SK Dato' Wan Mohamad Saman

SK Dato' Wan Mohamad Saman

Share

Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman yang sudah berusia 102 tahun. Sekolah ini mempunyai 700 orang

SKDWMS on TikTok 15/04/2026

Kepada para pelajar, waris-waris, alumni serta semua followers fb SKDWMS sila follow SKDWMS di tiktok juga ya. Jangan lupa like video2 kami tanda support ok!
Terima kasih atas sokongan anda semua😍💖

SKDWMS on TikTok 217 Followers, 1 Following, 422 Likes - Watch awesome short videos created by SKDWMS

15/04/2026

JAMUAN RAYA SKDWMS 1447H 2026M PART 2

Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 15/04/2026

LENSA KAMERA SEMPENA JAMUAN HARI RAYA SKDWMS 1447H 2026M

15/04/2026

JAMUAN RAYA SKDWMS1447H 2026M PART 1

Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 15/04/2026

✨KEJOHANAN MERENTAS DESA PPKI MSSD KOTA SETAR 2026✨

📅7 April 2026
📍 SMK Dato' Wan Mohamad Saman

Tahniah anak-anak PPKI SKDWMS kerana menyertai kejohanan ini dengan penuh bersemangat. Syabas!🤩




Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 15/04/2026

MAJLIS BANTUAN ZAKAT DARIPADA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)

📅6 April 2026
⏰12:00 tengah hari
📍 Anjung Ilmu SKDWMS

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LZNK kerana menyampaikan sumbangan buat murid-murid yang layak menerima bantuan zakat. Para guru juga turut mendengar taklimat tentang potongan zakat secara bulanan yang diuruskan oleh pihak LZNK.


Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 15/04/2026

✨CERAMAH KESIHATAN YAKULT -PEMAKANAN SIHAT DAN KESIHATAN USUS✨

📅2 April 2026
⏰10:30 pagi-12:00 tengah hari
📍 Dewan Sayyidina Umar Al-Khattab

Terima kasih kepada pihak Yakult kerana memberi pendedahan tentang pemakanan sihat dan kesihatan usus kepada semua warga SKDWMS. Semua murid dan guru turut menerima minuman kultur daripada pihak Yakult. Terima kasih Yakult!🥰🤩





Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 15/04/2026

✨20th SPU INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP✨

📅6-8 Februari 2026
📍 Dewan Millenium Kepala Batas Pulau Pinang

Tahniah diucapkan kepada Muhammad A***n Shafi bin Mohd Azrul (4 Wawasan) kerana telah berjaya memenangi pingat perak dalam kejohanan ini. Syabas dan tahniah!🥈🤩



Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 06/04/2026

✨PROGRAM STEM DISCOVERY ON WHEELS ANJURAN MUZIUM KOTA KUALA KEDAH DENGAN KERJASAMA YAYASAN MR DIY✨

📅 1 April 2026
⏰ 11:00 pagi - 12:30 tengah hari
📍 Dewan Sayyidina Umar Al-Khattab

Program dimulakan dengan sesi penerangan oleh Ketua Muzium Kota Kuala Kedah tentang Muzium Kota Kuala Kedah. Beliau turut mengajukan beberapa soalan kuiz kepada para pelajar.

Seterusnya semua pelajar Tahun 4,5 dan 6 telah membuat aktiviti kraf DIY STEM Voice-Activated Dolly dan Solar-Powered Wind Car. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak Muzium Kota Kuala Kedah dan Yayasan MR DIY kerana telah memilih SKDWMS sebagai salah satu sekolah untuk menyertai program ini🤩💛





Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 06/04/2026

💚MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DUIT RAYA 2026💚

📅17 Mac 2026
⏰10:15 pagi - 12:45 tengah hari
📍 Dewan Sayyidina Umar Al-Khattab

Terima kasih kepada semua para guru, anak-anak didik dan para waris yang telah menyumbang untuk tabung Ihya Ramadhan SKDWMS sepanjang Ramadhan yang lalu. Semoga segala amal diterima oleh Allah. Ameen🤲☺



Photos from SK Dato' Wan Mohamad Saman's post 06/04/2026

💖AKTIVITI IHYA RAMADHAN 1447H / 2026✨

Alhamdulillah, semua program yang dirancang telah dilaksanakan dengan lancar sepanjang Ramadhan lalu. Tahniah kepada Panitia Agama Islam💚

✒Tadarus Al-Quran
(sepanjang Ramadhan)

✒Bantuan Bakul Syawal
(15 Mac 2026)

✒Majlis Khatam Al-Quran
(16 Mac 2026)






Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman
Alor Setar
05400