14/02/2026
Alhamdulillah, pada hari ini 14.2.2026 para pelajar telah menjalankan sedikit aktiviti mewarna sempena menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.
Melalui aktiviti ini, para pelajar turut didedahkan dengan pembelajaran niat berpuasa serta beberapa peringatan dan persediaan dalam menyambut bulan Ramadan. Mudah-mudahan dengan aktiviti serta perkongsian ringkas ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk bersama-sama menghayati dan meraikan kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini.
Di kesempatan ini, kami di pihak pengurusan Kelas Pengajian Al-Quran Al-Faqeh ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447H buat semua. Semoga Ramadan kali ini membawa seribu keberkatan, keampunan dan rahmat buat kita semua, insyaAllah. 🌙✨
Pergi ke pekan membeli kurma,
Singgah sebentar membeli roti;
Ramadan datang penuh rahmah,
Mari berpuasa ikhlas di hati.
Anak kecil riang mewarna,
Warna dipilih cantik berseri;
Ramadan hadir menjemput kita,
Perbanyak amal sucikan diri.