11/06/2024
𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐈𝐏𝐓 𝐋𝐮𝐚𝐫 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚‼️
𝙐𝙉𝙄𝙑𝙀𝙍𝙎𝙄𝙏𝘼𝙎 𝙄𝙎𝙇𝘼𝙈 𝙉𝙀𝙂𝙀𝙍𝙄 (𝙐𝙄𝙉) 𝙎𝙐𝙉𝘼𝙉 𝘼𝙈𝙋𝙀𝙇, 𝙎𝙐𝙍𝘼𝘽𝘼𝙔𝘼
Peluang Belajar di luar negara selepas SPM untuk Program Pengajian Islam di Universiti Luar Negara yang Terkemuka di Indonesia! Program ini adalah untuk pelajar yang ingin mengembangkan potensi dan kerjaya dalam bidang pilihan mereka.
Jimat Masa dan waktu, dari SPM terus Degree Tahun 1. Terdapat 3 fakulti yang boleh diceburi!
Yuran Pengajian adalah sangat Rendah.✅
Biasiswa juga disediakan bagi yang layak ✅
Jom daftar sekarang! Join kami untuk sesi penerangan percuma dan ketahui lebih lanjut tentang peluang melanjutkan pelajaran di luar negara ini. Jangan lepasakan peluang, hubungi kami hari ini!
𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐊𝐚𝐦𝐢:
Whatsapp : https://www.wasap.my/+601110786113/UINSA2024
25/05/2023
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 / 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇
Sekretariat Qurban Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia - Yamdah menyeru Tuan Puan Muslimin Muslimat untuk menyertai Program Ibadah Qurban 1444H. Kali ini kita mensasarkan agihan daging kepada lebih ramai peserta asnaf dan pelajar-pelajar Tahfiz dan Pondok terpilih pada tahun ini.
Sembelihan akan dilaksanakan pada hari Pertama dan akan dibuat agihan pada sebelah petangnya.
Beberapa rakan NGO akan bekerjasama dan menyertai proses agihan daging sehingga sampai kepada Asnaf sasaran.
Sila klik button Massanger atau tinggalkan mesej di ruang komen untuk tindakan dari pihak sekretariat.
Hubungi nombor tertera di poster di bawah untuk keterangan dan pendaftaran penyertaan.
☎️ 011-5508 4113
☎️ 011-1079 6113
20/03/2023
PROGRAM TAHLIL ARWAH SEMPENA RAMADHAN
Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia.
Kepada sesiapa berhajat untuk menghadiahkan Tahlil & Doa kepada arwah ibubapa/ ahli keluarga / saudara mara bersempena Bulan Ramadahan ini bolehlah mengisi borang di bawah :
Sila isi nama arwah di link ⤵️
https://forms.gle/NtatwV8CnUtwTRP4A
🔰 SUMBANGAN Infaq boleh disalurkan ke :
BANK ISLAM 02075010047645
MAYBNK 552068513838
CIMB ISLAMIC 8602808377
Yayasan Mujamma' Darul Hadis Malaysia
🔖Dialukan juga untuk sesiapa yang ingin menyumbang untuk jamuan Sahur, Iftor & moreh pelajar Asnaf dan Tahfiz.
📍 Sumbangan boleh berbentuk :
☑️ Wang Ringgit :
1 Sehari RM 1600.00 (Sahur, Iftor & moreh)
RM400 / 1 slot x 4 penyumbang
☑️ Makanan
☑️ Bahan Masakan
📌 Sumbangan ini merangkumi jamuan Sahur, Iftor dan moreh, serta baju raya untuk Pelajar Tahfiz yang merupakan Asnaf dan Anak Yatim.
📲Maklumat transaksi & pertanyaan juga boleh call @ whatsapp ke 011-20796113 atau 011-55084113
✍🏻Alamat Maahad :
Mujamma' Darul Hadis,
No. 36, Lorong Nyior Setali,
Taman Sultan Badlishah,
05050 Alor Setar,
Kedah.
Lokasi :
https://maps.app.goo.gl/7TjQXG6NoqmAf5Ff7
22/04/2022
WAQAF KARPET SURAU MADRASATUL HUDA
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌
YAYASAN MUJAMMA' DARUL HADIS MALAYSIA
Persiapan demi persiapan dilakukan bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba, justeru pihak pengurusan Mujamma' Darul Hadis di Surau Madrasatul Huda, Jalan Nyior Setali (Berhampiran Jalan Pegawai) Alor Setar, membuka peluang berwaqaf kepada semua muslimin muslimat yang inginkan pahala tidak putus-putus dengan menyediakan karpet baharu untuk ruangan solat yang akan menjadi tempat jemaah bersolat 5 waktu sehari semalam, solat taraweh berjemaah dan ruang pembelajaran al-Quran pelajar-pelajar dari Mujamma' Darul Hadis juga penduduk sekitar.
Bagi membuka ruang kepada semua untuk merebut pahala berwaqaf, harga serendah RM 15.00 sahaja bagi setiap kaki untuk 2600 kaki persegi surau ini.
Walau bagaimanapun, kita memerlukan kos keseluruhan sebanyak RM 39,000.00 bagi menjayakan projek menyediakan karpet baharu bagi ruang solat Surau Madrasatul Huda ini.
Semoga usaha kita Allah berkati.
Sumbangan bolehlah diserahkan, samada datang terus ke Surau Madrasatul Huda :
https://goo.gl/maps/xwM9sSNGEAQMkHSk9
atau menghubungi :
http://wasap.my/60124750113/Wakaf/
Sumbangan / infaq / waqaf / derma tuan-tuan bolehlah disalurkan kepada :
BANK ISLAM 02075010047645
Yayasan Mujamma Darul Hadis Malaysia
Ref: Waqaf Karpet
semoga Allah menerima waqaf kalian dan mengantikan dengan kediaman yang indah di Syurga nanti. Amiin
🖥️Website :
www.darulhadis.edu.my
02/04/2022
☆Tadabbur Kalamullah 30 Syaaban 1443H☆
شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.." [Surah Al-Baqarah 185]
bicara berkaitan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan bakal menjelma esok InsyaAllah. Ramadhan adalah bulan penuh barakah yang Allah kurniakan kepada hambanya. Ditawarkan dengan pelbagai tawaran pahala bagi sesiapa yang mentaatiNya dan memaksimumkan amal soleh disepanjang bulan mulia ini.
kita merasa gembira dengan Ramadhan yang bakal menjelma dengan tawaran-tawaran yang lumayan. Sebaliknya golongan munafiq p**a merasa gelisah, buntu dengan Ramadhan. Maka benarlah sabda Nabi saw:
أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ
“Allah swt naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah saw bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah swt menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan" (Riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah. Dhaif)
tibanya bulan Ramadhan, Rasulullah saw akan bersabda: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah, Allah telah memfardhukan ke atas kamu puasanya, telah dibukakan pintu syurga, dan ditutupkan pintu neraka, dan syaitan-syaitan dibelenggu. Padanya ada satu bulan yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalang mendapatkan kebaikannya, maka sungguh dia terhalang (daripada mendapatkan kebaikan yang banyak)” (HR an-Nasaie dan Ahmad)
saw akan mengungkapkan hadis ini kepada sahabat-sahabatnya sebagai berita gembira dan ucapan tahniah atas kesempatan bertemunya dengan bulan yang mulia ini.
para sahabat tidak bergembira apabila mengetahui bahawa pada bulan Ramadhan akan terbukanya pintu syurga seluas luasnya. Orang yang berdosa juga akan bergembira apabila mengetahui bahawa pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Orang mukmin juga akan bergembira apabila mengetahui bahawa syaitan-syaitan yang kuat menggoda manusia akan dibelenggu pada bulan ini.
berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut Ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah swt dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”
bakal membawa seribu satu macam kebaikan yang mana sudah barang pasti dapat dimanfaatkan oleh mukmin sejati sama ada amalan yang wajib atau yang sunat seperti tadarus al-Quran, qiyammullail, solat tarawih dan lain-lain.
♡Seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini. Maka maksimumkanlah amal ibadah selagi mana berkemampuan. Buatlah sehabis baik dan sehabis mampu♡
*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1443H*