Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff - skhms

Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff - skhms Primary School at Kompleks Pendidikan

✨ Selamat bercuti pertengahan penggal!Semoga cuti ini menjadi ruang untuk berehat, mengeratkan kasih sayang keluarga ser...
21/05/2026

✨ Selamat bercuti pertengahan penggal!
Semoga cuti ini menjadi ruang untuk berehat, mengeratkan kasih sayang keluarga serta menambah ilmu dan pengalaman bermakna.
Jaga diri, utamakan keselamatan dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat serta azam yang lebih cemerlang. πŸŒΈπŸ“šπŸ’œ

18/05/2026

Assalamualaikum w.r.t

Setinggi-tinggi ucapan Selamat Datang dan Tahniah diucapkan kepada

En. Nirwan Zaki Bin Ramli atas pelantikan sebagai
Guru Besar SK Hj Mohd Shariff.

Semoga kehadiran Tuan membawa inspirasi, kecemerlangan serta memperkukuh kecaknaan warga sekolah demi mencapai kejayaan bersama.
Selamat menjalankan amanah dan memimpin warga SKHMS ke arah yang lebih gemilang.

Hadir membawa sinar harapan,
Memimpin dengan hikmah dan teladan,
Bersama melakar kejayaan gemilang,
Demi masa depan sekolah yang cemerlang



18/05/2026

Assalamualaikum w.r.t

Pagi indah burung berkicau,
Terbang tinggi di hujung laman;
Jasa dicurah tidaklah layu,
Tetap dikenang sepanjang zaman.

Pergi berlayar ke Kuala Kedah,
Singgah sebentar membeli serai;
Walau berpisah membawa langkah,
Budi dan bakti kekal dihargai

Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
Tuan Haji Munir Bin Salleh atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan sepanjang berkhidmat di SK Hj Mohd Shariff.
Semoga terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di tempat baharu.
Kenangan bersama tuan akan sentiasa terpahat di hati warga sekolah.

12/05/2026

β€’ Alhamdulillah, Hari Usahawan SK Haji Mohd Shariff telah selesai dijalankan dengan jayanya.
β€’ Terima kasih kepada semua guru, murid, ibu bapa, PIBG, penyumbang dan semua pihak yang telah membantu serta memberi sokongan.
β€’ Mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program berlangsung.
β€’ Diharapkan semua pihak terus memberi sokongan terhadap program-program sekolah pada masa akan datang.
β€’ Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda semua

πŸŽ‰ 1 HARI LAGI!! πŸŽ‰Hari Keusahawanan SKHMS bakal berlangsung esok! πŸ›οΈπŸŽ‘πŸ—Jom datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana ...
08/05/2026

πŸŽ‰ 1 HARI LAGI!! πŸŽ‰

Hari Keusahawanan SKHMS bakal berlangsung esok! πŸ›οΈπŸŽ‘πŸ—

Jom datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana bersama keluarga dan rakan-rakan πŸ’›

✨ Pelbagai gerai menarik
🎁 Cabutan bertuah menanti anda
🍟 Makanan sedap & permainan menyeronokkan!

πŸ“… Tarikh: 9.5.2026

πŸ“Œ Peringatan kepada semua murid utk memakai baju sukan pada esok hari πŸ‘•

Jangan lepaskan peluang!
Berbelanja sambil beramal πŸ’«

πŸ°πŸ¦™ Jom meriahkan Hari Keusahawanan dengan aktiviti Petting Zoo yang comel dan menyeronokkan!✨ Peluang untuk berjumpa, me...
08/05/2026

πŸ°πŸ¦™ Jom meriahkan Hari Keusahawanan dengan aktiviti Petting Zoo yang comel dan menyeronokkan!

✨ Peluang untuk berjumpa, menyentuh & bergambar bersama haiwan-haiwan comel!

πŸ’° Hanya RM5 sekali masuk

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Sesuai untuk semua peringkat umur

Bawa keluarga dan kawan-kawan anda untuk pengalaman yang penuh keseronokan! πŸ‘πŸ“Έ

Jumpa anda di sana! πŸŽ‰



Antara pilihan Menu Makanan di Hari Usahawan SKHMS
07/05/2026

Antara pilihan Menu Makanan di Hari Usahawan SKHMS



07/05/2026

Antara pilihan menu air di Hari Usahawan SKHMS,

πŸŽ‰ CABUTAN BERTUAH HARI KEUSAHAWANAN 2026 πŸŽ‰Jom ajak keluarga & rakan-rakan meriahkan sambutan🀩Hasil daripada sumbangan an...
06/05/2026

πŸŽ‰ CABUTAN BERTUAH HARI KEUSAHAWANAN 2026 πŸŽ‰

Jom ajak keluarga & rakan-rakan meriahkan sambutan🀩

Hasil daripada sumbangan anda, kami dpt menyediakan pelbagai hadiah menarik menanti seperti basikal, hamper, dan barangan elektrik! 🚲🎁

Siapa tahu....mungkin rezeki anda untuk menang! ✨

πŸ“… 9 Mei 2026
πŸ“ Sekitar SKHMS

Sokong, sertai & menang! πŸ’œ

06/05/2026

Assalamualaikum semua ! Jangan lupa mai nanti! Kunci tarikh 9 MEI 2026(Sabtu).

Address

Kompleks Pendidikan Jalan Stadium
Alor Setar
05100

Opening Hours

07:00 - 17:00

Telephone

+6047307606

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff - skhms posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category