Maahad Tahfiz Az zuhri

Maahad Tahfiz Az zuhri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Az zuhri, School, MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI 85Q, LORONG HAJI ILAMDIN BATU2, Jalan SUNGAI KOROK, Alor Setar.

MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI ditubuhkan pada 22.1.2022.Nama Diambil dari Nama Seorang ulama hadist IMAM IBNU SHIHAB AZ-ZUHRI.Pengajian tahfiz sepenuh masa umur dari 8 tahun hingga 15 tahun & part time terbuka daripada umur 7 tahun.

"Seseorang itu tidak jatuh dan menjauh secara tiba2, namun hakikatnya  dia telah manjauh dari Allah sedikit demi sedikit...
18/07/2026

"Seseorang itu tidak jatuh dan menjauh secara tiba2, namun hakikatnya dia telah manjauh dari Allah sedikit demi sedikit, dalam keadaan dia sendiri tidak menyedarinya"

🩷 Kita usaha, Allah jua Yang Menentukan. 🩷 Kita berharap, Allah jua Yang Mengkabulkan. 🩷 Kita yakin, kerna Allah tidak a...
17/07/2026

🩷 Kita usaha, Allah jua Yang Menentukan.

🩷 Kita berharap, Allah jua Yang Mengkabulkan.

🩷 Kita yakin, kerna Allah tidak akan pernah menghampakan.

Iman tidak boleh diwarisi, dibeli atau diperoleh hanya melalui usaha duniawi semata-mata, tetapi ia Adalah hidayah & anu...
15/07/2026

Iman tidak boleh diwarisi, dibeli atau diperoleh hanya melalui usaha duniawi semata-mata, tetapi ia Adalah hidayah & anugerah daripada Allah SWT Yang perlu dicari dengan keikhlasan, ilmu serta ketaatan kepada-Nya.

" Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah Yang bertaqwa "

Maksudnya, seseorang tidak Akan beriman hanya Kerana dilahirkan Dalam keluarga soleh ataupun mempunyai ibu bapa Yang bertaqwa . Setiap individu bertanggungjawab terhadap keimanan dirinya sendiri . Walaupun mempunyai keturunan Yang baik, Seseorang tetap perlu berusaha mengenal & berusaha mendekatkan diri kepada Allah .

" Ia tidak dapat Di jual beli , ia tiada Di tepi pantai "

Iman bukan sesuatu Yang boleh dibeli dengan harta , pangkat atau kekayaan. ia juga bukan sesuatu Yang boleh ditemui dengan mudah tanpa usaha Dan pengorbanan. Nilai Iman jauh lebih berhaga daripada segala perkara dunia.

" Walau apapun caranya jua , engakau mendaki gunung Yang tinggi , engkau merentas lautan api "

Bait ini menggambarkan bahawa walaupun seseorang Sanggup menghadapi pelbagai cabaran, kesusahan & pengembaraan Yang hebat , semua ITU Masih tidak menjamin kehadiran Iman dalam hati

" Namun tak dapat jua di miliki , jika tidak kembali pada Allah "

Inilah pati keseluruhan ayat tersebut. Iman hanya Akan Di peroleh Apabila seseorang kembali kepada Allah SWT dengan hati Yang ikhlas , bertaubat, beribadah , mempelajarj agama & memohon petunjuk daripada-Nya.

Kesimp**an :

Ayat ini mengingatkan bahawa Iman Adalah urusan peribadi Antara hamba dengan Allah . Keturunan Yang baik , kekayaan , ilmu dunia atau pengalaman hidup yang luas tidak menjamin seseorang memiliki Iman. Hanya dengan kembali kepada Allah SWT, mematuhi perintah-Nya dan sentiasa mencari hidayah-Nya , barulah Iman dapat bertapak kukuh Di Dalam hati .

Pengajaran:

Jangan bergantung kepada keturunan, harta atau kedudukan untuk memperoleh keselamatan di akhirat. Sebaliknya , berusaha lah mendekatkan diri kepada Allah Kerana iman Adalah anugerah Yang Di berikan kepada hamba Yang mencari Dan memohon petunjuk-Nya. "

~ MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI ISLAMIC EDUCATION CENTER ( MATAZ) ~

14/07/2026

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω
ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω 🀍

Ramai orang kejar idea.
Ramai orang kejar rezeki.
Ramai orang kejar kejayaan.

Tapi seorang Muslim diajar untuk kejar Allah dahulu.

Idea datang dari Tahajud.
Rezeki datang dari Istighfar.
Berkat datang dari Sedekah.
Ketenangan datang dari Al-Quran.

Bila hubungan dengan Allah dijaga, hidup terasa lebih tenang walaupun perjalanan masih panjang.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk istiqamah, sedikit demi sedikit.

*PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI ISLAMIC EDUCATION CENTER ( MATAZ ) 2027*85Q, LORONG HAJI ILAMDIN BATU2,...
09/07/2026

*PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI ISLAMIC EDUCATION CENTER ( MATAZ ) 2027*

85Q, LORONG HAJI ILAMDIN BATU2, JALAN SUNGAI KOROK 05400 ALOR SETAR

PENGAJIAN DI MATAZ

β€’ IQRA
β€’ AL QURAN
β€’ FARDHU AIN
β€’ ADAB & AKHLAK
β€’ BASIC ACADEMIC

ACTIVITY

β€’ BOLA SEPAK
β€’ BADMINTON
β€’ REHLAH

SYARAT - SYARAT KEMASUKKAN MATAZ

β€’ LELAKI
β€’ LULUS TEMUGUDA
β€’ BERMINAT DAN BERSUNGGUH
β€’ UMUR 10 TAHUN - 17 TAHUN
β€’ SEDIA UNTUK DI TARBIYAH

USTAZ ZUHRI 0197486062 / USTAZ AMIRUL 01170037303

*π’π„πƒπ„πŠπ€π‡ π‰π”πŒπ€π€π“ πŠπ‡π€π’ π‡π€π‘πˆ π€π’π˜π”π‘πŽ'* :- *"Hari Asyura,hari yang istimewa dimana Allah ο·» mengampunkan dosa-dosa HambaNya se...
25/06/2026

*π’π„πƒπ„πŠπ€π‡ π‰π”πŒπ€π€π“ πŠπ‡π€π’ π‡π€π‘πˆ π€π’π˜π”π‘πŽ'* :- *"Hari Asyura,hari yang istimewa dimana Allah ο·» mengampunkan dosa-dosa HambaNya setahun yang lalu,Perbanyakkan Amal Kebaikan Dengan Baca Al-Quran ,Doa,Selawat dan Sedekah Demi Meraih Rahmat dan Keberkatan"*
β€’
Hari ini merupakan hari yang sangat istimewa kerana Hari Jumaat,penghulu segala hari, bertepatan p**a dengan Hari Asyura (10 Muharram) yang mempunyai banyak kelebihan di sisi Allah ο·».
β€’
Namun begitu,sedekah pada hari Jumaat banyak fadilatnya berbanding hari-hari biasa.Antaranya?
β€’
*Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya,Zad Al-Maad menyatakan:*
_"Bersedekah pada hari Jumaat lebih mulia berbanding hari-hari lain._
β€’
Jom manfaatkan bersama ! bukan tentang nilai,tetapi tentang hati, walaupun *RM10* ataupun seikhlas hati sudah memadai sertakan *Resit dan nama Arwah tersayang* untuk tahlil khusus dan resit untuk rekod:

P/s: jika tak mampu nak memberi cukup bantu Sebarkan,moga dapat pahala berlipatganda insya'Allah.

*π’π„πƒπ„πŠπ€π‡ π‰π”πŒπ€π€π“ ππ„π‘π“π€πŒπ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ”π‡π€π‘π€πŒ  :- "Hijrah yang sebenar bukan hanya terlihat pada perubahan diri,tetapi terserlah...
18/06/2026

*π’π„πƒπ„πŠπ€π‡ π‰π”πŒπ€π€π“ ππ„π‘π“π€πŒπ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŒπ”π‡π€π‘π€πŒ :- "Hijrah yang sebenar bukan hanya terlihat pada perubahan diri,tetapi terserlah melalui keikhlasan niat dan kesungguhan beramal dengan baca Al Quran,Doa,Selawat dan Sedekah,serta beroleh rahmat,ketenangan dan keberkatan dalam hidup kita."*
β€’
Awal Muharam bukan sekadar menandakan bermulanya tahun baharu Hijrah,tetapi mengajak kita membina kehidupan yang lebih dekat kepadaNya.
β€’
Namun begitu,sedekah pada hari Jumaat banyak fadilatnya berbanding hari-hari biasa.Antaranya?
β€’
*Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya,Zad Al-Maad menyatakan:*
_"Bersedekah pada hari Jumaat lebih mulia berbanding hari-hari lain._
β€’
Jom manfaatkan bersama ! bukan tentang nilai,tetapi tentang hati, walaupun *RM10* ataupun seikhlas hati sudah memadai sertakan *Resit dan nama Arwah tersayang* untuk tahlil khusus dan resit untuk rekod:
β€’
P/s: jika tak mampu nak memberi cukup bantu Sebarkan,moga dapat pahala berlipatganda insya'Allah.

🌹 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌹Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dimaklumkan bahawa Awal Muharram 1448H bersamaan 1...
15/06/2026

🌹 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌹

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan bahawa Awal Muharram 1448H bersamaan 17 Jun 2026 (Rabu).

Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan tahun baharu Hijrah dengan memperbaharui azam, meningkatkan amal ibadah, memperbaiki akhlak serta memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT.

Semoga tahun 1448H menjadi tahun yang penuh keberkatan, rahmat, kejayaan dan kebaikan buat seluruh warga MATAZ, para pelajar, guru, ibu bapa serta semua penyumbang dan sahabat MATAZ.

🀲 β€œYa Allah, jadikanlah tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu, kurniakanlah kami istiqamah dalam ketaatan serta keberkatan dalam setiap urusan.”

✨ Salam Maal Hijrah 1448H
β€œHijrah Membawa Berkat, Ilmu Membawa Cahaya.”

Daripada:
Maahad Tahfiz Az-Zuhri Islamic Education Center Alor setar ( MATAZ ). 🌹

15/06/2026

KEFARDUAN KALIMAH TAUHID :

Para Ulama mengatakan kalimah Ω„Ψ§ Ψ₯Ω„Ω‡ Ψ₯Ω„Ψ§ Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ada 12 huruf Yang dengannya mewajibkan 12 kefarduan ; enam yang zahir dan enam yang batin .

Enam kefarduan Yang zahir itu ialah Solat, zakat , puasa , haji Dan jihad .

Enam yang kefarduan yang batin p**a ialah Tawakkal , menyerahkan urusan kepada Allah ( tafwidh ), sabar, redha , zuhud & taubat .

~ Maahad Tahfiz Az-Zuhri ~

10/06/2026

Menjadi pelajar bukan tentang sentiasa pandai, tapi tentang kesanggupan untuk terus belajar walaupun penat dan pernah gagal.

Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ΅ΩŽΩ„ΩΩ‘ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ψ³ΩŽΩŠΩΩ‘Ψ―ΩΩ†ΩŽΨ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…ΩŽΩ‘Ψ―Ω

Address

MAAHAD TAHFIZ AZ-ZUHRI 85Q, LORONG HAJI ILAMDIN BATU2, Jalan SUNGAI KOROK
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60197486062

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Az zuhri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Maahad Tahfiz Az zuhri:

Shortcuts

Share

Category