MAKLUMAN SOLAT SUNAT AIDILFITRI
Dimaklumkan bahawa Solat Sunat Aidilfitri akan diadakan seperti berikut:
π
Tarikh: 21 Mac 2026 (Sabtu)
π Masa: 9.00 pagi
π³ββοΈ Imam & Khatib: Dato' Sheikh Roslan
Semua jemaah dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Masjid Akar Peluru
Page rasmi Majid Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah
18/03/2026
PERMOHONAN SUMBANGAN KARPET MASJID
Sempena penghujung bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan menyambut kedatangan Syawal yang mulia, pihak kami ingin mengajak para dermawan dan orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi tujuan penggantian karpet di Masjid Akar Peluru.
Karpet sedia ada telah uzur dan memerlukan penambahbaikan demi keselesaan para jemaah ketika menunaikan ibadah. Sehubungan itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi merealisasikan usaha murni ini.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati oleh Allah SWT, serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
βSesungguhnya orang-orang yang bersedekah, lelaki dan perempuan, dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan (balasannya) dan bagi mereka pahala yang mulia.β
Segala sumbangan boleh disalurkan melalui Acct Masjid Akar Peluru yg disertakan.
Kami dahului dengan ucapan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.
Ikhlas daripada,
Pihak Pengurusan
Masjid Akar Peluru
23/02/2026
23/02/2026
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para penyumbang makanan berbuka puasa. Hanya Allah SWT yang mampu membalas segala kebaikan dan kemurahan hati kalian. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan diberkati di dunia serta di akhirat.β
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan kepada semua ahli jemaah,
π JEMPUTAN BACAAN YASIN & DOA
SEMPENA MALAM NISFU SYAABAN π
π Tempat: Masjid Akar Peluru.
π
Hari: Malam ini 2/2/2025
β° Masa: Selepas Solat Maghrib.
Sukacita dijemput seluruh jemaah untuk bersama2 menghidupkan Malam Nisfu Syaaban dengan Bacaan Surah Yasin sebanyak 3 kali dan doa, sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan.
πΏ Niat Bacaan Yasin:
1οΈβ£ Bacaan Yasin Pertama
π Memohon panjang umur dalam ketaatan kepada Allah SWT, diberi kesihatan yang baik serta istiqamah dalam amal ibadah.
2οΈβ£ Bacaan Yasin Kedua
π Memohon rezeki yang luas, halal dan diberkati, dijauhkan daripada kesempitan hidup dan perkara yang melalaikan.
3οΈβ£ Bacaan Yasin Ketiga
π Memohon keimanan yang teguh, keselamatan daripada bala dan musibah, serta husnul khatimah ketika akhir hayat.
β¨ Kelebihan Malam Nisfu Syaaban:
Malam keampunan dan rahmat Allah SWT
Doa-doa diangkat dan diperkenankan dengan izin-Nya
Persediaan rohani sebelum kedatangan bulan Ramadan
Semoga amalan ini menjadi asbab keampunan, keberkatan dan rahmat untuk kita semua.
π€² Marilah kita sama-sama menghidupkan malam yang mulia ini.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
29/01/2026
π*HAJI PRO SERIES β KURSUS HAJI INTENSIF*π
βLangkah Profesional Menuju Haji Mabrurβ
Persiapkan diri anda dengan ilmu, bimbingan dan kefahaman menyeluruh sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Jangan lepaskan peluang mengikuti Kursus Haji Intensif bersama penceramah berpengalaman Tabung Haji.
π Tarikh: Sabtu, 31 Januari 2026
β° Masa: 8.30 pagi β 12.30 tengah hari
π Tempat: Masjid Akar Peluru, Alor Setar, Kedah
(Belakang Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai)
π Penceramah:
Ust. Hj. Saifulnizam bin Hj. Hasim
Pembimbing & Pengkursus Ibadah Haji Tanah Air
(PIHTAS & PEKTA Tabung Haji)
β¨ Antara pengisian kursus:
βοΈ Pemantapan manasik haji
βοΈ Panduan praktikal & kesalahan biasa jemaah
βοΈ Persediaan fizikal, mental & rohani
βοΈ Soal jawab berfokus pengalaman sebenar
π Maklumat lanjut / Pendaftaran:
WhatsApp 012-434 9598
(Ustaz Hasrul)
π Muslimin & Muslimat dijemput hadir
Ayuh tingkatkan kefahaman agar ibadah haji kita lebih sempurna dan diterima Allah π€²
19/01/2026
Allhamdulillah.Terima kasih kepada semua yang menginfakkan meja, kerusi dan kipas kepada Masjid Akar Peluru bagi kegunaan pelajar-pelajar STAM Maktab Mahmud.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar
Alor Setar