Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah

Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah Laman Facebook Rasmi Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Kampung Tok Keling.

Tarbiyah MTK adalah ke arah pencapaian ilmu dan penghayatan Islam berdasarkan Al Quran dan As-Sunnah. Ianya bagi membentuk keperibadian mukmin yang soleh / solehah dan bagi melahirkan satu generasi Muttaqin yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran semasa demi membangunkan diri, masyarakat dan negara demi mencari keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

23/08/2026
19/08/2026

Latihan Asas kawad kaki dan pertolongan cemas unit beruniform MTK
KASPA , KRS dan PPIM.

Latihan Asas kawad kaki dan pertolongan cemas unit beruniform MTKKASPA ..KRS dan PPIM.Ucapan terima kasih  juga kpd pega...
19/08/2026

Latihan Asas kawad kaki dan pertolongan cemas unit beruniform MTK
KASPA ..KRS dan PPIM.

Ucapan terima kasih juga kpd pegawai yg terlibat:-

*3 X JURULATIH KAWAD KAKI*:

1. 1170881 Sjn Mohd Imran bin Md Noor

2. 1195835 Kpl Mohd Izham Nur Faiz bin Mustafa

3. 1180816 Kpl Muhammad Shazrul Azraf bin Yaacob

*JURULATIH PERTOLONGAN CEMAS*

4. 1186967 Kpl Mohamad Shah Syzanee Bin Md Rodzi

5. 1203387 kpl Muhammad Badrul Ali bin Josmani

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan penuh rasa dukacita, pihak pengurusan, para guru dan seluruh warga Mad...
07/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Dengan penuh rasa dukacita, pihak pengurusan, para guru dan seluruh warga Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Mustaqim, pelajar Tingkatan 5 Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah, atas pemergian insan yang disayangi.

Kami mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan Allahyarham, menerima segala amal solehnya, melapangkan dan menerangi kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan para solihin dan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan kepada Allah SWT jualah kita semua akan kembali.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Al-Fatihah.
Daripada:
Pihak Pengurusan, Guru-Guru dan Seluruh Warga
Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah

06/08/2026

Alhamdulillah, Majlis Jaya Waris Madrasah At-Taklimiah Al Khairiah telah berlangsung dengan lancar dalam suasana penuh harmoni dan ukhuwah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ibu bapa dan waris yang sudi meluangkan masa untuk hadir, memberikan sokongan serta bekerjasama demi kecemerlangan anak-anak.

Semoga hubungan erat antara pihak madrasah dan para waris terus diperkukuhkan, sekali gus melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia dan berjaya di dunia serta akhirat.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita. 🤲

14 Julai 2026 | SelasaAlhamdulillah..seramai 28 orang pelajar dari Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah telah hadir bagi se...
14/07/2026

14 Julai 2026 | Selasa

Alhamdulillah..seramai 28 orang pelajar dari Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah telah hadir bagi sesi pendaftaran kemasukan ke Program Tahfiz TVET @ Kolej KEDA 5.0, S*k.

Semoga para pelajar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan semangat dan istiqamah dalam menuntut ilmu, serta berjaya melahirkan generasi yang berkemahiran, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar. Terima kasih kepada ibu bapa serta pihak madrasah atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan.

.0

KURSUS PENGURUSAN KEWANGANSekolah Agama Rakyat Negeri Kedah Darul AmanAlhamdulillah, pada hari ini pihak Madrasah At-Tak...
14/07/2026

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN
Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah Darul Aman

Alhamdulillah, pada hari ini pihak Madrasah At-Taklimiah Al Khairiah turut menghantar Pegawai Kewangan untuk menghadiri Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah dengan kerjasama HESA Kedah.

Penyertaan ini merupakan satu usaha memperkukuh pengurusan kewangan madrasah agar sentiasa lebih cekap, telus dan berintegriti. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi meningkatkan mutu pentadbiran serta memberi manfaat kepada madrasah.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

Address

Kampung Tok Keling, Mukim Derga
Alor Setar
05400

Telephone

+60194726944

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Madrasah At-Taklimiah Al-Khairiah:

Shortcuts

Share

Category