SEJARAH SEKOLAH Pelajar ketika itu berjumlah 339 oang dan guru seramai 16 orang. Pada tahun 1980 surau berharga RM53000 tersergam indah. TOKOH SEKOLAH
YAB.
ada tahun 1968–1972, Sekolah Kebangsaan Inggeris Darulaman menumpang di sekolah ini pada sebelah petang. Pada 20 Februari 1969 ,terpahat nama Sekolah Menengah Dato Syed Omar bersempena dengan nama Menteri Besar Kedah yang pertama. Pada tahun 1971 ,bangunan tambahan untuk Sains Tulen ,Perpustakaan dan Bengkel Seni Perusahaan didirikan .Tahun 1972,pelajar perempuan tingkatan 4 pertama kali diterima, mula menerima pelajar Yayasan Sabah/Sarawak dan dibuka kelas Tingkatan 6 Sastera. Pada 30 April 1972, perasmian disempurnakan oleh YAB Dato Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj dan asrama lelaki siap dibina. Pada tahun 1995, asrama puteri mula menerima penghuni dan bangunan Tingkatan 6 siap dibina. DATO’ SYED OMAR BIN SYED SHAHABUDIN
(DATO’ SERI MAHA WANGSA)
Dato’ Syed Omar Shahbudin dilahirkan di Alor setar pada tanggal 6 Julai 1902. Beliau mendapat pendidikan di Penang Free School, Pulau Pinang dan melanjutkan prlajaran di Universiti Hong Kong. Beliau telah berkahwin dengan YTM Datin Tunku Aminah binti Al Marhum Sultan Abdul Hamid dan dikurniakan seramai 13 orang anak. Pada 12 Jun 1929, beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Pada 17 November 1954 mula menceburi di bidang politik. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ketua Perikatan Negeri Kedah, Pengerusi Kedah State Alliance, Pengerusi Aminah English School dan Presiden UMNO Kedah. Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ketiga pada 24 Mei 1959 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dibuat selepas pilihan raya tahun berkenaan. Dalam tahun 1964, beliau berjaya mengetuai Parti Perikatan memenangi semua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Jawatan Menteri Besar terus disandang oleh beliau sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Sewaktu pentadbiran, Allahyarham Dato Syed Omar telah melaksanakan projek Rancangan Pengairan Sungai Muda yang menelan belanja sebanyak lebih daripada RM200 juta. Beberapa jalan raya telah dibina seperti dari Alor Setar ke Perlis. Dalam usaha meninggikan taraf ekonomi bumiputera, beliau telah berjaya menubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Beliau telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 7 Disember 1967. Sepanjang beliau bertugas beberapa anugerah telah diterima seperti gelaran Dato Seri Mahawangsa oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 1959, bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1958 dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 1964. FALSAFAH SEKOLAH
P
elajar-pelajar SMKDSO adalah berpotensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya, kami guru-guru berkewajipan untuk berusaha sedaya upaya memberi peluang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk mengembangkan inteleknya bagi melahirkan manusia berilmu dan bertakwa mengenal diri, patuh dan bertanggungjawab. SENARAI PENGETUA
1965 - 1966
:
Encik Salleh bin Ibrahim
(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Derga)
1966 - 1967
:
Encik Zainal Abidin bin Hj Zakaria
1967 - 1969
:
Encik Jamal Din bin Najar Din
1969 - 1971
:
Encik Ahmad bin Dahaman (P)
1972 - 1978
:
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad
1978
:
Encik Zakaria bin Long (P)
1978
:
Encik Abdul Wahab bin Abd Ghani
1979 - 1980
:
Encik Zakaria bin Long
1981 - 1982
:
Encik Ahmad bin Othman
1983
:
Puan Noraini binti Mahmud
1983
:
Encik Radzi bin Haji Hamid
1983 - 1986
:
Encik Abdul Manaf bin Ahmad
1986 - 1988
:
Tuan Haji Hassan bin Hashim
1988 – 1990
:
Puan Embun binti Ali
1990 – 1992
:
Encik Shuib bin Husain, BCK
1992 - 1994
:
Tuan Hj.Zakaria bin Hj Ismail BCK
1995 - 1999
:
Tuan Hj Ismail bin Hj Din
1999 - Sekarang
:
Puan Siti Aishah binti Jasin
LAGU SEKOLAH
BAKTI JASA
Kami semua pelajar,
Sekolah Dato' Syed Omar
Bertekun dan berusaha,
Mendukung segala cita,
Kami harapan pertiwi
Sanggup sedia berbakti
Tunaikan segaja janji,
Dengan cekal dan berani. Bersatu bergading bahu,
Kukuhkan semangat waja
Menjadi hasrat bersama,
Mendaulatkan nusa bangsa. Pencipta: Encik Murt bin Zain
Mari bersatu tenaga,
Taburkan bakti jasa,
Membina hidup mulia
Bersendi Rukunnegara.