Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Sekolah Rendah Islam Alor Setar Pembentukan Insan Soleh

Mak Ayah, jangan tunggu anak makin tertinggal baru nak mula.Kadang-kadang bukan anak tak pandai.Dia cuma perlukan cara b...
20/08/2026

Mak Ayah, jangan tunggu anak makin tertinggal baru nak mula.

Kadang-kadang bukan anak tak pandai.

Dia cuma perlukan cara belajar yang lebih mudah, santai dan tak buat dia rasa macam sedang kena paksa belajar.

Bayangkan lepas Maghrib, ambil 15 minit je.

Duduk sebelah anak. Buka NotaKAFA.
Mulakan dengan aktiviti yang menarik, dengar lagu hafazan, tengok cerita pendek, kemudian buat kuiz.

Tak perlu sejam. Tak perlu marah-marah.

Sedikit, tapi konsisten.

Bila anak mula cakap,
“Eh, yang ni saya ingat!”

Itulah perubahan kecil yang kita nak.

Sebab silibus KAFA bukan sikit. Jawi, hafazan, doa, akidah, ibadah dan macam-macam lagi.

Kalau ada bahan yang boleh bantu anak belajar dengan lebih mudah di rumah, jangan tunggu sampai dekat peperiksaan baru nak cari.

Mulakan sekarang, 15–20 minit sehari pun dah cukup untuk bina rutin.

NotaKAFA boleh jadi teman belajar anak di rumah.

Klik link di komen untuk dapatkan NotaKAFA sekarang. Biar belajar sikit-sikit, daripada kelam-kabut bila dah dekat exam.

20/08/2026

Jom aminkan Bacaan Doa pulang harian setiap hari persekolahan

20/08/2026

Anak susah nak fokus KAFA/UPKK?

Tak perlu paksa lama-lama. 15 minit sehari pun boleh mula.

NotaKAFA bantu anak belajar dengan cara lebih santai, menarik & mudah ulang kaji.

Jangan tunggu exam baru nak mula. Dapatkan NotaKAFA sekarang!
Link di Komen pertama

HARINYA SEMAKIN HAMPIR!Tuan-tuan dan puan-puan,Tak lama lagi kita akan berkumpul dalam HARI KELUARGA BAKA SERIAS 2026!Ha...
18/08/2026

HARINYA SEMAKIN HAMPIR!

Tuan-tuan dan puan-puan,

Tak lama lagi kita akan berkumpul dalam HARI KELUARGA BAKA SERIAS 2026!

Hari Keluarga ini bukan sekadar tentang aktiviti, bukan sekadar tentang berjalan bersama atau memenangi hadiah.

Kita mahu saling mengenali.
Kita mahu beramah mesra.
Kita mahu mengeratkan silaturahim.
Kita mahu membina rasa bahawa kita semua adalah sebahagian daripada satu keluarga besar BAKA SERIAS.

Sebab itulah setiap aktiviti yang disediakan menjadi wadah untuk kita bertemu, bersembang, bergembira dan mencipta kenangan bersama.

FAMILY FUN WALK
Aktiviti utama kita kali ini Bersama Melangkah, Erat Silaturahim!

Dan bukan itu sahaja! Sepanjang hari nanti ada pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga:

Fun Games untuk anak-anak
Pertandingan Mewarna
Senamrobik yang boleh disertai bersama-sama
Bicara Santai perkongsian santai tentang isu keibubapaan
Gerai Jualan Makanan & Minuman
Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik
Reruai Penaja
Pemeriksaan Kesihatan

29 OGOS 2026 | SABTU
Sekolah Rendah Islam Alor Setar

Jadi, walaupun tuan puan tidak menyertai Family Fun Walk, tetaplah datang bersama keluarga. Banyak lagi aktiviti yang menanti!

Bawa anak-anak, jumpa sahabat-sahabat, kenali waris yang lain dan luangkan masa bersama.

Kerana akhirnya, yang paling kita mahu bawa pulang bukan sekadar hadiah…

tetapi kenangan, ukhuwah dan rasa kebersamaan.

Jom kita meriahkan Hari Keluarga BAKA SERIAS 2026!

Langkah bersama, ukhuwah selamanya.

P/s: Link DAFTAR ada di Komen 1st

17/08/2026

Jom Aminkan doa ini..Doa ini dibacakan setiap pagi waktu sekolah sebelum mula belajar

15/08/2026

WITH HEARTFELT APPRECIATION

Setulus penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih buat Raifat Apparel atas tajaan istimewa Baju Kontinjen SERIAS ke MISSAK 2026.

Bukan sekadar sehelai baju, tetapi sebuah identiti, kebanggaan dan semangat yang kami bawa bersama sepanjang perjuangan di pentas MISSAK 2026.

Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, menyuntik keyakinan dan menyatukan seluruh kontinjen dalam satu warna, satu semangat dan satu nama SERIAS.

We wore it with pride.
We carried the spirit of SERIAS.
And we will remember the kindness behind it.

RAIFAT APPAREL Thank you for being part of our MISSAK 2026 journey.

Alhamdulillah… Rezeki Team ECOSTRAWBLOCKBukan dapat pinggan, bukan dapat mangkuk… tapi dapat SILVER MEDALTahniah buat:TS...
13/08/2026

Alhamdulillah… Rezeki Team ECOSTRAWBLOCK

Bukan dapat pinggan, bukan dapat mangkuk… tapi dapat SILVER MEDAL

Tahniah buat:
TS Azimah Binti Ismail
Nur Suhaina Binti Romli
Muhammad Ammar Bin Ahmad Johari
Muhammad Rizqi Bin Rostam
Muhamad Alfateh Bin Mohamad Faiz Farhan

atas kejayaan dalam TVET Pitching
ECOSTRAWBLOCK di iCompEx 2026
11–13 Ogos 2026
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Daripada idea, usaha, pitching sampai naik pentas… akhirnya buah tangan balik dengan medal. Alhamdulillah!
Orang kata “usaha tangga kejayaan.”

Yang penting tangga tu jangan berhenti di tingkat Silver… Insya-Allah kita panjat sampai Gold

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus mencipta, berinovasi dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Alhamdulillah atas rezeki ini. Tahniah Team ECOSTRAWBLOCK

Doa kita mudah-mudahan ilmu yang dipelajari menjadi ilmu yang bermanfaat, amal yang berterusan dan kejayaan yang diberkati Allah.

11/08/2026

SERIAS SEMESTI DAN SERIAM bersama menjadi TUAN RUMAH MISSAK KALI KE-26 TAHUN 2028!

Insya-Allah, kami sambut amanah ini dengan penuh tekad dan kesungguhan.
Kita jumpa di Kedah 2028!

SYABAS & TAHNIAH TEAM SERIAS! Alhamdulillah… dari Kedah pi Johor bukan bawa rombongan jalan-jalan semata-mata. Pi dengan...
11/08/2026

SYABAS & TAHNIAH TEAM SERIAS!

Alhamdulillah… dari Kedah pi Johor bukan bawa rombongan jalan-jalan semata-mata.

Pi dengan matlamat, usaha dan doa… akhirnya balik dengan TEMPAT KETIGA!

Tahniah buat Kontinjen SERIAS atas kejayaan di Majlis Ihtifal Sukan Sekolah-Sekolah ABIM Kebangsaan [MISSAK] 2026 di UTM Johor.

Penat? Mestilah penat.
Mengantuk? Jangan cerita.
Tapi bila tengok hasilnya… penat tu terus jadi kenangan manis.

Yang paling penting, anak-anak belajar bahawa kejayaan bukan datang sebab kita hebat semata-mata.
Ada usaha, disiplin, kerjasama, doa dan tawakal kepada Allah SWT.

Terima kasih kepada semua guru, jurulatih, ibu ayah dan semua yang sentiasa mendoakan serta memberi sokongan kepada Team SERIAS.

Tempat ketiga hari ini, insya-Allah jadi langkah untuk lebih tinggi esok.

Tahniah anak-anak SERIAS!
SERIAS HEBAT!

Teruskan berusaha, jangan cepat puas hati…
Sebab pingat dah dapat, tapi selera nak menang lagi tu jangan bagi hilang.



10/08/2026

Alhamdulillah..Tempat Ke 3 keseluruhan pertandingan

Address

Km 5 Jalan Datuk Kumbar
Alor Setar
05300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Islam Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Islam Alor Setar:

Shortcuts

Share

Category