KEDAH Digital Centre

KEDAH Digital Centre

Share

At KDC , we Meneraju Komuniti Digital!

Kedah Digital Centre (KDC) is an digital & innovation hub that lead the community in Kedah, especially students and young people, learn and grow in the digital world.

06/05/2026

πŸ” ULANG SIAR!
JANGAN TERLEPAS! PENYERTAAN MASIH DIBUKA

JOM SERTAI BENGKEL ROBOTIK ARDUINO! πŸ€–
Anak anda minat teknologi? Inilah peluang terbaik untuk belajar asas robotik & pengaturcaraan secara hands-on!
πŸ“š Apa yang akan dipelajari:
β€’ Asas Pemprograman
β€’ Elektronik & Komponen
β€’ Sensor & Aktuator
β€’ Projek Robotik
πŸ“… Tarikh: Setiap Jumaat (10 minggu) bermula 15 Mei 2026
(Tertakluk kepada perubahan semasa)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Kulim (KHTP Experience Centre , KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park)
πŸ‘¦ Terbuka untuk umur: 9 – 12 tahun
🎯 Tempat adalah TERHAD!

πŸ“² Daftar sekarang : (sebelum atau pada 12 Mei 2026)
https://forms.gle/Y1mTtVba4fieadkm8

πŸ“ž 019-5692614 (Hanif)
πŸ“ž 019-5139970 (Khairul)
Jangan lepaskan peluang untuk anak anda bina robot sendiri & kuasai kemahiran masa depan!

Photos from KEDAH Digital Centre's post 05/05/2026

PROGRAM LAWATAN TEKNOLOGI DIGITAL KE KHTP XPERIENCE CENTRE DAN BENGKEL DIGITAL

4–5 MEI 2026 | KDC, Kulim Hi-Tech Park

Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu (Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan) dengan kerjasama Kedah Digital Centre (KDC) telah menganjurkan Program Lawatan Teknologi Digital dan Bengkel Digital Animasi yang melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kulim Bandar Baharu. Program ini disertai oleh 10 buah sekolah dengan penyertaan seramai 30 orang murid dan 10 orang guru.

Lawatan ke KHTP Xperience Centre (KXR) memberi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam memahami teknologi semasa. Peserta turut diberi peluang untuk mencuba serta menggunakan peralatan digital yang disediakan, di samping memperoleh maklumat terkini berkaitan Kulim Hi-Tech Park.

Selain itu, bengkel digital animasi memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas animasi, termasuk penggunaan perisian serta teknik penghasilan visual yang menarik serta kreatif.


Photos from KEDAH Digital Centre's post 29/04/2026

BENGKEL ROBOTIK PENGENALAN KEPADA ARDUINO

29 April 2026 | KDC Kulim Hi-Tech Park

Kedah Digital Centre (KDC) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu telah menganjurkan Bengkel Robotik yang melibatkan 5 buah sekolah, dengan penyertaan seramai 20 orang murid dan 6 orang guru.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada bidang robotik di samping meningkatkan minat serta kemahiran peserta dalam teknologi dan inovasi. Diharapkan program seperti ini mampu melahirkan generasi celik STEM serta terus menarik minat pelajar untuk menceburi bidang tersebut.

Pada kesempatan itu juga, para peserta telah dibawa melawat KHTP Experience Centre (KXR) bagi memberi pendedahan secara langsung terhadap teknologi terkini serta mendapat informasi terkini mengenai Kulim Hi-Tec Park.


Photos from KEDAH Digital Centre's post 28/04/2026

LIBAT URUS BERSAMA TALENTCORP PENANG OFFICE

28 April 2026 | TalentCorp Penang Office

Kedah Digital Centre (KDC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan TalentCorp atas kesudian mengadakan sesi libat urus serta perkongsian berkaitan inisiatif yang dilaksanakan.

Sesi ini turut membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik, khususnya dalam merancang dan melaksanakan program bersama yang berimpak kepada pembangunan bakat.


Photos from Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)'s post 27/04/2026
26/04/2026

BENGKEL INTERAKTIF: DALAMI DUNIA AI
Ingin kenal dan teroka dunia Kecerdasan Buatan (AI) dengan cara yang menyeronokkan? Jom sertai bengkel interaktif khas untuk anda!
✨ Apa yang anda akan dapat?
πŸ”Ή Belajar asas AI secara santai & mudah faham
πŸ”Ή Teroka teknologi masa depan
πŸ”Ή Cipta idea & projek kreatif
πŸ”Ή Kongsi pengalaman bersama rakan

πŸ“Œ Butiran Program:
πŸ—“ Tarikh: 15 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: KHTP Experience Centre @ Kulim Hi-Tech Park, Kulim

πŸ‘¦ Terbuka kepada peserta umur 11 – 18 tahun
πŸ’° Yuran Penyertaan Berpatutan
⚠️ Tempat adalah TERHAD!
πŸ“… Daftar sebelum atau pada 13 Mei 2026

πŸ‘‰ Daftar sekarang:
https://forms.gle/F3Ba5sTKd9CzhxWBA
πŸ“² Untuk maklumat lanjut:
πŸ“ž 019-5692614 (Hanif)
πŸ“ž 019-5139970 (Khairul)
🌟 Teroka. Cipta. Inovasi. Impak.

24/04/2026

JOM SERTAI BENGKEL ROBOTIK ARDUINO! πŸ€–
Anak anda minat teknologi? Inilah peluang terbaik untuk belajar asas robotik & pengaturcaraan secara hands-on!
πŸ“š Apa yang akan dipelajari:
β€’ Asas Pemprograman
β€’ Elektronik & Komponen
β€’ Sensor & Aktuator
β€’ Projek Robotik
πŸ“… Tarikh: Setiap Jumaat (10 minggu) bermula 8 Mei 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Kulim (KHTP Experience Centre , KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park)
πŸ‘¦ Terbuka untuk umur: 9 – 12 tahun
🎯 Tempat adalah TERHAD!
πŸ“² Daftar sekarang :
https://forms.gle/Y1mTtVba4fieadkm8
πŸ“ž 019-5692614 (Hanif)
πŸ“ž 019-5139970 (Khairul)
Jangan lepaskan peluang untuk anak anda bina robot sendiri & kuasai kemahiran masa depan!

10/04/2026

Jom Digital bersama KEDAH Digital Centre

Photos from KEDAH Digital Centre's post 10/04/2026

Langkah awal ke arah sesuatu yang lebih besar akan berlaku.

Perbincangan dua hala antara MDEC dan Kedah Digital Centre telah membuka ruang kepada satu projek strategik baharu di Kulim Hi-Tech Park yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem sains, teknologi, digital dan inovasi dan menyokong eko-sistem di KHTP.

Ini bukan sekadar projek biasa… tetapi satu inisiatif yang berpotensi memberi impak besar kepada masa depan digital Kedah amnya dan KHTP khasnya ke arah pembudayaan STI dan pengukuhan modal insan.

Nantikan pengumuman rasmi menjelang Q3 2026!!



27/03/2026

πˆπŠπ‹π€π 𝐏𝐑𝐀-πŠπ„π‹π€π˜π€πŠπ€π πŠπŽππ“π‘π€πŠπ“πŽπ‘ ππ€π†πˆ 𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŒπ„π‘π„πŠπ€ππ„ππ“π”πŠ, πŒπ„πŒππˆππ€ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π”ππ€π‡π’π”π€πˆ 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 πŠπ€π…π„π“π„π‘πˆπ€ 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 π†πˆπŒππ€π’πˆπ”πŒ πƒπˆ πŠπŽπŒππ‹π„πŠπ’ π’π”πŠπ€π πŠπ”π‹πˆπŒ π‡πˆ-𝐓𝐄𝐂𝐇 ππ€π‘πŠ (πŠπ‡π“π) ππ€π†πˆ ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π πŠπ„πƒπ€π‡ π’π‚πˆπ„ππ‚π„ 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (πŠπ’π‚)

Tempoh pengiklanan : Sehingga 9 April 2026 (Jam 12.00 tengah hari)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Perolehan KTPC di talian 04-403 2420.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Berhati-hati di jalanraya.

Nantikan program terbaru dari KDC selepas Aidilfitri nanti..


Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Alor Setar

Opening Hours

Monday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Tuesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Wednesday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Thursday 08:30 - 13:00
14:00 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30