Masjid Akar Peluru

Masjid Akar Peluru

Share

Page rasmi Majid Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah

20/03/2026

MAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidilfitri akan diadakan seperti berikut:
πŸ“… Tarikh: 21 Mac 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ‘³β€β™‚οΈ Imam & Khatib: Dato' Sheikh Roslan
Semua jemaah dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

18/03/2026

PERMOHONAN SUMBANGAN KARPET MASJID
Sempena penghujung bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan menyambut kedatangan Syawal yang mulia, pihak kami ingin mengajak para dermawan dan orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi tujuan penggantian karpet di Masjid Akar Peluru.
Karpet sedia ada telah uzur dan memerlukan penambahbaikan demi keselesaan para jemaah ketika menunaikan ibadah. Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi merealisasikan usaha murni ini.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT, serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
β€œSesungguhnya orang-orang yang bersedekah, lelaki dan perempuan, dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) dan bagi mereka pahala yang mulia.”
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui Acct Masjid Akar Peluru yg disertakan.
Kami dahului dengan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.
Ikhlas daripada,

Pihak Pengurusan
Masjid Akar Peluru

Photos from Masjid Akar Peluru's post 23/02/2026
Photos from Masjid Akar Peluru's post 23/02/2026

Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang makanan berbuka puasa. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan dan kemurahan hati kalian. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberkati di dunia serta di akhirat.”

02/02/2026
02/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dimaklumkan kepada semua ahli jemaah,
πŸ•Œ JEMPUTAN BACAAN YASIN & DOA
SEMPENA MALAM NISFU SYAABAN πŸ•Œ
πŸ“ Tempat: Masjid Akar Peluru.
πŸ“… Hari: Malam ini 2/2/2025
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib.

Sukacita dijemput seluruh jemaah untuk bersama2 menghidupkan Malam Nisfu Syaaban dengan Bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali dan doa, sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.
πŸ“Ώ Niat Bacaan Yasin:
1️⃣ Bacaan Yasin Pertama
πŸ‘‰ Memohon panjang umur dalam ketaatan kepada Allah SWT, diberi kesihatan yang baik serta istiqamah dalam amal ibadah.
2️⃣ Bacaan Yasin Kedua
πŸ‘‰ Memohon rezeki yang luas, halal dan diberkati, dijauhkan daripada kesempitan hidup dan perkara yang melalaikan.
3️⃣ Bacaan Yasin Ketiga
πŸ‘‰ Memohon keimanan yang teguh, keselamatan daripada bala dan musibah, serta husnul khatimah ketika akhir hayat.
✨ Kelebihan Malam Nisfu Syaaban:
Malam keampunan dan rahmat Allah SWT
Doa-doa diangkat dan diperkenankan dengan izin-Nya
Persediaan rohani sebelum kedatangan bulan Ramadan
Semoga amalan ini menjadi asbab keampunan, keberkatan dan rahmat untuk kita semua.
🀲 Marilah kita sama-sama menghidupkan malam yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

29/01/2026

🌟*HAJI PRO SERIES – KURSUS HAJI INTENSIF*🌟
β€œLangkah Profesional Menuju Haji Mabrur”

Persiapkan diri anda dengan ilmu, bimbingan dan kefahaman menyeluruh sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Jangan lepaskan peluang mengikuti Kursus Haji Intensif bersama penceramah berpengalaman Tabung Haji.

πŸ—“ Tarikh: Sabtu, 31 Januari 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Masjid Akar Peluru, Alor Setar, Kedah
(Belakang Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai)
πŸŽ™ Penceramah:
Ust. Hj. Saifulnizam bin Hj. Hasim
Pembimbing & Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air
(PIHTAS & PEKTA Tabung Haji)

✨ Antara pengisian kursus:
βœ”οΈ Pemantapan manasik haji
βœ”οΈ Panduan praktikal & kesalahan biasa jemaah
βœ”οΈ Persediaan fizikal, mental & rohani
βœ”οΈ Soal jawab berfokus pengalaman sebenar

πŸ“ž Maklumat lanjut / Pendaftaran:
WhatsApp 012-434 9598
(Ustaz Hasrul)

πŸ•Œ Muslimin & Muslimat dijemput hadir
Ayuh tingkatkan kefahaman agar ibadah haji kita lebih sempurna dan diterima Allah 🀲

Photos from Masjid Akar Peluru's post 19/01/2026

Allhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang menginfakkan meja, kerusi dan kipas kepada Masjid Akar Peluru bagi kegunaan pelajar-pelajar STAM Maktab Mahmud.

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar
Alor Setar