Bright Buds Kids- Alor Setar

Bright Buds Kids- Alor Setar

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bright Buds Kids- Alor Setar, Alor Setar.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

LATAR BELAKANG TADIKA ANNUR MUSAR

Tadika ANNUR MUSAR telah ditubuhkan pada tahun 2018.Ditubuhkan oleh sepasang suami isteri iaitu Ustaz Ammar bin Rothman dan isterinya Puan Nur Musyriqoh binti Masri atau lebih dikenali sebagai “Teacher Musy” yang juga merupakan pengusaha tadika ini. Tadika ini terletak di 1416, Taman Sultan Badlishah, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah. Kedudukan tadika ini yang berada dikawasan deretan perumahan berdekatan dengan pusat bandar menjadikan tadika ini terkenal dikawasan tersebut. Selain itu, tadika ini juga menyediakan perkhidmatan Transit sekolah rendah dan Pengajian Al-Quran.

Tadika ini merupakan hak milik persendirian sepasang suami isteri ini. Terdapat dua orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh seorang pembantu guru . Kesemua guru di tadika ini mempunyai kelulusan yang cemerlang di mana mempunyai ijazah Sarjana Muda Pendidikkan Awal Kanak-kanak selain mempunyai ilmu dan pengalaman di dalam bidang agama dan kanak-kanak. Tadika ini beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari. Di samping itu, terdapat juga pakej penjagaan kanak-kanak selepas waktu belajar daripada pukul 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Tadika ini dikenali sebagai Tadika Islam (Islamic Kindergarten) yang mana merupakan tadika yang menggabungkan bidang akademik dan juga agama bagi kanak-kanak yang berumur 4, 5, dan 6 tahun. Pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama dalam bentuk agama, akademik, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan bersemangat serta berpengetahuan luas.Tadika ini sangat mementingkan kaedah cepat membaca kepada anak-anak seawal 4tahun. Selain itu Tadika ini juga menerapkan Bahasa Inggeris dalam setiap sesi pembelajaran. Tadika ini juga berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut Islam di mana subjek Pendidikan Islam dan juga penekanan dari segi fardu ain diterapkan selain murid-murid juga dilatih untuk mendirikan solat sunat Dhuha secara berjemaah pada setiap hari. Selain itu, mereka juga turut diajar membaca dan menghafal doa-doa harian seperti doa bangun tidur, doa makan, doa menimba ilmu dan sebagainya.

Tambahan p**a, subjek Bahasa Arab dan Pendidikan Jawi turut terkandung di dalam silibus pelajaran agar mereka dapat memahami dan mempelajari bahasa syurga ini iaitu Bahasa Arab selain memartabatkan tulisan Jawi yang merupakan warisan bangsa yang tertua di Malaysia ini. Murid-murid di sini juga turut diajar membaca dan menghafal surah-surah pendek yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran. Sesungguhnya, anak-anak yang soleh akan melahirkan generasi yang cemerlang.Penubuhan tadika berasaskan konsep Islamic Kindergarten ini adalah atas dasar ingin melahirkan generasi anak-anak yang mempunyai pendidikan yang cemerlang dari segi akhlak dan agama, akademik, sakhsiah, di samping tidak mengabaikan dari sudut rohani dan jasmani mereka.

Location

Telephone

Website

Address


Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 07:15 - 18:00
Tuesday 07:15 - 18:00
Wednesday 07:15 - 18:00
Thursday 07:15 - 18:00
Sunday 07:15 - 18:00