02/05/2026
🗓️ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BAKA 2026
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan BAKA telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2026 dengan kehadiran dan komitmen yang sangat memberangsangkan daripada para ibu bapa dan penjaga.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam membincangkan perancangan program, kebajikan murid serta memperkukuh kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa demi memastikan kemenjadian murid terus diberi keutamaan.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta memberikan pandangan, cadangan dan sokongan sepanjang mesyuarat berlangsung.
Semoga semangat kebersamaan ini terus diperkukuh demi kecemerlangan anak-anak dan sekolah yang kita cintai.
Sekian, terima kasih.