Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai

Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai Warga-warga SMK Tokai dan juga bekas-bekas pelajar SMK Tokai

🌸 Program Solat Hajat & Bacaan Yassin Perdana SPM 2025 🌸Alhamdulillah, Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana ber...
16/11/2025

🌸 Program Solat Hajat & Bacaan Yassin Perdana SPM 2025 🌸
Alhamdulillah, Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin Perdana bersama AJK PIBG, ibu bapa/waris serta penjaga calon SPM 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada:
πŸ“… 16 November 2025
⏰ 7.30 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Surau Nur Al-Hidayah, SMK Tokai
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir memberi sokongan dan memanjatkan doa untuk kejayaan anak-anak calon SPM 2025.
Semoga usaha dan doa yang dipanjatkan diberkati serta menjadi pemangkin kecemerlangan buat mereka. 🀲✨
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
β€œDoa yang dipohon bersama, membuka jalan kejayaan.”

10/09/2025

✨ Jemputan Terbuka ✨
SMK Tokai dengan sukacitanya menjemput semua warga setempat hadir memeriahkan Karnival Kokurikulum & Hari Keusahawanan 2025 πŸŽ‰
πŸ“… Tarikh: Khamis, 11 September 2025
πŸ“ Tempat: SMK Tokai
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Pelbagai aktiviti menarik, pameran dan jualan keusahawanan menanti anda. Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi karnival ini.

31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68
"Malaysia MADANI Rakyat Disantuni"

Program Jalinan Insan Wahana Jiwa Madani @ Kelab Malaysiaku Bersama Pejabat Penerangan Pendang AADK & PPD PEndangTarikh ...
28/07/2025

Program Jalinan Insan Wahana Jiwa Madani @ Kelab Malaysiaku Bersama Pejabat Penerangan Pendang AADK & PPD PEndang
Tarikh :2 Julai 2025
Tempat : Surau Nur Al Hidayah

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN TOKAITARIKH : 26 JUN 2025TETAMU UTAMA : YBhg. Dato' Suraya binti Yaacob, DSDK., PJN., SDK...
19/07/2025

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN TOKAI
TARIKH : 26 JUN 2025
TETAMU UTAMA : YBhg. Dato' Suraya binti Yaacob, DSDK., PJN., SDK., BKM., JP.
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SMK TOKAI

PROGRAM KERJAYA BERSAMA SLCTARIKH : 18 JUN 2025MASA : 11.00 PAGITEMPAT : SURAU NUR AL HIDAYAH SMK TOKAIPELAJAR YANG TERL...
19/07/2025

PROGRAM KERJAYA BERSAMA SLC
TARIKH : 18 JUN 2025
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : SURAU NUR AL HIDAYAH SMK TOKAI
PELAJAR YANG TERLIBAT : 4SC, 4SAS2(LELAKI) & 3M (LELAKI)

09/07/2025
🌟TAHNIAH!🌟SMK Tokai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Muhammad Hadif Haqim bin Mat Zafri atas pencapaian ...
21/06/2025

🌟TAHNIAH!🌟
SMK Tokai merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Muhammad Hadif Haqim bin Mat Zafri atas pencapaian tempat kedua dalam Kejohanan Memanah Daerah Pendang Tahun 2025 yang telah berlangsung pada 15 hingga 17 Jun 2025 bertempat di Padang SK Tunku Intan Safinaz.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Hadif atas usaha gigih yang ditunjukkan. Semoga terus berjaya dalam kejohanan akan datang!

TOP
🏹πŸ₯ˆβœ¨

πŸ… Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlet SMK Tokai yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga...
01/06/2025

πŸ… Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlet SMK Tokai yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Pendang ke-16 tahun 2025 dengan pencapaian cemerlang meraih: πŸ†
πŸ₯‡ Pingat Emas
β€’ Lontar Peluru 18L – Muhammad Dzulkarnain Muhammad Nor
β€’ Lempar Cakera 18L – Muhammad Dzulkarnain Muhammad Nur
β€’ Lompat Tinggi 15P – Nurul Husna Zulkifli
πŸ₯ˆ Pingat Perak
β€’ 400M 18L – Muhammad Haikal Mohd Faizal
β€’ 400M 18P – Nur Amira Batrisya
β€’ Merejam Lembing 18P – Nur Haninda Aulia
πŸ₯‰ Pingat Gangsa
β€’ Merejam Lembing 15L – Muhammad Danish Mohamad Yasir
β€’ 800M 18P – Nur Amira Batrisya
β€’ Merejam Lembing 18L – Muhammad Dzulkarnain
β€’ 4 x 400M 18L (berpasukan)
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih atlet, bimbingan jurulatih, serta sokongan warga sekolah. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

🌟 TAHNIAH BAKAT MUDA KHAT SMK TOKAI! 🌟Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar SMK Tokai yang telah mengharum...
31/05/2025

🌟 TAHNIAH BAKAT MUDA KHAT SMK TOKAI! 🌟
Sekalung tahniah diucapkan kepada dua orang pelajar SMK Tokai yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Khat peringkat daerah yang telah berlangsung pada 27 Mei 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku Intan Safinaz.
πŸ† PEMENANG:
1. Noor Asyifa binti Ahmad Shahabudin
Kelas: 4 SASKEM 1
πŸ₯‡ Tempat Pertama (Kategori Perempuan)

2. Muhammad Aliff Haikal bin Azhar
Kelas: 4 STEM A
πŸ₯ˆ Tempat Kedua (Kategori Lelaki)
✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada guru pembimbing, Ustaz Mohd Rizal bin Mohamad Saharan atas tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan sehingga membuahkan kejayaan cemerlang ini.
Syabas dan tahniah! Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada warga SMK Tokai untuk terus menyerlah dalam bidang seni khat dan warisan tulisan Jawi. πŸ‘πŸ–‹οΈπŸŒΏ




Address

Smk Tokai
Alor Setar
06660

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Menengah Kebangsaan Tokai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category