Shortcuts

Share