SRITI Darul Ulum, Alor Setar

SRITI Darul Ulum, Alor Setar SRI Darul Ulum (SRIDU) ditubuhkan sejak 1989, kini dijenamakan semula dgn SRITI Darul Ulum,Alor Setar

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU ) di tubuhkan pada tahun 1989, oleh beberapa orang anak muda yang cintakan kepada pendidikan Islam yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Najib Fahami bin Haji Yahaya, anak kepada Tuan Guru Hj Yahaya bin Junid. Sekolah SRIDU bermula dengan 17 orang pelajar, menumpang di sebuah bangunan secara sementara di Km 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah Darul

Aman. Setelah perkembangan SRIDU semakin pesat dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai, pihak Lembaga Tadbir SRIDU telah mengambil keputusan berpindah ke sebuah bangunan sementara yang lebih besar sejauh 3 km dari tempat asal pada tahun 1993 iaitu di Jalan Telok Bagan,Batu 3,Tandop. Di samping itu pihak Lembaga Tadbir telah membeli tanah No Geran 8711, Lot No. 641 Mukim Pengkalan Kundor, Daerah Kota Setar, seluas 2 ½ relong.

💥🔥Debaran makin dirasai🔥💥Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Islam Kedah( KEJORA) Peringkat zon utara.
20/08/2026

💥🔥Debaran makin dirasai🔥💥

Kejohanan Olahraga Sekolah-sekolah Rendah Islam Kedah( KEJORA) Peringkat zon utara.

PERHATIAN kepada para penyumbang yang budiman‼️Jika ingin berkongsi rezeki, bolehlah tunaikan infaq tuan/puan ke akaun S...
04/08/2026

PERHATIAN kepada para penyumbang yang budiman‼️

Jika ingin berkongsi rezeki, bolehlah tunaikan infaq tuan/puan ke akaun SRITI Darul Ulum, Alor Setar ..

'Banyak tanda ada, sedikit tanda ingat'🤝🤲


02/08/2026

🇲🇾 PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾

📅 2 Ogos 2026 | Ahad

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat SRITI Darul Ulum dengan penuh semangat patriotisme dan rasa syukur.

Bulan Kemerdekaan menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan agama, bangsa dan negara dalam kalangan warga sekolah. Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957, hasil usaha gigih para pemimpin dan pejuang tanah air yang berjuang demi kebebasan serta kedaulatan negara.

Semoga anak-anak SRITIDU menghayati erti kemerdekaan yang dapat melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak mulia, menghargai jasa para pejuang serta beriltizam untuk terus memelihara keamanan dan kemakmuran negara.

"Merdeka itu bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas membina jati diri, akhlak dan masa depan yang gemilang."

Perasmian dan pelancaran disempurnakan oleh Yg.Berusaha Guru Besar SRITI Darul Ulum, Alor Setar , Ustazah Zalikha bt Md Noh.

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026.
🇲🇾 🇲🇾

Majlis Penutup Bulan Panitia BAHASA 2026 & Bulan Panitia Elektif 2026Tahniah kepada pelajar yang telah menyertai pertand...
30/07/2026

Majlis Penutup Bulan Panitia BAHASA 2026 & Bulan Panitia Elektif 2026

Tahniah kepada pelajar yang telah menyertai pertandingan dan berjaya mendapat tempat dalam acara yang dipertandingkan sepanjang Bulan Bahasa dan Elektif..



TAHNIAH & SYABAS! 🏆Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada kontinjen SRITI Darul Ulum atas kejayaan cemerlang d...
26/07/2026

TAHNIAH & SYABAS! 🏆

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada kontinjen SRITI Darul Ulum atas kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Boling anjuran JPDPPNK yang berlangsung pada:

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Aman Central

Sebanyak 12 pasukan berentap dan beraksi.

Pencapaian yang membanggakan:
🥇 Johan – Kategori Guru Wanita
🥉 Tempat Ketiga – Kategori Guru Lelaki
🏆 Johan Keseluruhan Pertandingan

Di samping mengejar kejayaan, pertandingan ini juga dapat memperkukuhkanbdan mengeratkan hubungan di kalangan peserta.

Semoga terus membina semangat💪👏

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SRITI DARUL ULUM SESI 2027 KINI DIBUKA! 🎉🌟 Berikan anak anda permulaan pendidikan yang terbai...
22/07/2026

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SRITI DARUL ULUM SESI 2027 KINI DIBUKA! 🎉

🌟 Berikan anak anda permulaan pendidikan yang terbaik dalam suasana Islamik, kondusif dan berkualiti di SRITI Darul Ulum.

📚 Kemasukan dibuka untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun.

✅ Syarat Kemasukan Murid 6 Tahun:
• Menguasai asas 3M (Membaca, Menulis & Mengira)

Mengapa memilih SRITI Darul Ulum?
✨ Pendidikan berteras Islam
👨‍🏫 Guru-guru berkelayakan & berpengalaman
🏫 Persekitaran sekolah yang kondusif
🤝 Pembentukan sahsiah, akhlak dan kecemerlangan akademik

📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau hadir terus ke sekolah.

📞 Hubungi kami:
04-771 5639 (Pejabat)

📍 Alamat:
Jalan Teluk Bagan, Batu 3 Tandop,
05400 Alor Setar, Kedah.

🌱 Tempat adalah terhad. Daftar segera dan jadilah sebahagian daripada keluarga besar SRITI Darul Ulum!

20/07/2026

Gimik perasmian Bulan Panitia Elektif 2026 oleh Puan Guru Besar, Ustazah Zalikha bt Md Noh.

Bukan biasa-biasa😁💪👏

19/07/2026

KESUGA MENYALA

Terima Kasih YB hadir merasmikan Mesyuarat Agung JIBG SRITI Darul Ulum, Alor Setar
17/07/2026

Terima Kasih YB hadir merasmikan Mesyuarat Agung JIBG SRITI Darul Ulum, Alor Setar

Address

Alor Setar
05400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Darul Ulum, Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Darul Ulum, Alor Setar:

Shortcuts

Share

Category