SRITI Tahfiz At-Taklimiah

SRITI Tahfiz At-Taklimiah Sekolah Rendah Islam yg berdaftar dgn JHEAIK. Murid Darjah 1 - 6. Turut menawarkan peperiksaan UPKK.

21/08/2026

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š๐ง ๐š๐ญ๐ฅ๐ž๐ญ ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ๐“๐€๐’ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ž ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‘๐€ ๐™๐จ๐ง ๐”๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿƒ๐Ÿป


28/07/2026

Isnin | 27 Julai 2026
๐Ÿ“Kompleks Sukan UUM

Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah Temasya Sukan & Olahraga (KESUGA) HESA & SRITI Kedah tahun 2026.

Pihak pengurusan SRITITAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada jurulatih, pengurus dan pasukan SRITITAS yang terlibat dalam acara balapan & lontar peluru.๐Ÿƒ๐Ÿป๐Ÿคพ๐Ÿป

Kalian telah memberikan yang terbaik di balapan dan zon lontar peluru. Tingkatkan lagi usaha dan momentum hingga peringkat seterusnya! โœจ

Ribuan terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan semua pihak di atas sokongan yang diberikan dan doa yang tidak putus-putus ๐Ÿ˜Š

22/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada jurulatih, pengurus dan seluruh barisan pemain pasukan bola sepak dan bola jaring.

"Kalah atau menang itu adat pertandingan, tetapi komitmen dan keringat yang kalian curahkan hari ini benar-benar membanggakan. Terima kasih kepada team bola sepak dan bola jaring kerana bermain dengan sepenuh hati dan tidak berputus asa. Kalian semua adalah juara di mata kami!"

Jutaan terima kasih kepada guru-guru, ibu ayah dan semua yang sentiasa memberi sokongan padu dan iringan doa buat team kami. ๐Ÿ˜Š

Rehat secukupnya, kita bangkit lagi untuk cabaran seterusnya! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

21/07/2026

Percaya pada kemampuan diri sendiri dan rakan sepasukan. Ayuh bangkit SRITITAS FC & Netball Team ! โšฝ๐Ÿ€๐Ÿ’ช๐Ÿป

Jangan gentar dan pantang menyerah. Terus berani mara ke hadapan. โœŠ๐Ÿป

โ€œBiarkan peluh dan air mata menjadi saksi perjuangan kita hari ini!โ€

Esok (22 Julai 2026), akan berlangsung Perlawanan Bola Sepak dan Bola Jaring bagi Kejohanan dan Olahraga SRITI Negeri Kedah (KESUGA).

Doakan kejayaan buat pasukan bola sepak dan pasukan bola jaring kami naa ๐Ÿ˜Š

Jazakumullahu Khairan Khatira ๐ŸŒธ

20/07/2026

Penggunaan minyak terapi sangat membantu melegakan masalah seperti lenguh sendi, kebas-kebas, angin dalam badan, ketegangan otot secara tradisional dan banyak lagi manfaat.

Minyak Terapi Abu Uwais adalah solusinya ๐Ÿ˜Š

20/07/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas segala limpah kurnia dan rahmat-Nya.

Pihak pengurusan sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Muhamad Uzair selaku CEO Terapi Abu Uwais di atas sumbangan tajaan baju sukan untuk pasukan bola sepak dan bola jaring.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah murid-murid apabila menerima baju baharu. Sumbangan ini amat bermakna dalam menyuntik semangat kesukanan dalam kalangan murid dan meringankan beban kewangan pihak sekolah dan ibu bapa. Kami berdoa agar pihak tuan dikurniakan rezeki yang melimpah. Aameen Ya Mujib ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan amat kami hargai dan ini membuktikan keprihatinan tuan terhadap pembangunan sukan peringkat akar umbi.
Semoga ukhuwah antara pihak sekolah dan penaja terus berkekalan serta dalam redhaNya. ๐ŸŒธ

Jazakumullahu Khairan Khatira. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa baik pihak tuan.๐Ÿคฒ๐Ÿป

16/07/2026

๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐Ÿฐ | ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ต (๐— ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ฎ & ๐— ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐˜€)

Tahniah kepada anak-anak murid yang mendapat tempat pertama hingga kesepuluh. โœจ

Address

KM 12. 5 Jalan DATUK KUMBAR
Alor Setar
05350

Telephone

+60134286944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Tahfiz At-Taklimiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Tahfiz At-Taklimiah:

Shortcuts

Share